Sunday, June 29, 2008

Tanpa Judul

Buatmu..
Jangan pernah kau cuba menghentikan aku,
kerana biar badai sekali pun takkan bisa menghentikan aku,
aku perlu terbang kepada impianku yang tinggi...

jangan tunggu aku,
kerana itu akan menyakitimu,
kalau engkau rindu aku,
jeritlah pada angin,
kerana angin akan bisikan padaku...

Jadi dahan yang kuat buatku,
kerana sejauh manapun aku terbang,
aku akan tetap kembali padamu..

Tuhan....
Aku mencariMu,
kerana semua rasa ini adalah milikmu,
ku ingin berjalan penuh restu,
namun miliku hanya kosong..

Friday, June 27, 2008

Rindu Itu Kembali


Rasa itu datang lagi..aku tak pasti, bagiku telah lama rasa itu tidak bertamu di hati ini..dan saat ini rasa seperti rindu itu kembali....benar, aku manusia yang sering merindu, sering menjadi perindu yang setia merindu..tidak pernah walau sesaat aku berhenti merindu...benar lagi..aku terlalu rindu, tapi aku sedar mungkin kerana rindu itu melebihi rinduku padaNYA maka DIA mengambil mereka dariku agar aku terus merindui tanpa lalai padaNYA..ya Allah...sungguh Engkau dekat sentiasa dengan hambaMu..ku tahu Engkau sentiasa dengar bicara hatiku...ku tahu juga mereka bahagia bersamaMu disana..sungguh tiada penjaga sebaikMu..ya Allah ku mohon dengan sangat agar mereka bahagia bersemadi bersama putih puspa kemboja dan air mawar yang harum mewangi..hingga aku berpeluang pulang kepadaMu kelak untuk bersamanya...

Tuesday, June 24, 2008

Terbang dan Pergi Lagi



Begitu banyak angan yang belum digapai,
masih banyak kata-kata belum terucap,
aku begitu lemah tika berhadapan denganmu,
aku tidak mahu menyesal lagi,
namun lidah ini tetap kelu tika kau dihadapanku,
maafkan aku...
senyummu mematikan saraf lisanku,
membuatkan aku hanya mampu tersenyum jua..
senyum dan terus senyum..
adakah kau memahami maksud senyumku?
aku kelihatan seperti seorang yang bacul,
kerana aku masih tidak mampu berbicara,
hanya hatiku menjerit memberi tahu,
tapi sayang, tidak kesampaian padamu,
pasti aku akan menyesal lagi,
bila engkau terbang dan pergi..
meninggalkan aku di sini seorang yang gagal..
hanya hati ini yang mampu berbicara sendiri,
tanpa ada tindakan..
ingin sekali aku memelukmu tidak lepas,
tapi engkau perlu terbang bidadariku...
ku harap jua,engkau lepaskan aku dari ini,
kerana aku tidak akan bisa menanggung,
kerana aku tahu aku akan menyesal lagi,
bila engkau terbang dan pergi lagi...

Monday, June 23, 2008

ALLAHUAKHBAR....


Subhanallah..maha suci Allah dua hari di Johor memang satu perjalanan yang amat memenatkan, tapi tak sepenat otak, mata, dan telinga yang mendengar komen itu dan ini dari dalam kalangan masyarakat kita sejak akhir-akhir ini..balik dari johor benda pertama yang aku cari ialah laptop kesayangan aku ini..aku buka dan mula melayari ke ruangan-ruangan blog yang menjadi kegemaranku..ada beberapa artikel yang menarik minat dan ada yang membuatkan aku letih dan bosan..setelah itu, sampai aku ke sebuah blog yang jelasnya membawa motif dan tujuan dakwah...dan di akhir kalam artikel ada tertulis "takbir..Allahuakhbar!!!!"

setelah terlihat tulisan tersebut maka tergambar dalam kepala otak aku wajah sekumpulan pejuang politik yang membawakan dakyah-dakyah tertentu dan melaungkan takbir diikuti dengan laungan kalimah Allahuakhbar dengan suara yang keras sekali..lantas ini mengingatkan aku tentang sebuah artikel yang pernah aku baca, aku tak pasti, sesetengah mengatakan bahawa penulis daripada golongan wahabbi tetapi penulis sendiri tidak pernah mengakui bahawa dia bermanhaj wahabbi..namun setelah diamati penulisannya hatiku mula menerima..mungkin selepas ini ada yang mengatakan aku pengikut golongan wahabbi..wallahualam..yang pasti untuk penulisan ini aku tidak berminat sama sekali untuk membincangkan tentang hukum, membahaskan tentang sunnah jauh sekali untuk membiarkan pembaca bertanyakan itu dan ini tentang soal yang berkaitan..kiranya ingin berbuat demikian aku harap bukan di sini, dan jangan salahkan aku sekiranya aku membiarkan persoalan tersebut sepi tanpa jawaban.

Allahuakhbar....

Dari Abi Musa radhiallahu ‘anhu ia berkata:

Kami pernah bersama Rasulullah dalam suatu perjalanan, kemudian orang-orang mengeraskan suara takbir mereka, maka Nabi s.a.w bersabda: Wahai para manusia, kasihanilah dirimu dan rendahkanlah suaramu! sesungguhnya kamu tidak sedang menyeru Zat yang tuli (pekak) dan tidak juga yang jauh. Sesungguhnya kamu sedang menyeru Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat.”

(Riwayat al-Bukhari)


Hadis ini jelas menunjukkan bahawa kalimah Allahuakhbar merupakan kalimah suci, merupakan satu zikir yang menyeru kepada zat yang satu. Nyata sekali kiranya kita menguatkan suara atau mengeraskan suara adalah untuk mengajak seseorang berbicara dan orang tersebut mungkin kurang pendegarannya atau berada ditempat yang jauh darinya yang tidak memungkinkan dia mendengar sekiranya kita menggunakan nada suara yang biasa. Sedangkan dengan kalimah Allahuakhbar kita menyeru nama Allah s.w.t yang sudah kita sendiri tahu yakni DIA tidaklah pekak dan juga tidaklah jauh dari kita, tapi DIA maha mendengar dan berada selalu dekat dengan hambanya. Imam an-Nawawi juga ada menyatakan bahawa kita dianjurkan untuk merendahkan suara zikir selama tidak ada keperluan untuk mengeraskannya. Hal ini kerana dengan merendahkan suara lebih menunjukkan penghormatan dan keagungan DIA yang satu dan hanya boleh dikeraskan dalam keadaan yang memerlukan.


Diriwayatkan dari Qais bin ‘Abbad ia berkata:

Dahulu para sahabat Nabi Muhammad s.a.w tidak menyukai untuk mengeraskan suara pada tiga keadaan, iaitu: di saat berperang, menghadiri janazah, dan pada saat berzikir.

(Riwayat Ibn Abi Syaibah)

Oleh yang demikian, melaung-laungkan takbir bukan pada tempatnya adakah jauh lari dari sunnah Rasulullah s.a.w? kaji-kajilah, renung-renungkanlah...sesungguhnya zikir adalah ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan DIA maha mendengar dan selalu dekat dengan hamba-hambanya..

A'llahualam..


Sumber : Akhi an-Nawawi

Friday, June 20, 2008

Naik Salah, Turun pun Salah

Tengah-tengah melayari internet di alam maya ini aku terbacalah satu artikel ni..padahal cerita artikel ni aku dah tau, dah selalu dengar dulu-dulu masa sekolah agama cuma aku tak ingat la moral of da story dia apa..tapi tak tahu lah kenapa tiba-tiba aku rasa cerita ni agak menarik untuk dikongsi ditambah dengan senario masyarakat kita sekarang ni yang serba tak kena..baca je la cerita ni..


Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang keldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor keldai. Kedua-dua mereka menaiki keldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orang ramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Keldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung".

Si-bapa mendengar komen mereka.Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas keldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orang ramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik keldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."

Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang keldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas keldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik keldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."

Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Keldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada keldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa keldai!"

Mendengar kata-kata ini,si bapa pun memberitahu anaknya.
"Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka.."



MORAL & IKTIBAR


-Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang

-Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran.

-Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi.

-Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

Thursday, June 19, 2008

Pencuri Kain Kapan

Di Baghdad terdapat seorang lelaki yang sering mencuri kain kapan. Dia menggali setiap kubur orang yang baru meninggal dunia dan mengambil kain itu. Pada satu malam sedang dia menggali kubur, dia terperanjat besar melihat api menjulang-julang keluar dari lubang kubur. Badannya menggigil dan terus pingsan.

Sebaik saja sedar, dia lari lintang-pukang sambil menangis teresak-esak. Dia berjumpa dengan seorang wali Syeikh Jonid Al-Bustani untuk menceritakan keadaan dan ingin bertaubat. Dia mengadu yang dia telah menggali 78 kubur. Hanya 2 kubur saja yang mayatnya masih mengadap kiblat. Dalam kubur-kubur lain, semua mayat itu telah berpusing membelakangkan kiblat. Syeikh Joned menerangkan mayat-mayat yang berpusing membelakangkan kiblat itu adalah pada masa hidupnya syak atau ragu-ragu tentang jaminan rezeki oleh Allah.

MORAL & IKTIBAR

-Kita mesti yakin tentang rezeki yang Allah telah jamin sebelum kita dilahirkan lagi.

-Syak terhadap jaminan ini sama seperti tidak beriman terhadap Allah

-Allah mengurniakan hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki meskipun pada mulanya dia seorang a'asi (maksiat)

-Jangan menghina atau memandang rendah kaki maksiat, jangan-jangan dia akan bertukar menjadi orang yang soleh; sedangkan kita belum tahu.

-Syak terhadap jaminan rezeki adalah satu dosa yang balasannya diterima di dalam kubur lagi.

-Mayat di kubur sebenarnya tidak mati, dia hanya berpindah alam dan di sana dia akan merasa bahagia jika ahli syurga dan ditimpakan azab jika ahli neraka.

Dua Hari yang Penat



Banyak benda nak kena settle minggu ni..dua hari dah aku pi mai pi mai..aku bangun awal hari pertama tu, sebab dah janji dengan kawan aku ju nak pergi buat medical check up..dalam pukul 10 pagi aku pun keluar la rumah naik kereta aku pergi ambik ju..Lepas je ambil ju aku pun terus bagi cadangan pergi buat medical check up di poliklinik kamunting je cepat sikit..kami pun pergi la..punya la ramai manusia..tak sangka pula aku ramai orang sakit pagi tu..masuk-masuk terus pergi kat kaunter tanya orang kat kaunter suruh datang petang pulak..ermmm..takpe la kami pun buat keputusan pergi hospital taiping je..rupanya sekarang ni urusan medical check up semua kat pusat kesihatan yang baru depan doli tu..pergi pergi kat pusat kesihatan tu memang ramai la manusia..tiba-tiba org kat kaunter tu cakap jumpa doktor 3hb..huh lambat tu..dah lepas tarikh daftar..mane bole..dia suruh pergi buat kat kamunting juga..pastu ada la dia bagi 2 3 cadangan yang aku rasa tak relevan untuk kami buat...huh pening2..








last2 aku buat keputusan pergi bank islam dulu betulkan kad bank aku yang rosak..ermm..cakap pasal bank, hari tu aku rasa aku pergi semua bank yang ada kat taiping ni...termasuk la bank islam,cimb, bsn dengan maybank semua gara-gara borang nak buka akaun sspn habis..penat betul hari tu..dah dapat borang pun tak boleh juga nak bagi settle hari tu..sebab nak kena fotostat sampai 3 borang dan beberapa dokumen lain..lagipun tak sempat sebab nak bekejar pergi kamunting buat medical check up...pergi kat poliklinik tu nasib baik la sikit sebab pergi awal pukul 2 kira tak ramai orang la..setengah hari la juga siapkan semua-semua tu..jumpa la macam-macam perangai MA dan juga nurse2 ikut bahagian daripada x-ray sampai la bahagian buat urine test...hehehe.. mengalahkan doktor pun ada diaorang ni..





hehehe..dalam pada dua hari sibuk-sibuk tu, macam-macam perangai manusia kami jumpa..tambah pekerja-pekerja kat kaunter..hehehe maklum la pergi banyak kaunter untuk tanya itu dan ini termasuk la..bank2,hospital2 dan tempat beli insurans Takaful Malaysia..ada yang mesra sangat sampai siap nak tolong hantar hihihi..ada juga yang macam nak marah je bila tanya dan ada yang tak mau layan pun...hehehe penat kot..tapi kot ye pun penat dah kerja kena la buat juga..betul tak..memang jumpa ramai la manusia..dari golongan bawahan termasuk pakcik-pakcik guard hingga la kepada golongan2 profesional seperti doktor dan peguam..hehehe..doktor tu sebab pergi buat medical check up tu la..yang peguam tu pula sebab mintak tolong dia sahkan dokumen2 yang berkenaan..masa tu dah buntu malas nak pergi jumpa penghulu taiping tu. lastly pergi dekat tempat kerja mar je untuk menggunakan hikmat bantuan sahabat ini bagi memudahkan kerja kami disebabkan beliau bekerja di situ..hehehe untung la lawyer tu ada..boleh mintak tolong sah kan kejap..terima kasih la mar kerana membantu..hehehe..



Dalam dua hari tu, setelah kena perli,kena ngorat dan kena marah dengan semua golongan-golongan yang terlibat hehehe settle la semua benda-benda penting..tingal beberapa je lagi perkara, minggu depan kot baru boleh settle semua sebelum masuk daftar 30 hb ni..

Wednesday, June 18, 2008

Cermin Kepimpinan Rasulullah

Bismillahirahmanirahim..
Bicara ini ku mulai dengan Sabda Rasulullah s.a.w,

"Ballighu anni walau aayah" yakni "sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walaupun hanya dengan satu ayat"

InsyaAllah semoga bermanfaat buat semua.


Meskipun Beliau telah wafat ribuan tahun yang lalu, tetapi pengaruhnya tetap abadi hingga sekarang, tidak lapuk dimakan zaman dan tidak lekang dimakan usia. Kepemimpinan adalah pengaruh. Makin kuat kepemimpinan seseorang, akan makin kuat pula pengaruhnya. Begitulah dengan Rasulullah.

Lalu, pemimpin seperti apakah Rasulullah saw. sehingga pengaruhnya bisa menembus relung hati kita? Siang malam kita merindukan berjumpa dengan Beliau sehingga rela berasak-asakan di raudhah (sebuah ruang dekat mimbar Masjid Nabawi di Madinah) sekalipun. Jawaban dari semua itu ternyata, pertama, sebelum memimpin orang lain, Rasulullah saw. selalu mengawali dengan memimpin dirinya sendiri. Beliau pimpin matanya sehingga tidak melihat apa pun yang akan membusukkan hatinya. Rasulullah memimpin tutur katanya sehingga tidak pernah berbicara kecuali kata-kata benar, indah, dan padat akan makna. Rasulullah pun memimpin nafsunya, keinginannya, dan memimpin keluarganya dengan cara terbaik sehingga Beliau mampu memimpin umat dengan cara dan hasil yang terbaik.
Sayang, kita sangat banyak menginginkan kedudukan, pangkat ,nama dan kepemimpinan. Jika tidak dapat maka kita bukan pemimpin. Padahal, untuk memimpin diri sendiri saja kita sudah tidak sanggup. Itulah yang menyebabkan seorang pemimpin tersungkur menjadi hina. Tidak pernah ada seorang pemimpin jatuh kerana orang lain. Seseorang hanya jatuh kerana dirinya sendiri. Kedua, Rasulullah saw. memperlihatkan kepemimpinannya tidak dengan banyak menyuruh atau melarang. Beliau memimpin dengan suri teladan yang baik. Pantaslah kalau keteladannya diabadikan dalam Al-Quran,

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" (Al-ahzab: 21).

Dalam kehidupannya, Rasulullah saw. senantiasa melakukan terlebih dahulu apa yang ia perintahkan kepada orang lain. Keteladanan ini sangat penting kerana sehebat apa pun yang kita katakan tidak akan berharga kecuali kalau perbuatan kita seimbang dengan kata-kata. Rasulullah tidak menyuruh orang lain sebelum menyuruh dirinya sendiri. Rasulullah tidak melarang sebelum melarang dirinya. Kata dan perbuatannya amat serasi sehingga setiap kata-kata diyakini kebenarannya. Efeknya, dakwah Beliau punya kekuatan ruhiah yang sangat dahsyat. Dalam Al-Quran Allah Azza wa Jalla berfirman,

"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan" (Ash-shaf: 3).

Ketiga, kepemimpinan Rasulullah tidak hanya menggunakan akal dan fizikal, tetapi Beliau memimpin dengan kalbunya. Hati tidak akan pernah bisa disentuh kecuali dengan hati lagi. Dengan demikian, yang paling dibutuhkan oleh manusia adalah hati nurani, kerana itulah yang tidak dimiliki oleh makhluk lain. Rasulullah menabur cinta kepada sahabatnya sehingga setiap orang bisa merasakan tatapannya dengan penuh kasih sayang, tutur katanya yang rahmatan lil alaamiin, dan perilakunya yang amat menawan. Seorang pemimpin yang hatinya hidup akan selalu merindukan kebaikan, keselamatan, kebahagiaan bagi yang dipimpinnya.

Sabda Rasulullah saw.

"Sebaik-baik pemimpin kalian ialah yang kalian mencintainya dan dia mencintai kalian. Dia mendoakan kebaikan kalian dan kalian mendoakannya kebaikan. Sejelek-jelek pemimpin kalian ialah yang kalian membencinya dan ia membenci kalian. Kalian mengutuknya dan ia mengutuk kalian."

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang bisa berkhidmat dengan tulus dan menafkahkan jiwa raganya untuk kemaslahatan umat. Ia berkorban dengan mudah dan ringan kerana merasa itulah kehormatan menjadi pemimpin, bukan mengorbankan orang lain.

Alangkah indah jika yang kita fikirkan adalah bagaimana berusaha menjadi jalan bagi kebaikan orang lain dan berkhidmat pada orang lain, sehingga tiap hari kita berusaha meraup ilmu agar dapat menjadi jalan hidayah. Pemimpin budiman tidak berfikir apa yang akan dia dapatkan dari umat, tetapi apa yang bisa dia berikan kepada umat. Bayangkan andaikata kita bisa menjadi seorang pemimpin yang menjadi suri teladan yang baik di rumah, di pejabat, ataupun di mana saja.Terbayang jikalau meninggal, anak-anak dan saudara-saudara kita menabur doa setiap waktu karena terkenang akan keindahan pribadi kita. Bila kita seorang pemimpin di keluarga, tidak cukup hanya bisa memberi harta dan materi pada anak isteri kita, kerana penjahat pun mampu memberi harta. Yang mereka butuhkan adalah perhatian yang tulus, ucapan yang terjaga, perilaku yang budiman, dan keteladanan yang baik. Mungkin terlalu besar kalau kita berfikir bagaimana mengubah bangsa. Untuk itu, marilah kita berfikir bagaimana kita bisa memimpin diri kita sendiri. Minimum, jangan biarkan diri kita menjadi hina kerana mata yang tidak terjaga atau kerana tutur kata yang penuh kesombongan.



Marilah kita tundukkan hati dan maknai hidup dengan berkhidmat kepada orang lain, kerana sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaatnya. Inilah "cermin" yang bisa kita raup dari kepemimpinan Rasulullah Muhammad saw. peribadi agung, yang teladan-teladannya terus hidup dalam dada kita, kaum Muslimin hingga akhir zaman. InsyaAllah..Kata-kata dan penulisan tidak setanding akhlak dan tauladan.. :)

'Allahualam..

Monday, June 16, 2008

Hari-hari Akhir Bergelar "Cikgu"


Alhamdulillah..16hb tamat sudah kontrak aku dengan ppd seberang perai selatan sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di Sekolah Menengah Kebangsaan Val Dor Sungai Bakap,Jawi..Menjadi guru bukan senang..bukan mudah..perlu kesabaran dan ketekunan dalam mendidik anak bangsa.


Mula-mula menjejak kaki ke sekolah sebagai guru, hati ini terasa bangga bila di sapa anak murid dihari pertama dengan panggilan "cikgu". Kaki terus menghayun langkah menabur bakti. Biarpun berlainan bangsa, aku tidak kisah kerana mereka pewaris generasi hadapan. Namun, hari demi hari,tanggungjawab sebagai guru dirasakan semakin hebat dan mencabar, kerana anak didik tidak seperti yang digambarkan..beban di bahu semakin berat..panggilan cikgu tidak tertanggung dek hebatnya cabaran yang harus dihadapi.


Alhamdulillah, semuanya aku lalui dengan penuh rasa syukur, atas nikmat pengalaman yang tidak mampu dibeli oleh wang ringgit ini. Walaupun bergelar cikgu tetapi aku masih lagi menjadi murid kepada kak sariyah, kak fizah, kak izah,kak hana,kak yati,kak munirah dan beberapa lagi guru lain yang turut membantu dan mengajar aku berhadapan dengan tugas getir semasa bergelar seorang guru..Jasa baik kalian tidak akan saya lupa..cikgu sariyah (panggilan mesra Kak sariyah) seorang guru tetap yang telah berkhidmat selama 10 thn,terima kasih byk2 atas tunjuk ajar akak..terima kasih kerana selalu bantu saya meng'copy paste format2 ppt dan tov dari bilik komputer..Buat Cikgu Munirah, terima kasih sbb akak bantu saya jadi muslimah walaupun hanya dengan senyum..tanpa bicara..


Kepada cikgu2 GSTT seangkatan yang satu kepala, yakni Sekolah yg paling ramai cikgu GSTT ..iaitu seperti nama di atas,hehehe.. terima kasih juga di ucapkan di atas sokongan dan tunjuk ajar kalian.. semoga terus tabah di situ..dan dapat kerja tetap nanti serta lulus ujian KPLI yang dah 3 4 kali ambil tu..hihihi..doakan lah adikmu ini juga setabah kalian..hehehe untuk cikgu noriza yg baru je masuk selamat mengambil alih tempat ku..ekekek..semua kerja dah saya siapkan tinggal nak sambung je..semua ada atas meja saya...walaupun waktu perkenalan ini terlalu singkat namun ukhwah yang terjalin akan tetap dipelihara..Berkenalan dengan cikgu GSTT seperti kalian merupakan kenangan paling manis buatku..





Terima Kasih Smk Val Dor..kerana memberi aku peluang merasai kenangan hari guru yang memang tak dapat di sekoah lain..terima kasih, kerana pengalaman ini benar-benar berharga buat ku..benar-benar mendidik jiwaku menjadi pendidik..insyaAllah, akan ku terus langkah ini tanpa jemu demi mengejar segunung impian dan cita-cita buat anak bangsaku..dan kata-kata keramat "terima kasih cikgu" merupakan hadiah teristimewa dihari-hari akhir bergelar "cikgu".






Sekadar Coretan Pencetus Persoalan

Letih otak, penat badan, mula-mula rasa malas nak menulis...tapi jari jari ini menjerit-jerit meminta aku mencoret sesuatu...entah apa yang perlu dicoret aku pun tak pasti...yang aku pasti otak aku letih ditambah pula baca setengah-setengah entry blog ada kutuk orang ni kutuk orang tu..yang satu sebuk menghentam dan yang satu sebuk pertahan..menang jadi arang kalah jadi abu..tapi suka hati la..nak tulis apapun..cuma aku je yang letih baca..sedih pun ada tapi nak buat macam mana lagi adat manusia..fitrah semulajadi..






Cuma pada aku bagi mereka-mereka yang menggunakan metod dakwah sebagai senjata menghentam..aku rasa mereka belum cukup berhikmah dalam berdakwah..dan pada mereka yang yang menggunakan sentimen bangsa dan perpaduan mereka perlu mencari jalan lain kerana itu semua sudah lapok ditelan zaman..hikmah dalam berdakwah bukan sekadar menunjuk hanya kita yang terbaik,hanya kita yang alim..bukan dengan panggilan ana dan anta..tapi dengan naluri jiwa daie mahupun mad'u yang ikhlas..seorang manusia jika dia benar-benar ikhlas kerana Allah s.w.t cukup hanya dengan raut wajah dan tutur yang baik dia mampu mengubah manusia disekelilingnya..tak perlu menggunakan senjata pena yang tajam, tak perlu mengeluarkan kata-kata perli yang menghunus hati yang mendengar..cukup hanya dengan senyum dan tingkah laku jika dia benar-benar ikhlas kerana Allah..mungkin aku bercakap tidak dari mana-mana sumber..tapi aku bercakap dari pengalaman..kerana aku juga bukan dari kalangan manusia baik sejak dari alam lahiriah..kerana aku juga manusia yang pernah berjiwa remaja..kerana aku juga pernah punya jiwa yang memberontak..dan aku punya jiwa-jiwa itu..






Menggunakan senjata pena yang menghunus? aku rasa lebih mendatangkan marah si pembaca yang terlibat..menggunakan kata-kata perli yang menikam kalbu? mendatangkan benci yang teramat sangat si pendengar yang terlibat...api yang marak jika disiram dengan petrol jelasnya makin maraklah jadinya..yang dapat difahami disini mesej tidak sampai dan yang sampai hanya marah dan kebencian...itu dikatakan dakwah? Jika itu dikatakan dakwah, aku mohon Allah bagi petunjuk buatku..




p/s : sekadar coretan pencetus persoalan..tidak ada kena mengena dengan siapa2..


Sunday, June 15, 2008

Dihari Lahir Ini





Betapa besar kasih setiaMu,

Hingga kini ku masih dapat bernafas

Betapa indah karya yang Kau buat…

Hingga kini ku masih dapat melihat dunia…

Syukur ku naikkan hanya pada Mu…

Rasa Syukurku hanya kuberikan pada Mu…

Hingga akhir hayat menjemputku,

Hingga mataku tak dapat melihat indahnya dunia,

Hingga nanti ku tak dapat mendengar semilir angin yang menyampaikan hasrat…

Ku kan tetap bersyukur..

Karena Kau ku hidup sampai sejauh ini..

Ku kan tetap bersyukur…

Karena Kau ku masih dapat merasakan pahit,

manisnya dunia fana ini

Syukur kunaikkan hanya padaMu,

Engkau…Engkau yang selalu menantiku

Sampai kelak ku berpulang ke rumahMu…



p/s : terima kasih ayah, terima kasih ibu kerana kalian aku masih di sini..

terima kasih sahabat ats ucapan hari lahir..kasih sayang kalian hadiah teristimewa buatku..

salam sayang buat semua..


13 Jun 2008

Saturday, June 7, 2008

Borak Dgn Uncle Fotostat belakang TJ

bukan uncle sebenar c",)


Hari ini aku keluar rumah dalam pukul 11.30a.m sebab nak pergi fotostat latihan budak-budak kelas aku. Maklum la esok aku dah mula nak mengajar semula, tapi tak lama la dalam seminggu lebih je lagi, sampai 17hb tamat la kontrak aku mengajar dan selepas itu memang sibuk nak uruskan pasal urusan master pula. Nak kena cari pinjaman, buat medical check up la pergi tangkap gambar dan sebagainya.
Ermm...keluar-keluar je rumah masuk dalam kereta aku terus tengok meter minyak, ermm..ada sikit lagi baki minyak kelmarin jadi aku pun buat keputusan tak payah la isi minyak lagi terus je la aku menuju ke kedai fotostat uncle belakang TJ (sekarang The Store) tu..sesiapa yang tinggal di taiping ni mesti tau la kedai uncle tu..aku memang pelanggan tetap uncle tu sejak dari zaman sekolah lagi tambah-tambah masa tingkatan 6. Maklum la bendahari kelas merangkap tukang pergi fotostat semua nota-nota dan latihan kiteorg. Kira uncle tu pun memang dah kenal aku la cuma mungkin tak tau nama...huhuhu...
sampai je kedai, aku pun terus bagi apa yang aku nak fotostat kat aunty tu (uncle punya wife),

uncle yang dah lintas jalan nak pergi mana entah terus patah balik bila dia nampak aku..hehehe..

macam biasa aku pun sapa la uncle tu..

"ellooww bos, amacam sihat ke?

"ooo mesti la sihat.." jawab uncle..

lepas tu kami pun terus la berborak, dia tanya aku belajar tak habis lagi ke, aku pun jawab belajar lagi dan sambung lagi..nampak muka dia macam kagum la sekejap..hehehe..

lepas tu uncle tu pun terus membebel-bebel, kira macam mengadu nasib pun ada juga..macam la aku ni wakil rakyat ..tapi apa-apa pun aku dengar je la, dia mengadu bisnes tak untung la apa la..tapi apa yang aku tengok kedai dia makin besar je...bila aku cakap macam tu dia kata, kalau tak buat macam ni tak boleh nak run bisnes...betul la kot apa yang dia cakap tak kan la pulak kita nak tinggal di takuk yang sama je..sekurang-kurangnya ada la usaha nak majukan bisnes..
Uncle pun terus membebel lagi, sekarang susah semua harga barang naik..ermmm aku dah agak dah dia nak sembang pasal harga minyak la ni...aku pun cerita la pengalaman aku isi minyak rm10 dapat suku tank tu.. dia pun apa la lagi makin galak dia membebel..tapi dia kurang la salahkan kerajaan..cuma dia kata kerajaan patut cari alternatif lain macam guna minyak kelapa sawit ganti petroleum..menurut uncle kajian dah terbukti, kenderaan boleh guna minyak kelapa sawit,,aku pun tak pasti kajian tu dah terbukti ke belum tapi dia kata dah terbukti aku pun ye je la...menurut uncle, bila kajian dah terbukti nah...apa lagi tunggu buka kilang proses minyak kelapa sawit tu jadi satu bahan bakar...nak tunggu apa lagi sampai bila kita nak harap kat US yang kawal minyak dan sekaligus kawal kita sekali..
huh..semangat uncle tu mengadu pada aku..sampai aku terdiam sekejap dan angguk-angguk kepala je la dengar apa dia cakap...lepas tu dia suruh aku terus jadi cikgu..aku cakap "mana boleh uncle diorang tak mau terima saya jadi cikgu terus"..pastu uncle kata tapi kata cikgu tak cukup haa apa lagi ambil la orang-orang seperti aku jadi cikgu.. kagum aku dengan uncle ni..walaupun nampak je selekeh dengan seluar pendek n baju singlet je tapi semangat kuat..kira dia ni tau banyak benda yang aku tau tapi aku tak pernah pun nak ambil tau..huhuhu
borak punya borak aunty kata ok amoi dah siap...aku pun bayar dan terus balik. Dalam perjalanan balik otak aku terus berfikir apa yang aku borak dengan uncle tadi..
apa-apa pun semua tetap warga malaysia kan..!!!


Warisan- Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara...

http://www.imeem.com/andax/music/U63btyfE/anak_kecil_main_api_warisan

Cukupkah Taqwaku??


Ajaran-ajaran mengenai taqwa yang terkandung didalam kitab suci Al-Quran dan Hadith tidak dapat dibentangkan secara keseluruhannya buat masa ini namun kepentingan taqwa sudah tentu tidak dapat diragui. Tanpa taqwa segala kejayaan batiniah sudah pasti tidak tercapai. Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Perasaan takutkan Allah s.w.t. merupakan sumber kebijaksaan."

Ibnu Umar sering menangis kerana takutkan Allah s.w.t. sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya:

"Agaknya kamu hairan melihat aku menangis?Matahari pun menangis kerana takutkan Allah s.w.t..."
Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. telah mendengar seorang sahabat Baginda s.a.w. yang sedang membaca Al-Quran. Apabila sampai keayat yang bermaksud:

"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah"(AL-RAHMAN-37)

Bulu roma sipembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:

"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah?Malang sungguh nasibku ini."

Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya:

" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Jawapan yang sama telah diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.wkepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud. Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:

"Mengapa kamu menangis?"

Kata Abdullah:

"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui Titisirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

Pada suatu ketika Zurarah bin Aun sedang bersembahyang dimasjid. Apabila ia membaca ayat yang bermaksud:

"Maka apabila ditiup sangkakala,maka yang demikian dihari itu,hari yang payah"
(Al-Maudasir-8-9) Zurarah bin Aun jatuh dan meninggal dunia!!!

Dalam salah satu sembahyangnya, Khulaid dalam qiraatnya telah membaca ayat yang bermaksud:

"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati" (Al-A'nkabut) Dia telah mengulangi ayat itu beberapa kali sehinggakn tiba-tiba dia terdengar suara orang yang mengatakan kepadanya:

"Berapakali mesti kamu ulangi ayat itu?Bacaan mu telah menyebabkan kematian empat jin!!!"

Dengarlah kata Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Baginda s.a.w. mengenai perasaan takut akan Allah s.w.t..

Nabi Muhammad s.a.w.:

"Segala-galanya takut akan orang yang takutkan Allah s.w.t. Sebaliknya segala-galanya menjadi sumber ketakutan kepada orang yang takutkan sesuatu selain dari Allah s.w.t.."

Yahya bin Ma'az:

"Seandainya seorang manusia itu takutkan neraka sebanyak ia tukutkan kemiskinan, ia akan memasuki syurga."

Abu Sulaiman Darani:

"Kecelakaan bagi jiwa yang kosong dengan perasaan takut kepada Allah s.w.t.."

Nabi Mubammad s.a.w.:

"Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana tkutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka."

"Apabila seorang muslim mengeletar kerana takutkan Allah s.w.t., gugurlah dosa-dosanya seperti daun-daun yang kering berguguran."

Aqbah bin Amir berkata kepada Nabi Mubammad s.a.w.:

"Tunjukkan daku jalan kearah keselamatan."

Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:

"Jangan banyak bercakap dan tinggallah dirumah sambil menangis mengenangkan dosa-dosamu.."

Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:

"Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?"

Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:

"Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan."

Nabi Muhammad s.a.w.:

"Ada dua jenis titisan yang sangat-sangat dihargai Allah s.w.t..Titisan air mata kerana takutkanNya dan titisan darah yang ditumpahkan kerana berjuang dijalanNya."

Mengikut sebuah Hadith ada tujuh jenis manusia yang dapat melindungi diri dibawah naungan A'rash. Salah seorang daripada mereka ini ialah orang yang menangis apabila berseorangan kerana takutkan Allah s.w.t. dan kerana menyesali dosa-dosa yang telah lampau.

Umar r.a. hu berkata:

"Kalau pada Hari Perhitungan diistiharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki neraka, sudah tentu dosa-dosaku akan menyebabkan aku menyangka yang simalang itu ialah aku sendiri. Sebalinya kalau diisteharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki syurga, sudah tentu aku akan berharap yang orang yang menjadi pilihan Allah s.w.t. itu adalah aku sendiri."

Kisah Umar r.a.hu itu tadi menunjukkan betapa perlunya perasaan takut bercampur dengan harapan ini terselit dihati umat Islam yang inginkan kebahagiaan ukhrawi.Bila menghadapi maut pula harapan akan rahmat Allah s.w.t. sepatutnya melebihi perasaan takut tadi.

Kata Nabi Muhammad s.a.w.:

"Tidak seorang pun sepatutnya mati tanpa harapan yang kuat akan rahmat Allah s.w.t.."

Apabila Imam Ahmad bin Hambal sedang menghadapi maut, dia menggesakan anaknya supaya membaca hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w.. matan-matannya menekankan tentang perlunya ada harapan akan rahmat Allah s.w.t.."

Friday, June 6, 2008

Terus berbohong untuk mu...

Aku sayang betul padamu...bisiknya hampir tidakku terima oleh gegendang telinga, ditambah dengan bunyi derum motokar yang menyaingi kalimat itu. Hampir aku terlepas untuk mendengar kalimat yang dinanti oleh pasangan pungguk dan bulan. Hingga kesedaran memaksa aku untuk memahami bahawa aku mungkin sedang bermimpi.

Aku tahu itu bukan satu kebohongan, tapi aku terus berharap agar itu adalah kebohongan. Ditengah-tengah kemungkinan bahawa kesedihan dan kegembiraan tak mungkin bisa untuk bersatu,aku terus berharap agar kau terus membohongiku. Aku suka jika kau berbohong kepadaku. Dan aku khuatir kiranya kau terus jujur padaku...seperti waktu kelmarin yang kau hadiahkan padaku, kau sekali lagi begitu jujur sedangkan aku berharap kau membohongiku. Aku sekali lagi berharap agar kau berbohong tika suatu detik kau mengucup dahiku dan kau sendiri seolah-olah terkejut mendengarkan apa yang kau ucapkan tika saat itu, terlalu tulus dan jujur..aku terdiam sejenak, duniaku seolah olah berhenti sedetik sunyi dan begitu sepi..

Sungguh, aku merindui kejujuranmu, tapi sungguh bukan itu yang pernah aku harapkan..
Aku manusia yang selalu tidak pernah memahami akan lelah jujurmu, kerana kelelahan yang aku lihat dalam setiap sorotan matamu seperti tidak akan aku fahami untuk selamanya..aku rasakan roda yang kita selalu putarkan sering bergerak lambat, selalu lambat dan terlalu lambat.
Virus yang engkau sebarkan buatku sedikitpun tidak menjejaskan hati ini..

Aku pandang rautmu, dan aku rindukan jujurmu yang selalu..tapi tetapku berharap kau berbohong padaku, kerana aku sering berbohong padamu, aku tidak pernah mungkin akan jujur bila berdepan denganmu...dan aku terusan mengharapkan agar angin terus membawa bohong mu padaku...dan aku akan terus berbohong untuk mu...

Minyak Naik!!!!


Tibe-tibe rasa nak menulis,tapi tak tahu apa yang nak di tulis.
Erm..sekarang org tengah sibuk pasal harga minyak naik, aku nak komen lebih-lebih pun aku tak tahu, sebabnya kalau ikut logik memang harga minyak patut naik pun, sebab satu dunia memang harga naik, nak kata apa lagi..tak logik juga dalam zaman-zaman ramai manusia tak suka pak lah ni tiba-tiba pak lah nak naikkan harga minyak suka-suka hati pula, bertambah ramai la manusia yang tak suka kat pak lah...apa-apa pun bak kata nabil raja lawak tu, "lu pikir la sendiri.."huhuhu...nak kata aku tak rasa bahang harga minyak naik ni tak juga..sebab tadi aku pergi isi minyak rm10 ringgit maklum la pakai kancil je, tapi dapat dalam 3 liter lebih je berbanding sebelum ni dalam 5 liter macam tu..ye la 1 liter sekrang sama harganya dalam rm2.70..bila tengok kat meter petrol pump tu ok la lagi..tapi bile tengok kat meter kereta aku..aduh..baru suku tank..betul-betul suku tank..kalau tak sebelum ni dapat la dekat-dekat nak sampai setengah tank...baru betul rasa, pastu bila dah suku tank aku bawak pusing kat area bomba tu hantar laptop dan ambik laptop aku ni yang demam dah habis minyak...parah juga la macam ni. Sekarang ni tengah cuti sekolah aku cuti lagi tak mengajar, minggu depan dah buka sekolah sakit juga aku nak berulang gi sungai bakap tu. Kalau sebelum ni rm15 ringgit sehari lepas ni mesti la naik lagi. Nasib baik la aku kerja sampai 17hb ni je..lepas tu resign sebab nak gi sambung belajar. Jadi student semula..lagi parah la kot lepas ni jadi student, tak ada gaji la pula..huhuhu...apa la nasib..
Harga minyak naik ni bagi aku bukan lah satu yang amat mengejutkan kalau nak diikutkan walaupun aku tak tau sukatan macam mana yang dikira sehingga membolehkan harga minyak ni naik 78sen agk besar jumlah tu. Apa yang menjadi kenyataan dan alasan sekarang ni sebab US dah naikkan harga minyak kepada 100 dolar setong, jadi sebab tu la negara kita ni pun naik juga harga minyaknya..hakikat yang semua makhluk yang menggunakan petroleum dalam dunia ni kena terima ialah bekalan petroleum dalam dunia kita ni dah nak habis. Dah memang hukum dalam ekonomi pun bagi siapa-siapa yang belajar ekonomi la, bila satu satu barang tu sumbernya terhad secara automatik la harganya akan meningkat dan sebaliknya. Hukum ekonomi memang macam tu, tapi yang menjadi masalah sekarang bukan semua makhluk-makhluk dalam alam ni belajar ekonomi. Bukan la nak kata sebab aku belajar ekonomi aku paham, tapi aku rasa benda tu mudah je semua orang boleh faham.
Aku rasa semua orang pun tau petroleum ni dah nak pupus tanya budak sekolah pun dorang tau, tapi satu je yang aku tak faham, masa PRU dulu PKR bukan main lagi cakap, kalau kami menang hari ini esok juga harga barang turun, harga barang turun tu termasuk minyak la kan?..dahsyat la kalau PKR boleh turunkan harga minyak, tapi aku rasa rakyat pun tau, PKR cakap macam tu sebab tau memang dorang tak boleh menang semua sebab tu la berani cakap..kalau tidak pening gak PKR nak hadapi situasi macam ni..nak berjanji pun fikir la sama. Ni semua gara-gara US, may be US ada la agenda diaorang itu dalam cerita lain la kan, tapi lain la ceritanya kalau PKR boleh urus atau pun bagi idea nak turunkan harga minyak, apa salahnya, untuk kesejahteraan rakyatkan, bantu la kerajaan tak kan nak tunggu jadi PM baru nak tolong kot mana tau kot kot presiden PKR ada kawan baik kat US sana yang boleh turunkan harga minyak yang dia org jual. Selesai la masalah....tapi tu la, habuk pun tak ada.
Nak tak nak kena la terima harga minyak naik, miskin ke kaya ke semua pun rasa, tak ada beza,tak guna pergi bersesak kat petrol pump sehari sebelum harga minyak naik macam la bila dah isi tu terus simpan di rumah tak mau gerak dah( bak kata kawan saya la) esok lusa kena pergi isi jugak...daripada saling menyalahkan pihak-pihak tertentu baik la kita sama-sama fikir alternatif selain dari penggunaan minyak petrol tu tak pun jimatkan penggunaan minyak..entah 15 ke 20 tahun lagi habis dah minyak tu..sama-sama la fikir....

Thursday, June 5, 2008

Selamat bertunang..






selamat bertunang...
akhirnya bertunang juga kak umi n abg epoi..
hehehe..dengar cerita nak kenduri bulan 12 ni..
alhamdulillah elok la diawalkan...jangan lupe bg kad kat kiteorg nanti ye..hehehe...

Tuesday, June 3, 2008

KeNduri 1







minggu cuti sekolah ni memang banyak sangat kenduri...



tiap-tiap minggu ada kenduri..mula dengan kenduri im betunang pastu kenduri kahwin kak azzah dan lepas tu kenduri kak umi pulak...



nampaknye lepas sorang, sorang kawin..alhamdulillah..semoga semua berbahagia..so kiteorang ni kenyang la gi makan kenduri sambil2 ambik berkat para pengantin..harap-harap lepas ni kami la pulak...hehehe..
ni je gambar yang sempat aku upload gambar kenduri im..
yang lain belum sempat ambik lagi..nanti dah ambik aku uploadkan...

Buat sahabat2- nukilan nasreena abdullah(aina)

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi
Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan
Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu
Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

Kembali Berpolitik?? ye ke?!




Mulanya aku tak mahu blog aku ni menjadi wadah menyebarkan dakyah politik,
tapi ada sekumpulan manusia yang melonjakkan rasa di hati ini untuk turut jua menyatakan hal politik..oleh sebab ia telah berjaya melonjak rasa di hati ini maka ku turutkan apa yang hati ini rasa lantaran menarilah jari menaip artikel yang sebenarnya tdk ada hujung pangkal pun ni.

Setelah tamat pengajian sebagai pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang yang berkenaan aku mula letih dengan apa yang dikatakan politik, aku mula nak berhenti untuk berehat sekejap.
Tapi yang nyata aku memang tidak boleh berhenti kerana tekanan yang membutuhkan aku untuk terus memperjuangkan apa yang diperjuangkan selama ini.

Mungkin akan ramai yang bertanya apa yang diperjuangkan? kalau itu yang menjadi persoalan maaf aku tidak dapat menjawab.Kerana apa yang diperjuangkan terlalu banyak merangkumi segenap kehidupan.

Yang nyata pada aku kini kita perlu berubah, kita perlu bersatu kerana dengan bersatu kita akan makin kuat. Jangan pandang enteng pada apa yang berlaku, jangan pandang jelik pada setiap manusia yang kita depani seolah-olah kita saja yang bersolat,kita saja yang berpuasa, kita sahajalah yang berusrah,kita saja lah yang pi cedok lauk kat masjid wkt bulan puasa dan menganggap segala-gala yang baik itu hanya dari kita dan yang lainnya itu adalah maksiat.
Jangan kita lupa dengan sikap ini jika kita menang sekalipun kemenanga tidak akan sampai kemana.

Prinsip aku senang..bila kita dah buat pilihan kita teruskan biarpun pahit yang bakal ditelan,
takkan ko nak lari setelah itu yang ko pilih, takkan ko tergamak nak biarkan yang mungkar bagimu itu terus berleluasa lantaran menganggap diri mu terlalu makhruf?? fikirlah sendiri semua ada dalam tangan kita bak kata org timun dengan pisau dah ada kat tangan ko potong la nak potong macam mana pun bagi senang makan. Jangan lari dari kenyataan jangan lari dari perjuangan kiranya yakin dengan matlamat perjuangan..cara yang salah perbetulkan itu yang penting..






Monday, June 2, 2008

jangan terlalu rindu aku

Saat perpisahan melanda
Jangan terlalu merindukan aku
Kerana nanti kau kan jatuh cinta
Lalu menginginkan cintaku
Jangan terlalu merindukan aku

Saat ku kan pergi
Kerana cinta kan datang padamu
Saat ku kembali
Pesonaku kan menghantuimu

Bayangku kan hadir di mimpimu
Senyumku kan kau rindukan
Hadirku kan kau nantikan
Kerana aku kan selalu menemanimu

Tuk dapat menggapai hatimu
Kerana saat kau merindukan aku
Aku telah lama merindukanmu...
Ratapanku Ya Karim

Tuhan,
Aku berdosa ya Tuhan,

Tuhan,
Aku jahil dalam pencarian Mu,

Tuhan,
Bagaimana ya Tuhan,

Tuhan,
Engkau pelindungku,
Engkau sumber rezekiku,

Ya Ghaffar...
Aku mohon padaMu,
Jangan Kau singkirkan aku,
Jangan sekali Kau kecualikan aku..
Engkau melihat kedangkalan ku

Ya Basir,
Aku tidak lagi berdaya meneruskan ini,B
ukan aku mengalah pada iradat Mu,
Tapi hati ini terlalu sarat dengan noda..

Ya Munzil,
Lihatlah air mata ini,
Lihatlah Ya Allah..
Penawar itu tidak aku temui,
Penyakitku makin parah Ya Allah..

Ya Rabbi,
Pimpin aku dalam samar noda ini,
Hatiku kian gelisah,

Ya Fattah,
kadang aku menyisihkanMuWalau Engkau tetap lihat padaku,
Apakah masih ada jalan untukku?
Alangkah malang aku, Kiranya Engkau tutup jalan itu..
Alangkah malang aku..

Ya Rabbul Jalil,
Jangan kiranya Engkau padam cahaya itu ya,
Jangan kiranya Engkau tutup jalan itu,
Moga sebelum pelita kehabisan minyak,
Aku sampai penghujung kasih Mu..Ameen


-aku pencari setia10.50 p.m
-23.05.2007

Do it anyway!!

People are often unreasonable,
illogical and self-centered;
Forgive them anyway.

If you are kind,
people may accuse you of selfish ulterior motives;
Be kind anyway.

If you are successful,
you will win some false friends and true enemies;
Succeed anyway.

If you are honest and frank,
people may cheat you;
Be honest anyway.

What you spend years building,
someone could destroy overnight;
Build anyway.

If you find serenity and happiness,
they may be jealous;
Be happy anyway.

The good you do today,
people will often forget tomorrow;
Do good anyway.

Give the world the best you have,
and it may never be enough;
Give the world the best you've got anyway.

You see, in the final analysis,
it is between you and God;
It was never between you and them anyway.

-mohter terresa-

mukadimah..

assalamualaikum...

sekarang ni semua org pun sibuk nak berblog nak jadi blogger.
aku dulu dah ada blog tapi aku tak manage..then aku close account tu n now zaman berblog kembali semula, lantas aku create blog ni "madrasah hati"....
sekolah hati tempat aku belajar semua tentang hati...
semua la yang dapat mendidik hati ini menerima takdir ketentuan Ilahi..
sebab hidup aku akan aku abadikan untuk belajar,belajar dan belajar...
dan hayatku tidak akan lari dari belajar..
this is my personal blog n i wish to all out everything in my mine..
harap anda semua dapat menerima "madrasah hati" dalam dunia bloggers ni..

wasalam..

Tiba-tiba femes kuar paper..:)


PULAU PINANG, 28 MEI- Ibarat jatuh cinta pandang pertama!Begitu kata seorang anggota polis, ASP Mohd. Rosli Mohd. Ali, 53, yang berjaya muncul salah seorang daripada ribuan pelajar baru Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) di peringkat ijazah sarjana muda, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.Lebih manis, kejayaan itu turut dirai bersama isteri tercinta, Zawiyah Mohamad, 47, yang juga bersama-sama beliau melafaz ikrar sebagai pelajar jarak jauh USM.Mengulas cinta pandang pertama itu, Mohd. Rosli berkata, minat untuk melanjutkan pelajaran timbul setelah beliau bersama isteri pergi menghantar anak sulung mereka, Nor Azida, 22, melanjutkan pelajaran juga di USM dua tahun yang lalu.
``Masa sesi pendaftaran dibuat, saya begitu teruja melihat kumpulan pelajar berpusu-pusu mengisi borang, bersuai-kenal dan sebagainya. Dari situ terbit rasa cinta terhadap bidang ilmu dan saya berazam untuk menjejakkan kaki ke USM,’’ jelasnya.Bagaimanapun katanya, setelah dua tahun menanam impian, hasrat beliau hanya berjaya dicapai pada tahun ini memandangkan terlalu sibuk dengan tuntutan kerjanya sebagai penjaga keamanan negara.
``Tapi saya bersyukur kerana isteri turut bersama saya dalam menimba ilmu di USM. Saya amat berharap kami dapat sampai ke penghujung dan berkongsi segulung ijazah bersama anak-anak,’’ kata beliau.Pasangan tersebut mengikuti pengajian dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan dijangka bakal menamatkan pengajian empat tahun dari sekarang.
Sementara itu, Wan Kamarulzaman Bin Aan Mohd. Nur, 38 tahun, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan turut bertuah sebagai menjadi pelajar RPJJ yang mengikuti jurusan Sains Kemasyarakatan di USM.Beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang berjaya menempatkan diri dalam ribuan pelajar yang mendaftar bagi mengikuti sesi pengajian di USM.Wan Kamarulzaman yang menghidap penyakit Polio sejak dilahirkan menghadapi kesukaran untuk berjalan tanpa bantuan tongkat. Namun, sakit Polio tidak menjadi penghalang kepada beliau dalam usaha merealisasikan impian untuk mendapatkan segulung ijazah. Beliau yang bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kota Bharu, disifatkan sebagai seorang yang gigih dan kental setelah memandu sendirian ke Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang untuk menyertai Minggu Suaikenal RPJJ USM yang berlangsung pada 26- 29 Mei 2008.“Isteri dan anak yang berumur 7 tahun merupakan pendorong utama kepada saya untuk melanjutkan pelajaran.” kata Wan Kamarulzaman.Beliau turut menasihatkan rakan-rakan senasib dengannya untuk terus berusaha menimba ilmu kerana pada pendapatnya, hanya dengan kuasa ilmu dapat memartabatkan OKU, dan tanpa ilmu masyarakat tidak memandang OKU.
Selain beliau, Puan Chew Luong Voon, 54 tahun, yang bekerja sebagai guru di SRJK Tit Bin, Pantai Remis, Perak turut berkongsi pengalaman muncul antara individu tertua yang mengikuti RPJJ di USM.Jelas beliau, pelbagai pengalaman suka dan duka terpaksa ditempuhi untuk sampai ke destinasi sekarang, antaranya ialah faktor kemelesetan ekonomi dan ditimpa kemalangan sehingga memaksa beliau berehat dalam tempoh yang amat panjang.
``Saya tidak mengenal erti putus asa dan setelah 24 tahun menanti, hasrat saya tercapai apabila saya menerima tawaran daripada pihak USM untuk mengikuti jurusan Biologi, '' jelasnya.

Biarkan ia lepas..

kini hanya tinggal nyanyian sunyi
iringi dawai-dawai hati yang menyayat diri

sudahlah asa…

tak jua perlu kau berharap jauh pada cakrawala di sana
ataupun merintih pada pelangi yang tak kunjung ada
lebamkan saja semua itu di dasar laut yang telah terkurung
kerana tak ada guna

melati yang wangi pun kan memudar
saat ia harus tenggelam lama dalam dinginnya sunyi
kini yang tinggal hanyalah…

setitis mimpi yang jua telah koyak
tak juga teranyam dengan indah
walaupun bahan yang ada adalah sutra terindah

Hilangkan saja semua itu..

agar mentariku mampu tersenyum..
disela-sela tangismu…