Thursday, March 5, 2009

Hati


Andai kata secebis organ yang bergelar hati ini boleh dilihat..nescaya percayalah aku bahawa ramai yang tidak sanggup untuk melihat deritanya, sarat dengan sengsara...

Andailah hati ni mampu berbicara, sudah tentu ia akan melontarkan cerita yang paling sengsara,bertapa suramnya jiwa yang tersorok dibalik tabir qonaah, terlindung dek silau redha.

Andai hati ini mampu berlagu sudah tentu irama paling sendu menjadi dendangan..luahan luhur dalam hati yang terlalu luluh..

Andai hati ini mampu untuk di potret maka ku pasti potret itu sukar untuk dirungkai maknanya, tidak langsung ternampak rupanya kerana terlalu di sekat dek tembok sabar...

Hati,hati dan hati...

Andai ini suratan yang tertulis sebagai suatu perjalanan terpasak di tunjang pasrah, berikan aku kejituan iman dengan benteng kekuatan ya Rahman..

Allah does not look at your body and face, rather he looks at your heart.. (at-Tirmidhi)



azida rusli - 1.54 a.m

No comments: