salam aidiladha....
malam sebelum aidiladha aku berbual dengan seorang kenalan lama menerusi telefon...lama juga dah kami tak sembang telefon lama macam tu...disebabkan tu banyak juga cerita-cerita baru dan lama yang muncul..tapi biasalah kisahnya berkisarkan masalah-masalah meningkat dewasa..macam-macam benda kena fikir..nak cari duit, nak kumpul duit, nak jaga mak ayah, nak kahwin..dan macam-macam benda..ermmm..tapi the main topic yang banyak dibincangkan adalah masalah lelaki tidak boleh percaya...nampaknya kawan aku ni dah set mind yang semua lelaki tak boleh percaya..aku pun tak tau nak komen apa..sebab dia cakap berdasarkan contoh yang terang lagi bersuluh di depan mata..hahaha..tapi jangan terlalu berfikiran negatif sebab bukan semua orang sama..tak kira lelaki atau perempuan...semua akan pernah buat salah..tak terkecuali sebab kita manusia biasa..main focus dia sekarang ni nak jadik workchoholic la lebih kurang...nak kumpul duit banyak2..dan tak mahu bergantung kepada lelaki...ye..satu semangat yang bagus dan positif...cuma satu jangan terlalu meletakkan makam kita terlalu tinggi berbanding orang lain..erm...kadang-kadang terfikir juga jadi kanak-kanak mungkin lagi gumbira..tak payah nak fikir perkara berat2...heh..dulu masa kecik-kecik selalu nak cepat jadi orang besar...sebab tengok orang dewasa boleh buat semua perkara..boleh bawak kereta, boleh buat keputusan sendiri, banyak la benda yang best tengok orang dewasa buat...tapi setelah jadi orang dewasa rupenya...kenyataan tak seindah yang diangankan...tapi hidup mesti diteruskan..buat sesuatu yang boleh puaskan diri kita selagi kita belum terikat dengan tanggungjawab mungkin motivasi terbaik dalam meniti proses menjadi orang besar..just trust urself..keep on smiling and enjoy every moment of our life..
No comments:
Post a Comment