Sunday, December 7, 2008

Kasih sayang Dan Pengorbanan


ku mulai post kali ni dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Tengah-tengah melayan kebosanan yang melanda semasa ditahan di hospital hari tu aku terfikir sesuatu...terfikir betapa besarnya nilai kasih sayang dalam diri seseorang manusia..ye la mana tak nya kalau duk kat hospital tu macam-macam ragam manusia kita dapat tengok..dan satu yang aku pasti mereka memerlukan sokongan daripada orang yang tersayang...itu aku cukup pasti..sebab pancaran cahaya harapan dan kegembiraan terpancar di muka mereka setelah kehadiran keluarga dan sahabat2 biarpun sebelum tu semuanya meraung kesakitan yang amat sangat...kesakitan itu seolah-olah hilang dengan kehadiran mereka-mereka yang datang...hatta dengan itu membuatkan aku berfikir...mungkin kah kasih sayang yang ditunjukkan merupakan ubat paling mujarab dan terapi paling hebat kepada setiap penyakit? mungkin ramai yang menganggap aku melawak..tapi kenyataannya aku lihat sendiri..betapa hebat kuasa sebuah kasih sayang....hati ini menjadi tersentuh tatkala melihat ada satu pesakit cina..meskipun aku menyedari umurnya telah pun meningkat kepada 85 tahun namun semangatnya tetap kuat..kalau tak silap aku paru-paru dia rosak teruk..aku sendiri melihat gambar xray yang ditunjuk oleh anaknya pada ku..hampir separuh paru-paru sebelah kiri tak nampak dan mengikut kata doktor ianya dipenuhi air... MasyaAllah...aku tak tahu macam mana makcik yang seusia ini mampu untuk menghadapi penderitaan ini..namun dia lebih kuar daripada aku..kalau aku kena tahan 3 malam..dia doktor tahan 2 malam je...satu yang aku kagum anak dia tak pernah tinggal dia..pagi petang siang malam anak dia ada di sisi..tetiap malam aku tengok abang dia akan ambil bawak balik mandi dan digantikan pula dengan kakak ipar nya seorang cina warga taiwan yang hanya tau cakap mandarin dan english je..sejam lepas tu anak dia akan datang balik dan dah siap mandi makan semua la...dan sebelum balik abang dan kak ipar dia ni akan duduk menghadap mak diaorang nak mulut terkumat kamit membaca sesuatu...aku tak pasti apa yang dibaca tapi aku rasa dioarang ni budhistme..kalau tgk muka abang dia memang ada la gaya2 cina-cina alim..dan hampir setiap malam diaorang buat macam tu..sampai la ke hari doktor nak sedut air dari dalam paru-paru mak dia...aku tak sure dia sedut dari mana..tapi kata anak dia doktor sedut dari pinggang..xsure la aku..walaupun masa tu aku duk sebelah je..seram juga aku dengar doktor tu sedut...tapi yang herannya makcik tu langsung tak berbunyi suara...anak dia lak tak di benarkan ada kat situ..so kena duduk kat luar..memang mulut terkumat kamit la baca sesuatu aku tengok...lepas selesai..aku tengok punya la banyak air yang terkumpul..ada kot setengah baldi...warna air jernih campur dengan darah sikit..MasyaAllah...lepas tu makcik tu kena bernafas menggunakan bantuan oksigen...but really amazing..makcik tu steady je...anak dia lak gelabah lebih...hahaha...dan bila xray lagi sekali pun dah nampak balik dah paru-paru dia...ermm..aku tak tau apa motif aku cerita benda ni..tapi aku dapat rasa family support yang menguatkan semangat makcik tu...tak pernah sesaat pun anak dia tak berada di sisi..entah laaaa...banyak benda aku belajar walaupun aku duduk saja je kat hospital tu...aku belajar hargai nilai kasih sayang sesama manusia,nilai kasih sayang suami terhadap isteri dan kasih sayang isteri terhadap suami..nilai bantu membantu cukup bermakna biarpun hanya dengan menghulurkan sehelai tisu..tapi kepada pesakit...ucapan terima kasih itu seperti kita menghulurkan sekeping wang yang tinggi nilainya..dan satu yang aku sedar..kebanyakan yang sakit dan di timpa musibah ni adalah orang yang baik..aku tak tahu dari kategori apa yang aku istilah kan baik...tapi berdasarkan pengalaman aku berjumpa dengan orang yang baik2...tapi sayang mereke ditimpa musibah sebegitu rupa....ujian dan tarbiah Allah mungkin...Di saat aku seorang diri tika itu, ada yang menegur menghulurkan buah apple dan anggur..padahal aku tak kenal pun...mungkin kesian dilihatnya aku keseorangan di hospital tu..di tanyanya lagi "nak apa2 bagi tau pakcik..pakcik tolong belikan"....terdetik sedikit sayu di hati dalam keadaan isterinya menderita sakit kanser paru2 dia masih lagi nak tolong org lain...Allah..Kau ringankanlah penderitaan mereka...pakcik tu aku lihat begitu tabah melayani isterinya..dia tidur dilantai hospital dan ada satu malam besi katil terjatuh dan hampir mengenai kepalanya...namun dia masih lagi sabar..sabar membasuh najis dipunggung si isteri yang tidak lagi mampu nak buat apa2..ya Allah sungguh besar pengorbanan si suami menghadapi ujian Mu yang maha hebat...namun kerana dek kasih sayang yang menebal dan nilai kemanusiaan yang tinggi..segalanya mampu dilalui dengan tabah dan redha...

No comments: