

Tapi nyata, aku tak sekuat mereka..memang secara zahirnya mereka tidak menangis dihadapanku..tapi mata yang berkaca cukup membuat aku mengerti betapa hebat penderitaan yang di alami...mungkin pesakit yang aku jumpa ni tak mengalami masalah kewangan yang serius untuk membiayai kos perubatan kerana kebanyakannya di tanggung oleh insurance..tetapi mampukah mereka membeli kekuatan dan ketabahan dengan wang? jawapannya sudah tentu tidak...aku pernah tanya seorang makcik ni..makcik kenapa makcik tak mau duduk hospital? kalau duduk hospital tak perlu makcik bayar sewa hotel..transport lagi dari changlun nak datang penang...lepas tu makcik tu kata.."bukan makcik tak mau duduk hospital..tapi makcik kena kuat...kalau makcik duduk hospital makcik akan dilayan macam orang sakit..sedangkan hakikanya makcik tak nak dilayan macam tu..makcik ada anak-anak ada tanggungjawab lain..bagi makcik kena kanser ni bukan bererti penghujung kepada kehidupan yang hampir kepada kematian...makcik kena terus hidup demi anak-anak..makcik ada suami dan makcik ada tanggungjawab lain...makcik tak boleh nak biarkan sakit ni sekat kehidupan makcik..."

huh..aku mengeluh sendiri dengar penerangan makcik tu yang panjang lebar dan bersemangat..aku tak tahu dari mana ketabahan makcik ni datang...bila aku tanya macam mana makcik begitu tabah hadapi semua ni..dia jawab when u have cancer is not the end of your life..sekali lagi aku terpana..aku yang baru kena demam selsema je pun dah rasa setengah mati menahan sakit..ini pulak kanser..mane dengan radioterapi, kimoterapi...dan lain2 yang menyakitkan...

No comments:
Post a Comment