Monday, December 20, 2010

Izinkan Nama Mu di Hati


Bila cinta kini tidak lagi bermakna...apa lagi yang ada pada aku? Tuhan menguji aku di saat aku bergelut dengan pelbagai masalah serta persoalan..akukah yang bersalah?meninggalkan insan-insan yang sentiasa berdampingan dengan aku...mungkin benar aku yang bersalah kerana terlalu mempertahankan ego..mungkin ini balasan tunai dari Allah..kerana pernah meninggalkan mereka-mereka yang pernah menyayangi aku suatu ketika dahulu..mungkin balasan Tuhan kerana alpa menunaikan tanggungjawab...ke mana harus aku pergi di saat betul-betul kecewa?.bahu siapa yang harus aku tumpang sementara lelah menyerang dada..tangan siapa lagi yang sudi menyapu ketika air mata ini tidak henti-henti mengalir..ya Allah..

Dunia mana lagi yang perlu aku pergi untuk membawa kekecewaan ini..kekecewaan akibat mengecewa..kekecewaan kerana tidak tahu cara untuk menghargai, kekcewaan kerana diri tidak memahami, kekecewaan akibat mementingkan diri sendiri dan yang paling kecewa adalah kekecewaan akibat ego yang terlalu tinggi..

Tidak sekali aku menyalahkan orang lain..malah semua berpunca dari aku yang terlalu mementingkan diri sendiri..terlalu angkuh dengan pengorbanan yang entah dari mana punca..sukar untuk aku ungkapkan dengan kata-kata..sukar untuk digambarkan dengan perkataan-perkataan ini.. jauh sekali minta diri ini dihargai cuma sekadar meminta seorang insan yang memahami..jauh sekali untuk mengungkit apa yang diberi cuma yang penting insan ini bahagia dan tidak sukar melalui jalan hidup yg maha mencabar....namun yang tak pernah berubah hanyalah aku..masih lagi berkepit dengan ego yang terlalu tinggi tak pernah sekali belajar untuk memahami..maafkan aku..tak pernah sekali berubah untuk lebih menghargai..

Dan dengan itu tiada apa lagi yang tinggal untuk aku..hanya ego yang tak pernah jatuh-jatuh..ya Allah permudahkan jalan hidup ini..bantu aku untuk bangun semula selepas rebah yang dahsyat ini...aku pohon ya Allah..pergilah wahai insan jika itu mampu menenangkan mu..tak guna lagi kau hampiri manusia ego ini..kerana dia tidak akan bisa berubah..pergilah sayang kira itu membahagiakan mu..kerana denganku hatimu akan remuk berkecai..diri ini tidak mungkin berubah menjadi seperti yang kau harap-harapkan..maafkan aku..kita mungkin tidak lagi sejiwa namun izinkan namamu selalu di hati..

Thursday, December 16, 2010

Mampukah Aku Bertahan



Sememangnya lama aku tak meluahkan isi hati ke teratak ini...sesungguhnya kalau mampu untuk dilihat dengan mata kasar berbakul-bakul cerita dan rasa ingin aku sampaikan..Ya Allah diri ini kadang-kadang terlalu rapuh untuk menghadapi dugaan Mu..besarkah dosa ku hingga tidak putus-putus ujian Mu terhadap ku...tidak sekali aku putus asa namun batin ini tidak lagi mampu untuk menahan dan lalui segalanya terasa begitu capek hingga bisa jatuh tersungkur dan rebah...

Ya Allah ukuran apakah yg dinilai untuk ku..hingga tidak putus-putus ujian Mu..Manusia lain hanya mampu melihat namun yang memba
wa beban hanyalah diri ini...sabar sering meniti di mulut-mulut manusia senang sungguh berkata-kata namun hakikat tak semudah ungkapan sabar..

Ya Allah sememangnya aku takut rebah dikala meneruskan perjalanan ini...kuat kan aku hingga ke akhirnya kerana aku takut tidak lagi mampu untuk aku bertahan saat diuji oleh Mu...

Saturday, August 28, 2010

..Tempat Itu..

Lame rase tak menjenguk tempat ni...dah bersawang dah...layoutnye pun dah perlu ditukar baru..seperti biasa muncul aku disini tentu sekali untuk hal-hal yang berkaitan dengan hati..Hari ini 29 Ogos 2010...aku baru pulang dari tempat yang dah lama aku tak jejak hampir 6 tahun...walhal di tanah ini lah aku dibesarkan...rindu sungguh aku pada tempat ini tentu sekali bertambah rindunya aku kerana di tanah ini tersemadinya dua nadi kehidupanku...semoga dicucuri rahmatNya..seingat aku kali terakhir aku menjejakan kaki ke sini ialah selepas ambil risult STPM 2004 ditemani dua sahabat yang begitu setia memahami aku...itu 6tahun dulu..biar pun raya sekali pun aku tidak lagi pernah jejak ke sini..kerana mungkin tiada apa lagi untuk ku di sini...namun tempat ini tetap terpahat kukuh di hati ini..kerana hatiku miliknya...
Pagi ini aku mengambil keputusan untuk menziarahi tempat ini..kerana sesak dadaku tidak tertahan lagi...aku khabarkan pada mereka yang aku ingin pulang awal ke tempatku...padahal aku tidak tertahan lagi untuk dtg ke sini..maafkan aku..tidak sekali niatku untuk membohongi sesiapa namun aku tidak mahu apa yang tertulis dalam hati ini dibaca oleh sesiapa biarpun kini aku sendiri yang membiarkan rasa hati ini dibaca...biarlah tulisan ini dibaca tapi tidak melalui bacaan riak muka...
Sesungguhnya aku ke sini memohon kekuatan..ingin aku ceritakan semuanya kepada dua nadiku yang bersemadi di sini...dengarkah mereka apa yang aku khabarkan??? aku sendiri tidak pasti...namun telinga ini bagai terdengar bisikan "kuatkan hati mu...teruskan perjalananmu sayang...kerana dirimu perlu kuat melalui segala liku kehidupan di dunia sebelum dirimu dapat bertemu kami di sini...di suatu alam yang kami sendiri tidak mampu untuk ungkapkan dengan kata-kata...terlalu indah dan damai.."
Ya Allah luluh rasa hati ini..terfikir sejenak apakah cukup kuat untuk aku hadapi dugaanMu..sungguh kasih sayang mereka tiada tandingannya buatku...biarpun aku berjumpa kasih sayang yang lain tapi semuanya meninggalkan aku di saat hati ini memerlukan kekuatan mereka...Ya Allah Kau tempatkan lah mereka dalam kalangan para solehin...
" TENTU SAJA AKU TIDAK AKAN MELUPAKANMU....SEBAB DALAM PENAT DAN LETIH ITU WAJAHMU AKAN MENYEGARKAN AKU...SEKURANG-KURANGNYA DALAM KENANGAN....."

Tuesday, June 29, 2010

Pilihlah Untuk Tidak Datang Kalau Melukakan...

Untuk kesekian kalinya...lame dah tak dengar perkataan ego...maaf dalam kepala otak ni ada macam-macam benda...tak dapat nak fikir sebarang bentuk keputusan dan sebagainya..malam ni juga rasa sangat-sangat marah, terasa dan sedih....andai meluahkan rasa hati dalam madrasah hati menjadi suatu yang menyakitkan hati yang lain aku mohon maaf...kerana hanya ini yang aku punya untuk mengubat hati...hati yang gembira, suka dan lebih-lebih lagi duka nestapa dan sedih...hanya madrasah hati yang mampu bertahan dengan kuatnya ego aku...bukan orang lain...andai kata membaca madrasah hati menimbulkan rasa tidak senang, aku mohon jangan bertandang lagi ke sini...tidak pernah aku melarang jauh sekali menghalau tapi andai ada perkara yang menyakitkan di sini..pilihlah untuk tidak datang...jangan diziarah lagi madrasah usang ini..kerna mempertikainya sama seperti mempertikaikan perasaan ini..samalah seperti menambah sakit pada hati ini..kiranya ada yang terasa serta sakit hati aku mohon fahamilah ayat-ayat hati ini yang lebih sakit untuk diluahkan...biarlah..kerana ini rasa hatiku..aku mampu menterjemahkannya dalam bentuk tulisan dan ayat yang cantik tetapi masih tidak mampu untuk mengungkap rahsia hati ini..
Fahamilah...aku hanya punya ini untuk menemani..hanya ini yang tinggal..biarlah tiada yang memahami kelakuanku tapi ada yang memahami hanya ini yang tinggal untuk ku...ziarah lah madrasah usang ini kiranya dirimu mahu belajar sesuatu..ahlan wasahlan wa marhaban bikum aku ucapkan...aku manusia biasa...ada suka...duka..sedih dan marah beserta ego yang memuncak tinggi...bukankah mustahil bagi manusia itu untuk selamanya berasa suka tanpa duka...bukankah buat-buat suka itu lebih tinggi egonya dari mengaku diri sendiri punya ego yang tinggi...
Maafkan aku..kian diri ini terasa dipisahkan oleh dua jambatan kehidupan yang berbeza haluan....haluan yang merekah-rekah penuh ujian dan lopak air mata...seraya kadang-kadang aku terasa seakan-akan bermimpi...namun jika diberikan peluang untukku, izinkanlah mimpi ini berulang...

Monday, June 28, 2010

"Ape Benda tah"

salam...
Lamenye la tak membebel dalam blog ni..lame dah nak tulis, mulanye hari khamis kelmarin..tapi kena gi tgk budak main pingpong..pastu jumaat lak kena gi jage budak camping hari sabtu lak kena wakil SMKSN main bowling..pastu balik taiping sampai ptg ahad..hari ni hari isnin baru ada masa nak jenguk blog.tu pun nasib baik program kadet bomba batal petang ni..tapi tu la masalahnya idea datang ari khamis hari tu,,mai hari isnin lupa dah nak tulis apa..nampak sangat umur dah semakin matang meniti usia..huhuhu..
Hari khmis hari tu ..aku melangut jaga budak main pingpong kat sekolah..dalam pada tu aku ternampak la ramai budak-budak hostel turun main bola kat padang dan main futsal kat court bola keranjang...mase tu terfikir aku..seronok je jadi budak-budak ni...hidup wktu besar-besar dorg ni tak payah pikir ape...tanggungjawab pun tak berapa nak ada..tiap-tiap hari pergi sekolah belajar,balik sekolah petang main..haihh..bak kate orang seronok nye la zaman tu..tak payah nak pikir soal duit..tak payah nak pikir soal tanggungjawab lain..dan kadang2 tak payah sangat pn nak pkir pasal orang lain apetah lagi hati org..huhu..tapi itu la kita ni tidak selamanye muda belia...
Dalam kepala otak aku ni pun aku tak tau la aku ni pikir ape...macam2 nak kena pikir...nape la cepat sangat mase ni berlalu...sampai kadang-kadang rase nak benti berfikir jap barang seminit dua..tapi tu pun tak mampu nak buat...hurm..pikir nk jadi terbaik utk semua..tapi tak mampu gak..pikir nak puas kan hati semua tu pn tak mampu..pikir nak jadi diri sendiri..iye memang inilah aku yang sebenar..tak pernah nak jadi org lain...huhu..buat ikut suka aku...haha..adeh..

Friday, June 4, 2010

Bangga lebih..bole blah!!~~..huk3...

banggakan kalo ade yg bole ikut cakap ko...ko suruh wat ape pun dia ikut...dan yang paling bangga sekali...bila kejayaan orang tu di sebabkan ko...ko banggakan??? banggakan dia sanggup buat apa sahaja untuk ko...baguslah...pegi jauh2...jangan kaco aku...!!!!pergi jalan dengan ko punye bangga!!!!

!!!tiada kena mengena antara yang hidup atau yg mati!!!

sejauh mungkin

BAiknya ku pergi tinggal kan dirimu....

Tuhan jadikan perpisahan ini terasa singkat buatku..
terlalu aku merindui....rindu menemui mereka di jalan menuju jannah-Mu...

Friday, May 28, 2010

"..Berjalanlah Tanpa Henti.."

Hari ini aku menghabiskan separuh malamku dengan menatap dan berdepan dengan teknologi moden ini...aku sendiri tidak mengerti apa yang aku cari...terasa kosong dalam diri..tiada lagi yang indah melainkan kenangan..Tuhan diri ini selalu lupa untuk bersyukur pada semua yang Engkau kurniakan...sungguh aku terkilan namun aku tidak pernah menyesal kerana setiap detik dan saat tidak pernah tidak untuk aku tidak menghargai saat-saat itu..aku sentiasa menghargai masa-masa itu..kerana aku tahu masa itu tidak akan selamanya denganku dan ia akan berakhir..bukan aku pinta ia berakhir tapi sampai masa kita akan terjumpa pengakhirannya..aku sendiri menyesal dengan keputusanku..ku harap pintu hati ini terbuka untuk mengubahnya...namun..hati ini terlalu sakit tak mampu berdiri untuk membuka pintu..kiranya apa yang ku pinta dituruti tanpa ada bantahan maka ku anggap keputusanku adalah yang paling tepat...
Benar...berjalan lah tanpa henti...jangan pernah menunggu...berjalanlah untuk melihat apa yang diaturkan dunia untuk mu...percayalah bahawa bahagia menanti mu diakhir tanpaku..biarlah sakit yang ku rasa ini menjadi penawar segala dosaku padamu...juga pada Tuhanku...kerna diri ini sering terlupa..kerna aku sering terlupa untuk bersyukur..aku hilang cintamu..kerna aku sering terlupa maka hidup itu menjadi kenangan buatku...Tuhan...jgn Kau putuskan rahmatMu buatku...biarlah sakit ini menjadi penawar segala khilaf ku...

Thursday, May 27, 2010

Rayuan Nurani- Saff One

Lamenye tak dengar lagu ni..ingat lagi dulu2 time sekolah kalau hati rasa tak tentu arah selalu je dengar lagu ini..sedikit sebanyak mengingatkan aku kepada Dia yang satu...adakah dijalan lurus atau dijalan yang masih berliku...

Monday, May 24, 2010

gRrrrrrrRRRrrrr....

uhhhkksss..badan tengah menggeletar menahan marah ni...jauhkanlah perasaan ini ya Allah..jauh kan aku darinya agar aku bisa tenang...agar tiada benci di akhir rasa ini...ALLah..bawa aku jauh darinya agar hilang rasa marah dan kecil hati ini...!!!!!~

Sunday, May 23, 2010

"...Hati..."

Lagi dan lagi tentang hati...aku suka untuk menulis tentang hati...kerana hati yang paling hampir denganku..kerana hati setia menemani suka duka ku...kerana hati..aku mengalah...kerana hati mulutku mengatakan tak mengapa, its ok...tak pe lah...tak pe je...ok lah tu...kerana hati...aku cuba untuk pergi sejauh mungkin...kerana hati aku telah malas ambil kisah..dan kerana hati aku turuti segala kemahuan dan kehendak...dan kerana hati juga aku kOrbankan rasa hati dan perasaan...wahai hati...maafkan aku kerana menjadikan mu mangsa korban untuk sesuatu yang bernama hati juga...kerana hati..aku ingin selamanya mencintaimu..ku ingin selamanya ada disampingmu..sampai waktukan memanggilku...hati...sabarlah selagi boleh bersabar...jika sampai masa hati itu pergi kerana telah tidak tertahan lagi...maafkan aku...

Friday, May 21, 2010

Sejauh Mungkin

Sayu hati...
Kerna kau tersiksa olehku..
Kerna sayangku melebihi segalanya..
Diri mu tersiksa...
Biarkan aku pergi sejauh mungkin..
Untuk lepaskan siksamu..
Hati ini yang tidak kau lihat..
Andai sahaja dapat kau lihat kau akan mengetahui..
Bertapa agung singahsana mu bertakhta di hati..
Baik sahaja aku mengalah sejauh mungkin..
Untuk melihatmu bahagia bersama sayangku yg berpada..
Lelah hatimu tidak terhitung oleh sayangku sebelumnya..
Jika itu yang terbaik...
Sejauh mungkin akanku pergi untuk melepaskan siksamu..
Biarpun rasa cinta tetap terus bermunajat...
Namun ku tak kuasa...
Turuti mahumu..bahagia untukku..
Tanda bertapa aku inginkan kamu dalam hidupku...
Dalam cahaya sukma sebelumnya..
Aku cuba memeluk bayangmu...
Namun aku tenggelam dalam ragu...
Biarkan aku sejauh mungkin...
Kau tetap yang terindah buatku..

Friday, May 14, 2010

"..RinDuku pAda Mereka itu.."

Sungguh kehidupan itu suatu misteri...Dia amik satu dia gantikan satu lagi untuk ku...namun tetap tidak sama..rindu sungguh aku pada mereka...apa agaknya khabar mereka di sana? apa agaknya nasib mereka di sana...apakah masih ingat lagi mereka pada aku yang hidup di dunia yang satu ini...terkadang datang idea mahupun permintaan gila dari akal kudus ini..Tuhan...bolehkah Engkau bangunkan mereka sekejap untuk menemui ku...sekejap pun jadilah kerana aku terlalu merindui mereka...Allah...Bersama angin lalu aku titipkan harapan, agar rindu ini akan terus rindu..terus rindu sehingga suatu masa aku menemui mereka bagi melepaskan segala kerinduan yang bersarang dalam hati di syurga jannahMu..Tuhan jadikanlah waktu ini terasa singkat untukku kerana aku terlalu rindukan mereka...jadikan perpisahan ini yang tersingkat buatku..ameen.

Thursday, May 13, 2010

"..Ketika dan Itu.."

Alhamdulillah...selesai lagi seminggu menjalankan tugas sebagai pendidik...dan minggu ini hampir setiap hari ada mesyuarat panitia...ajar 5 subjek bermakna 5 mesyuarat la yang perlu dihadiri ditambah dengan tangunggjawab menyiapkan soalan exam budak-budak..kelam kabut dibuatnya, inilah akibatnya suka buat kerja last minute...macam mana pun seminggu itu berjaya diharungi dengan pelbagai macam hal yang berlaku di sekolah...dan esok pon masih kena pergi sekolah awal pagi..huhuhu..
Semenjak dua menjak ini agak jarang aku menulis...walaupun menulis merupakan minatku sejak dibangku sekolah..dulu diari menjadi teman setia, semua yang belaku, segala bentuk perasaan aku tulis dan aku ceritakan dalam diari...mujur diari itu tidak boleh berkata-kata..kalau tidak tentu sekali dia dah mengeluh letih melayani aku...:) pada ketika itu mulut ini terlalu berat untuk menyatakan segala jenis perasaan kepada makhluk yang bernama manusia..tapi kini tiada lagi diari berdampingan dengan ku..2 3 buah diari lama masih kemas tersimpan di rumah mak ayahku...tiada juga makhluk yang bernama manusia yang menggantikan tempat diari pada ketika ini...semuanya tersemat kukuh dan tersimpan kemas dalam seketul daging yang bernama hati...segala bentuk kegembiraan, kebahagiaan, kelukaan, kedukaan aku kuncikan dalam hati..kerana hanya hati yang paling hampir denganku pada saat ini..dan dalam madrasah hati lah tempat aku mengajar hati untuk menjadi tabah dan cekal...
Dua tiga hari lepas seorang anak murid menyatakan minatnya membaca hasil penulisan dalam madrasah hati..terima kasih...namun di saat itu aku tertanya-tanya apakah madrasah hati ini mampu mendidik hatinya menjadi seorang yang cekal dan tabah atau sebaliknya...entahlah..banyak penulisan dalam ni lebih berkisarkan kepada hal mendidik hati sendiri...bukan orang lain..belum sampai ke tahap daei dan mad'u lagi..
Semenjak dua menjak ini juga terasa seperti diri ini jauh berubah..menjadi seorang yang sangat cepat marah, kurang sabar, sensitif..dan segala macam perangai negatif yang lain hinggap bagaikan barah yang sangat cepat merebak...apa nak jadi ni...mungkin benar..ketika bukan aku, itulah aku yang sebenar...ketika bercakap bohong itulah kebenaran...ketika berkata benci, itulah sayang...

Friday, April 30, 2010

Pergi..dan Pergi...

Subhanallah...terasa diri ini seperti ada batu besar yang menghempap...lemas tertekan tak mampu lagi nak menanggung....dua tiga minggu ini hati tidak pernah tenteram...setiap hari aku cuba untuk tidak menghiraukan, untuk tidak ambil peduli segala bentuk kemarahan, kecik hati yang pernah terlintas dalam diri ini untuk aku buang jauh, namun semakin aku tinggalkan semakin ia datang menghantui...Ya Allah...ternyata semenjak dua menjak ini aku semakin hanyut dari mendekati Mu..dan mungkin kerana ini juga hati aku tak pernah tenteram sungguh aku sedar tapi masih lagi aku berada terlalu jauh dari landasan mu...Ya Allah...meskipun aku jauh...jgnlah Engkau turut jauhkan rahmat kasih sayang Mu dari ku Ya Allah...sungguh diri ini mencuba bersungguh-sungguh untuk kembali mendekati mu...
Seringkali diri ini tersalah langkah..tapi aku cuma manusia biasa yang hanya mempunyai satu hati....jauh disudut hati aku merasa terlalu sayang untuk melepaskan apa yang aku punya...namun hati ini terlalu kecil untuk menerima segala apa yang berlaku...setelah seluruh jiwa dan hati ini aku beri...namun yang aku dapat hanya separuh jiwa yang tercalar dan separuh hati yang telah luka...aku tidak pernah minta lebih dari apa yang aku beri cukup sekadar 1 jiwa dan 1 hati yang penuh dengan kasih sayang dan terjaga...
Sungguh...aku berkecil hati, untuk hanya satu ungkapan memaafkan tidak sukar untuk aku lafazkan dari hati yang terluka..tapi untuk menyembuhkan luka ini aku tak tahu lagi bagaimana cara..biarpun aku cuba untuk melupakan namun tidak pernah ia hilang dariku...dada ini semakin sesak hari demi hari...mungkin apabila sampai waktu jantung ini akan berhenti berdegup menandakan tiada lagi ruang udara yang mampu menembusi kesesakan..dan mungkin pada ketika itu aku boleh lupa akan semuanya tiada pernah ada dendam yang akan aku bawa...hati yang kecil itu juga akan berhenti dan luka itu akan berhenti berdarah...
Pergilah...dan jangan pernah lagi bercerita apa-apa pada aku..kerana aku tidak lagi mampu menjadi pendamping mu...kerana apa yang keluar dari mulutku menjadi racun pembunuh segalah kemahuan mu...kerana sayangku membuatkan dirimu terkongkong dalam dunia yg aku cipta..sedangkan engkau punya dunia ciptaan mu sendiri...pergilah..kerana aku tidak lagi mampu memahami duniamu dan dunia ciptaanku sendiri..biar aku disini..melalui hari-hariku di sini..bersama kenangan-kenanganku di sini..ramai mereka diluar sana menunggu hadir diri mu dapat memberi apa yang engkau mahu..tapi tidak aku...pergi dan biar aku di sini...

Tuesday, April 13, 2010

Takdak tajuk

Salam...
wah lamenye la tak update blog ni..lame dah tak post entry menarik...sebab tak ada yang menarik agaknye kot..life sekarang agak sebuk...kalau dulu sebuk dengan data entry, interview responden, key in data, spss, nvivo bla..bla..bla...sekarang ni sebuk dengan buku rancangan harian, budak2, kelas, kapur, papan hitam dan buku teks..huhu...betoi kate member aku..dari tadika sampai umur 25 tak habeh2 dengan keja sekolah..hikhikhik..nak buat macam mana dah disitu tergalas segala tanggungjawab..so buat masa ni seluruh kerah usaha tenaga dan keringatku, aku curahkan buat para pelajar SMK Seri Nibong..sekolah kedua tempat aku mengajar...di sini tergalas segala beban serta tanggungjawab...kalau pandang muka2 anak murid rasa perasaan nak menyampaikan ilmu tu meluap2..hehe..poyo..huhu..
Tapi terasa agak memenatkan sgt2 la...bukan nk bersungut tapi letih dowh...letih sangat2 sampai dah tak dpt nak pkir benda lain..
Hari ni nak kate mood tak bape ok pun..tak jgk..ok je selalu...tapi ye arr kite manusiakan..kadang datang mood kemurungan habis dengan semua orang nak kecik hati..huhu sejak2 umur dah meningkat ni..makin sensitip plak rasenye..pantang salah sikit nak kecik hati..ape tak kena tak tau..haiihh..tapi takpe kecik hati pn aku je yang tau..org lain tak tau dan mungkin tak perlu tau pn..hehe..

Sunday, January 31, 2010

"..PangkOr Trip.."

Hehe..Penat gilerr...tapi mmg best giler..huhu...baru balik dari pangkor ptg tadi...pergi berpoya-poya dengan bekas teman2 seperjuangan..walaupun kOrem tak cukup tapi memang enjoy habis laa...sO trip kali ni disertai oleh 6 orang, munie,ekin, aina, rina, shahida dan aku..ade lagi 4 org tak dapat jOin trip kitorg ni, cik ain, cik mala, yOng dan nawal..hehe rugi la weii...best gile tgk si munie melatah atas bOat..hahaha...takpe2 nnt kite wat next trip okay...sO pilih lah destinasi bajet anda..hohoho..

By da way nak citer la skit our journey dh alang2 xde keje nak buat..hehehe..kitorg bertolak dari penang tiga org, aku shahida n rina..lepas subuh sebelum zOhor..ahakss...sO tngu la tiga org lagi tu kat tepeng and terus gerak gi lumut kire2 pukul 10pg...dorg gerak dari kuale setelah tngu aina and ekin dr KL and JB..sO lebih kurang kol 11 lebih la kitorg smpai lumut and cari parking ape sume agak2 dalam kol 12.30 kot gerak atas feri menuju ke Pulau Che Phang Khor...hakhakhakhak....sampai pun lebih kurang 45 minit pastu...cari teksi and terus gerak gi BayView beach ResOrt..

So sampai2 je chalet terus gi check in..after rest half n hour kitorg kuar la untuk mengisi perut yang dah main lagu rOck dah..susah sikit nak cari kedai makan..tak tau la kot sbb ktorg tak tau and malas nak jalan jauh sebab matahari duk atas kepale time tuh..so g makan dekat2 dgn pantai teluk nipah tu je..depan tu ade pantai la..memang cantek..pas kenyang kitorg pn bincang aktiviti petang sambil bersiar2 di persisiran pantai...ewah..huhu..tgh2 duk bersiar tu ade satu brO ni tegur kak nak rOund pulau tak dengan Boat..sepuloh hengget je..die pn terang la gi pulau tu pulau ni..then benti mandi laut kt Coral beach...ekin dengan penuh kusuknye dengar penjelasan bro tu..after decide ktorg pn mcm interested gak la dgn aktiviti water sport tu..haha
so kiteorg datang blk petang..dalam lebih kurang 4.30..



Bro ni pn bwk la kami naik speed boat tu pusing2 pulau...laju gile die bwk..mmg betul mat rempit..rempit atas laut..siap buat lap lagi..kecut jantung rase..dh la sume jenis muatan berat..kalo terlap jatuh tgh laut tak ke naya..tapi brO tu rilek je..memang dh expert..hehe..ade la die bawak p tige empat buah pulau tmasuk p bagi makan ikan..tp ikan tu sume dh kenyang2..tak layan pun makanan yg kami bagi...hukhukhuk..last die tingal kami kat coral beach..dia kate ampa mandi la pueh2..satgi kami mai balik..hehe...takut gak die x mai..tapi die mai la amik kami balik..huhu..satu yg agak menarik org pulau pangkor ni die cakap penang..pelik gak aku,..perak tapi ckp penang..pakcik yg bawak kami ade la bgtau byk org asal penang kt situ..pastu die pun merepek la bla bla bla asal usul pulau n kenape byk org ckp utara kat situ...aku pn x bape nk dengar sebab duk ralit tgk pantai..hehe..


pas dah mandi laut p terjun kOlam kat chalet lak..haha..puas la berendam smpai kecut..hikhikhik..malam sume letih berenang..smpai nk kuar makan pun sume malas..tp dek kerana perut yg mintak di isi p jugak la makan ikan bkr kt gerai yang ade kat situ..balik tu sempat la shoping sikit key chain2..hehe..so after tu sume terbungkang smpai pagi..



Siang tu, kitorg check out kol 11.30.and terus cari pakcik van tu suh die bawak round2 island..die charge rm 10 sorg..byk gak la tempat die bawak..p bgmbar..pueh ler smpai tak larat nak sengih dh..muke lak pedih2 dh terbakar dek matahari...anyway trip ni kitorg main redah je..takde plan pn..tapi best je main2 redah ni..experient byk leh dapat and tak dapat nak digambarkan dengan kate2 pn..hehe..lebih kurang kol 3 kami smpai jeti lumut dan semua berpisah dekat tol changkat jering...dorg pn balik ke destinasi masing2 dan kami terus gerak balik penang..penat siOt drive..hihi..tapi best...and we planning fOr next trip..hihihi sume excited..maybe next time wat belah2 selatan lak..tak pOn pantai timur..hehehe..so See ya next trip..!!!hehe

Thursday, January 21, 2010

'..Bertahanlah Wahai Sang Hati.."


Subhanallah...terasa malam terlalu syahdu...bertemankan iringan muzik piano richard clayderman aku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu dalam madrasah hati...walaupun aku tidak tahu hujung pangkal dan dari mana patut aku mula namun jauh disudut hati ingin aku luahkan segalanya pada madrasah hati...walaupun ramai diluar sana dapat membaca apa yang aku coret namun hanya aku dan madrasah hati yang lebih memahami berbanding mereka itu..

Aku mendongak ke langit.kelam dan gelap..begitu jugalah hati aku saat ini sedangkan siang sebentar tadi aku lihat berpuluh ekor camar putih berterbangan bebas di udara begitu ghairah hinggakan aku terpanggil untuk menjerit meminta ia membawa hatiku terbang bersamanya..namun siapa aku..

Saat ini terasa ingin aku duduk di gigi air membiarkan kaki ku dihempas kemarahan ombak terhadapku..dan sekali ombak menghempas pantai sekali itulah pasir pun berubah...kerana ombak ibarat sang kekasih dan pantai adalah hatimu....ingin aku jeritkan pada ombak...aku yang bersalah..hamburkan kemarahan mu padaku wahai ombak...Allah.. kuatlah hati..sabarlah wahai hati...tahanlah..

Saat ini, tiada lagi air mata yang mampu menjadi peneman setia dikala derita merengut bahagia untuk seketika...sungguh apa yang ada dalam hati ini tidak terluah bersama butir kata-kata lagi..bila hati ini masih lagi setia menemani maka ia akan terus bertahan..tapi jika tidak ia akan menjadi keras malah lebih keras dari kerikil...

Guruh dilangit tiba-tiba berdentum bagai memahami gelora hati dan jiwaku saat ini seraya menyedarkan aku akan kekuasaan rabbul izzati..menyedarkan aku untuk tunduk dan sujud dibawah kekuasaan Sang Wahid yang satu..lama ubun-ubun ini tidak sujud panjang di atas tikar sejadah usang itu...lama bibir ini kering dari menyebut nama Mu serta memuji Mu...lama dibiarkan diri ini dihinggapi dosa sehingga menggunung tinggi...ya Allah..kuatkan hati ini..tahanlah wahai sang hati..aku tak punya tempat lain lagi untuk mengadu..Seandainya dapat ditahan, tahanlah wahai hati..kerana seluruh hati dan jiwaku ada padanya..namun jika tidak akanku biarkan ia pergi mencari bahagia dan tinggalkan aku sendiri mencipta jalan hidupku bersama bahagia yang dia cari..

Sunday, January 17, 2010

"..Hati lagi agaknye.."

Untuk seketika..aku masih merindui utk post entry dalam madrasah hati..terlalu rindu...lame dah kurang sangat bercakap soal hati..bahagia agaknye..tapi tak semestinya bila aku mula menaip keyboard ni hati aku tak bahagia..mungkin jugak terlalu bahagia dan mungkin jugak sebaliknya..hanya hati aku yang tau..hehe..nak kata aku tetiba terlebih jiwang?? suke hati lar..tak kesah pOn..nak p muntah sekarang pOn takpe..p la muntah dulu pastu sambung bace balik kalo nak bace..hahaha...buat mase sekarang aku la penganggur plg terhormat..susah sungguh nak cari keje sekarang ni..rungsing jugak..tapi saje buat dek jer..cool n rilek..letih nak serabutkan otak lagi..ye la serabut otak blajor dulu pun belum clear betoi lagi..malas la nk tambahkan serabut otak ni..stop sat..ade rezeki ade la..tapi serabut la jgk pkr keje ni..hehe..adeh..hurmm..
takde arah tuju pun entry ni..saje je lagipun petang tadi ade seseorang mengingatkan aku tentang blog ni...ingat-ingat balik jarang-jarang dah aku mengarut dalam madrasah hati ni..sian die..rindu nk suh aku mengarut..hehe ;p ..sory la..aku sendiri pun kadang-kadang sukar nk faham diri aku sendiri..ini kan pulak org lain nak faham..nak mengarut memang mudah..tapi nak bagi paham dan nak memahami tu yg agak sukar...harus ku akui sejak detik ini aku tak tau arah nak tuju....kirenye aku ni sampai satu simpang yang sgt byk cabang dan arah..tak tau nak masuk simpang yang mane satu..jadinya aku masih lagi berhenti lame kat jalan nak masuk simpang tu..lame aku benti...haihh...aku tau setiap jalan yang ada depan aku ni mcm2 halangan kena lalui..bila aku dah pilih..mungkin itu la jalan yang perlu aku lalu..tapi buat masa ni aku blur2 lagi nak pilih jalan mane..huhu...lame mane la agaknya aku kena benti depan simpang tu sebelum aku wat keputusan jalan mane nak lalu...aku pun tak paham..hehe..adeh...
hidup ni selalunye penuh dengan pengorbanan..tapi aku tak pasti sampai bile seseorang tu perlu berkorban utk org lain...mungkin jgk selagi hayat dikandung badan..mungkin..tapi pengorbanan tu perlu dan tersangat perlu..huhu..walaupun kadang2 pengorbanan tu terasa mcm tak dihargai tapi sebenarnya itu lah nilai kasih syg yg sgt2 berharga untuk sebuah pengorbanan...aku sendiri tak tau n tak paham ape sebenarnye yang nak aku smpaikan..tapi buat mereka2 yang diluar sana terasa ingin ku jerit mengatakan bahawa aku sangup korbankan apa shj utk lihat mereka bahagia...dan untuk mereka2 yang diluar itu juga ingin aku khabarkan bhawa hatiku adalah milikmu..

Saturday, January 2, 2010

"..Selamat tinggal 2009.."

Assalamualaikum...
lamenye tak jenguk blog ni..lame tak taip entry dlm blog ni...sgt2 lame..haihh...pejam celik pejam celik tup tup dah masuk 2010..umur dah 25 thn,,ahh tidak...macam mane pun selamat tinggal 2009...1001 kenangan yang tak mungkin aku lupe...2009 terlalu banyak kenangan terindah buat aku biarpun ia mungkin sementara...terlalu banyak bahagia yang aku peroleh...dan ku harapkan bahagia itu berterusan hingga akhir hayatku...terlalu ramai yang membahagiakan aku saat itu..terlalu bahagia..hati aku berikan sepenuhnya tanpa ragu untuk peroleh bahagia biar aku tak punya hati..kerana aku masih boleh hidup kiranya hatiku di jaga dengan baik untuk merasa bahagia...dan terima kasih kerana sepanjang itu hati ku di jaga dengan rapi dan jangan lah kiranya permulaan 2010 ini kau calarkan hati ku..kerana aku telah habis cara untuk membahagiakan mu..sungguh tiada satu pun perasaan yang membuatkan aku begitu terluka..bagiku terlalu indah perasaan itu tak mudah untukku jauh darimu..aku sendiri tak tahu penghujung kebahagiaan yang pernah aku kecapi..namun ianya tetap dikenang sepanjang hayat ini tanpa ragu...biarkan kenangan itu sentiasa menemani ku, biarkan ku bawa dalam dakap tidur panjangku bersama bahagia...selamat tinggal 2009...mOga 2010 bisa terus memberikan bintang agak dpt ku lihat cahaya kebahagiaan itu lagi...