Saturday, August 28, 2010

..Tempat Itu..

Lame rase tak menjenguk tempat ni...dah bersawang dah...layoutnye pun dah perlu ditukar baru..seperti biasa muncul aku disini tentu sekali untuk hal-hal yang berkaitan dengan hati..Hari ini 29 Ogos 2010...aku baru pulang dari tempat yang dah lama aku tak jejak hampir 6 tahun...walhal di tanah ini lah aku dibesarkan...rindu sungguh aku pada tempat ini tentu sekali bertambah rindunya aku kerana di tanah ini tersemadinya dua nadi kehidupanku...semoga dicucuri rahmatNya..seingat aku kali terakhir aku menjejakan kaki ke sini ialah selepas ambil risult STPM 2004 ditemani dua sahabat yang begitu setia memahami aku...itu 6tahun dulu..biar pun raya sekali pun aku tidak lagi pernah jejak ke sini..kerana mungkin tiada apa lagi untuk ku di sini...namun tempat ini tetap terpahat kukuh di hati ini..kerana hatiku miliknya...
Pagi ini aku mengambil keputusan untuk menziarahi tempat ini..kerana sesak dadaku tidak tertahan lagi...aku khabarkan pada mereka yang aku ingin pulang awal ke tempatku...padahal aku tidak tertahan lagi untuk dtg ke sini..maafkan aku..tidak sekali niatku untuk membohongi sesiapa namun aku tidak mahu apa yang tertulis dalam hati ini dibaca oleh sesiapa biarpun kini aku sendiri yang membiarkan rasa hati ini dibaca...biarlah tulisan ini dibaca tapi tidak melalui bacaan riak muka...
Sesungguhnya aku ke sini memohon kekuatan..ingin aku ceritakan semuanya kepada dua nadiku yang bersemadi di sini...dengarkah mereka apa yang aku khabarkan??? aku sendiri tidak pasti...namun telinga ini bagai terdengar bisikan "kuatkan hati mu...teruskan perjalananmu sayang...kerana dirimu perlu kuat melalui segala liku kehidupan di dunia sebelum dirimu dapat bertemu kami di sini...di suatu alam yang kami sendiri tidak mampu untuk ungkapkan dengan kata-kata...terlalu indah dan damai.."
Ya Allah luluh rasa hati ini..terfikir sejenak apakah cukup kuat untuk aku hadapi dugaanMu..sungguh kasih sayang mereka tiada tandingannya buatku...biarpun aku berjumpa kasih sayang yang lain tapi semuanya meninggalkan aku di saat hati ini memerlukan kekuatan mereka...Ya Allah Kau tempatkan lah mereka dalam kalangan para solehin...
" TENTU SAJA AKU TIDAK AKAN MELUPAKANMU....SEBAB DALAM PENAT DAN LETIH ITU WAJAHMU AKAN MENYEGARKAN AKU...SEKURANG-KURANGNYA DALAM KENANGAN....."

No comments: