Bila cinta kini tidak lagi bermakna...apa lagi yang ada pada aku? Tuhan menguji aku di saat aku bergelut dengan pelbagai masalah serta persoalan..akukah yang bersalah?meninggalkan insan-insan yang sentiasa berdampingan dengan aku...mungkin benar aku yang bersalah kerana terlalu mempertahankan ego..mungkin ini balasan tunai dari Allah..kerana pernah meninggalkan mereka-mereka yang pernah menyayangi aku suatu ketika dahulu..mungkin balasan Tuhan kerana alpa menunaikan tanggungjawab...ke mana harus aku pergi di saat betul-betul kecewa?.bahu siapa yang harus aku tumpang sementara lelah menyerang dada..tangan siapa lagi yang sudi menyapu ketika air mata ini tidak henti-henti mengalir..ya Allah..
Dunia mana lagi yang perlu aku pergi untuk membawa kekecewaan ini..kekecewaan akibat mengecewa..kekecewaan kerana tidak tahu cara untuk menghargai, kekcewaan kerana diri tidak memahami, kekecewaan akibat mementingkan diri sendiri dan yang paling kecewa adalah kekecewaan akibat ego yang terlalu tinggi..
Tidak sekali aku menyalahkan orang lain..malah semua berpunca dari aku yang terlalu mementingkan diri sendiri..terlalu angkuh dengan pengorbanan yang entah dari mana punca..sukar untuk aku ungkapkan dengan kata-kata..sukar untuk digambarkan dengan perkataan-perkataan ini.. jauh sekali minta diri ini dihargai cuma sekadar meminta seorang insan yang memahami..jauh sekali untuk mengungkit apa yang diberi cuma yang penting insan ini bahagia dan tidak sukar melalui jalan hidup yg maha mencabar....namun yang tak pernah berubah hanyalah aku..masih lagi berkepit dengan ego yang terlalu tinggi tak pernah sekali belajar untuk memahami..maafkan aku..tak pernah sekali berubah untuk lebih menghargai..
Dan dengan itu tiada apa lagi yang tinggal untuk aku..hanya ego yang tak pernah jatuh-jatuh..ya Allah permudahkan jalan hidup ini..bantu aku untuk bangun semula selepas rebah yang dahsyat ini...aku pohon ya Allah..pergilah wahai insan jika itu mampu menenangkan mu..tak guna lagi kau hampiri manusia ego ini..kerana dia tidak akan bisa berubah..pergilah sayang kira itu membahagiakan mu..kerana denganku hatimu akan remuk berkecai..diri ini tidak mungkin berubah menjadi seperti yang kau harap-harapkan..maafkan aku..kita mungkin tidak lagi sejiwa namun izinkan namamu selalu di hati..
No comments:
Post a Comment