tempat feberet aku jugak la situ..time2 kalau teringin nak makan mee kari..mee dia pun boleh tahan la bagi yang gemar makan mee kari...hehehe..harga pun berpatutan..huhuh tetibe la promote mee kari o town...hehehe tak dapat sebarang komisen pun...cume post di atas permintaan ramai yang ingin gambar2 mereka di publish..hihihihi...daaaa..
Tuesday, December 23, 2008
O'Town cuRry meE..
tempat feberet aku jugak la situ..time2 kalau teringin nak makan mee kari..mee dia pun boleh tahan la bagi yang gemar makan mee kari...hehehe..harga pun berpatutan..huhuh tetibe la promote mee kari o town...hehehe tak dapat sebarang komisen pun...cume post di atas permintaan ramai yang ingin gambar2 mereka di publish..hihihihi...daaaa..
Saturday, December 20, 2008
Cik Ain, Cik Mala dan Sg.Kob Kulim..HeheHe.
disebabkan itu minggu lepas ada juga dua tiga kali aku ulang alik gi kulim bawak dorang ni cari rumah..alhamdulillah laa dapat kuaters guru walaupun pada mulanye menyeramkan bagi ain..hehehe..tapi setelah psyco oleh beberapa kawan lantas dia bersetuju untuk terus menetap di situ..eheheh..ayat skema tak tahan..hihihi..mana taknye kawan tak mau kalau tengok penuh anai2 bawah lantai dua2 bilik dalam rumah tu..hahaha..memula tengok memang teruk biasa la rumah kerajaan..senang dapat, dorang pun buat senang la jagenye..huhu..
haaa atas special dedication from cik ain aku letak la jugak gambar rak kasut yang baru aku beli bersama-sama dengan kasut baru yang dia beli tuh..hahaha nak sgt suruh aku publish...aa aku dh post dah cik ain..hahaha...selamat mengajar...
Monday, December 15, 2008
Cerita Sebelum Nak Tido..
dan disebabkan itu semalam kiteorang semua tidur lambat surf internet sambil borak-borak dengan gang2 yang baru sampai dari kampung...(cik ain dan cik mala)..dorang ni sampai pukul 10.30 semalam..aku jemput dekat sungai nibong dan terus gi makan kat hammer bay...shahida pun ada sekali masa tu..duduk dalam 10minit lepas ambil order..gang2 pak de pulak datang..3 orang dorang..baru sampai dari kelantan petang tu katanye..lama jugak tak jumpa sejak2 grad hari tu..dah lama tak jumpa tu faham-faham je la..ada je la ceritanye..dari cerita zaman sekolah, zaman masuk U, zaman berjuang dalam PRK, zaman kena badi putus cinte..hehehe sampai la ke zaman sekarang ni...biase la..gang2 mulut riuh semua...masing-masing nak cerita..sedar tak sedar dah dua jam berkampung kat hammer bay..memang dah tak peduli orang dah pun..orang semua pandang bila kami "terbising" hihihi...nak buat macam mana masing-masing tak dapat nak control kegumbiraan bertemu..
yang pastinya masing-masing ada cerita..maklum la..masing-masing budak jahat zaman mude2..samseng2 kampung dusun belaka semuanya..sampai cikgu lantik jadi pengawas la punya tak de cara lain dah nak suruh jadi baik..hahaha...tapi sebab samseng tu la jadi ada sweet story yang nak di cerita waktu mcm ni..semua terkenang kenangan2 buat jahat dulu2...hehehe..yang jahat dan samseng ni jugak la yang masuk U sekarang ni..huhuhu..yang baik2 semua tak tau pegi mana...senyap je..kehkehkeh...jahatnye..
macam mana pun..sekarang semua dah ada life sendiri...but please keep in touch..huhu..kalau agak2 nak kenduri kendara tu..reti2 la jemput ye....jgn pulak buat sengap...hehehe
Unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens
To my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love
I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before
First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
He could never be as good as you
You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love
I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken
Pieces of the life I had before
Before you.....
Saturday, December 13, 2008
"Jemput Makan Kenduri"...?
lagi satu sekarang tren kahwin masa belajar...kalau tanya hati besar aku, memang aku tak kisah je kahwin waktu belajar..tapi bila tanya balik hati kecil aku..sanggup ke? family macam mana? belum pun sempat habis belajar lagi..tak sempat pun lagi nak bagi mak ayah merasa duit kita dah kena ada tanggungjawab lain..memang mungkin orang kata ala..dah kahwin pun boleh bagi kat family duit bulan2..memang betul tapi kita tak tau apa nak jadi di hari yang depan2...even kita tau jasa mak ayah memang tak terbalas dek wang ringgit..tapi sekurang-kurangnya kita masih ada dengan orang tua ...mungkin aku, orang kata kolot bile fikir mak ayah bela besar2 tak sempat apa2 lagi dah kahwin dengan orang..walaupun sepatutnya parents kena merelakan tapi kalau kita ni ada sifat belas ehsan tak salah jika berkorban...betul kahwin mengikut sunnah, mampu mendatangkan sakinah..boleh mengelakkan dosa dan kemaksiatan..tapi dari satu sudut yang lain..lepas kahwin lagi banyak dosa yang kita perlu elak..betul kahwin membolehkan kita mengutip pahala yang besar disisi Allah..tapi berkorban untuk keluarga juga mampu mendatangkan pahala yang besar buat kita..aku bukan seorang yang negatif terhadap isu kahwin awal ni..seperti aku kata..bila ditanya hati besar yang penuh dengan gelojak nafsu siapa yang nak tolak untuk berumah dan bertangga...bagi aku tren kahwin awal tambah-tambah masa belajar bukan satu keputusan yang bijak melainkan ada perkara yang mendesak..bukan aku menolak sunnah tapi apa guna mengikut sunnah yang satu dan meninggalkan beberapa sunnah yang lain...(tanggungjawab2 lain..terhadap keluarga,diri dan sbgnya)
Friday, December 12, 2008
Selamat Pengantin Baru
dua org senior aku yang paling sweet dekat tmn tasik dulu..hahaha..(sweet ker kak umi?) dah kahwin pun akak senior aku sorang ni...semoga menjadi isteri yang solehah dan suami yang soleh..membina keluarga bahagia dunia akhirat..ewahh...huhu..lepas sorang2 member mendirikan rumah dan tangga..haha..kami yang single2 ni semua tumpang ambik berkat..kehkehkeh...
Thursday, December 11, 2008
......
Sunday, December 7, 2008
Nak Jadi Orang Besar
malam sebelum aidiladha aku berbual dengan seorang kenalan lama menerusi telefon...lama juga dah kami tak sembang telefon lama macam tu...disebabkan tu banyak juga cerita-cerita baru dan lama yang muncul..tapi biasalah kisahnya berkisarkan masalah-masalah meningkat dewasa..macam-macam benda kena fikir..nak cari duit, nak kumpul duit, nak jaga mak ayah, nak kahwin..dan macam-macam benda..ermmm..tapi the main topic yang banyak dibincangkan adalah masalah lelaki tidak boleh percaya...nampaknya kawan aku ni dah set mind yang semua lelaki tak boleh percaya..aku pun tak tau nak komen apa..sebab dia cakap berdasarkan contoh yang terang lagi bersuluh di depan mata..hahaha..tapi jangan terlalu berfikiran negatif sebab bukan semua orang sama..tak kira lelaki atau perempuan...semua akan pernah buat salah..tak terkecuali sebab kita manusia biasa..main focus dia sekarang ni nak jadik workchoholic la lebih kurang...nak kumpul duit banyak2..dan tak mahu bergantung kepada lelaki...ye..satu semangat yang bagus dan positif...cuma satu jangan terlalu meletakkan makam kita terlalu tinggi berbanding orang lain..erm...kadang-kadang terfikir juga jadi kanak-kanak mungkin lagi gumbira..tak payah nak fikir perkara berat2...heh..dulu masa kecik-kecik selalu nak cepat jadi orang besar...sebab tengok orang dewasa boleh buat semua perkara..boleh bawak kereta, boleh buat keputusan sendiri, banyak la benda yang best tengok orang dewasa buat...tapi setelah jadi orang dewasa rupenya...kenyataan tak seindah yang diangankan...tapi hidup mesti diteruskan..buat sesuatu yang boleh puaskan diri kita selagi kita belum terikat dengan tanggungjawab mungkin motivasi terbaik dalam meniti proses menjadi orang besar..just trust urself..keep on smiling and enjoy every moment of our life..
Tuhan, Ringankan Penderitaan Mereka (i)
Tapi nyata, aku tak sekuat mereka..memang secara zahirnya mereka tidak menangis dihadapanku..tapi mata yang berkaca cukup membuat aku mengerti betapa hebat penderitaan yang di alami...mungkin pesakit yang aku jumpa ni tak mengalami masalah kewangan yang serius untuk membiayai kos perubatan kerana kebanyakannya di tanggung oleh insurance..tetapi mampukah mereka membeli kekuatan dan ketabahan dengan wang? jawapannya sudah tentu tidak...aku pernah tanya seorang makcik ni..makcik kenapa makcik tak mau duduk hospital? kalau duduk hospital tak perlu makcik bayar sewa hotel..transport lagi dari changlun nak datang penang...lepas tu makcik tu kata.."bukan makcik tak mau duduk hospital..tapi makcik kena kuat...kalau makcik duduk hospital makcik akan dilayan macam orang sakit..sedangkan hakikanya makcik tak nak dilayan macam tu..makcik ada anak-anak ada tanggungjawab lain..bagi makcik kena kanser ni bukan bererti penghujung kepada kehidupan yang hampir kepada kematian...makcik kena terus hidup demi anak-anak..makcik ada suami dan makcik ada tanggungjawab lain...makcik tak boleh nak biarkan sakit ni sekat kehidupan makcik..."
huh..aku mengeluh sendiri dengar penerangan makcik tu yang panjang lebar dan bersemangat..aku tak tahu dari mana ketabahan makcik ni datang...bila aku tanya macam mana makcik begitu tabah hadapi semua ni..dia jawab when u have cancer is not the end of your life..sekali lagi aku terpana..aku yang baru kena demam selsema je pun dah rasa setengah mati menahan sakit..ini pulak kanser..mane dengan radioterapi, kimoterapi...dan lain2 yang menyakitkan...
dan ada seorang aunty ni pulak dia orang besar..manager sebuah syarikat..bila aku tanya perasaan dia bila dapat tau ada kanser..dia kata...i'm really shock but i'm lucky because in the early stage...dan dia terus mendapatkan khidmat support group yang berada di air hitam untuk mendapatkan info secukupnya tentang kanser..aunty ni pun kalau ikut kan masalah kewangan memang tak ada masalah kewangan...cuma dia kata memang la bila dapat tau ada kanser we discriminate ourself...bukan orang lain yang diskriminasi kita but ourself...dia cakap dia tak pergi kerja start lepas tu..dia juga tak benarkan rakan-rakan sekerja datang untuk melawat dia sebagai orang sakit...bukan rakan sekerja je..keluarga mertua dari seremban nak datang tengok dia pun dia tak bagi..aku hairan kenapa macam tu...dia kata i dont want them see me in suffering...untuk apa mereka semua datang dan tengok saya dalam keadaan sakit...apa yang boleh mereka buat..in that case i dont want them to come and see me untill i recover from this suffering...hah...lagi seorang wanita tabah aku jumpa...dengan serta merta aku kata kat aunty tu..u r very2 strong woman..then she smile and said life must go on young lady...perbualan kami tamat di situ biarpun ada beberapa perkara yang kami bualkan aku tak ceritakan disini...lagi sekali aku tak tahu apa motif aku cerita ini semua..tapi berbual dengan mereka membuatkan aku merasakan bahawa ada sesuatu yang mereka mahu dari golongan tertentu bagi membantu mereka-mereka yang senasib..terutama dari segi kos perubatan dan juga support group..sebab tu mereka setuju untuk di interview oleh aku dengan harapan dan semangat bantu membantu yang tinggi...
Kasih sayang Dan Pengorbanan
Tengah-tengah melayan kebosanan yang melanda semasa ditahan di hospital hari tu aku terfikir sesuatu...terfikir betapa besarnya nilai kasih sayang dalam diri seseorang manusia..ye la mana tak nya kalau duk kat hospital tu macam-macam ragam manusia kita dapat tengok..dan satu yang aku pasti mereka memerlukan sokongan daripada orang yang tersayang...itu aku cukup pasti..sebab pancaran cahaya harapan dan kegembiraan terpancar di muka mereka setelah kehadiran keluarga dan sahabat2 biarpun sebelum tu semuanya meraung kesakitan yang amat sangat...kesakitan itu seolah-olah hilang dengan kehadiran mereka-mereka yang datang...hatta dengan itu membuatkan aku berfikir...mungkin kah kasih sayang yang ditunjukkan merupakan ubat paling mujarab dan terapi paling hebat kepada setiap penyakit? mungkin ramai yang menganggap aku melawak..tapi kenyataannya aku lihat sendiri..betapa hebat kuasa sebuah kasih sayang....hati ini menjadi tersentuh tatkala melihat ada satu pesakit cina..meskipun aku menyedari umurnya telah pun meningkat kepada 85 tahun namun semangatnya tetap kuat..kalau tak silap aku paru-paru dia rosak teruk..aku sendiri melihat gambar xray yang ditunjuk oleh anaknya pada ku..hampir separuh paru-paru sebelah kiri tak nampak dan mengikut kata doktor ianya dipenuhi air... MasyaAllah...aku tak tahu macam mana makcik yang seusia ini mampu untuk menghadapi penderitaan ini..namun dia lebih kuar daripada aku..kalau aku kena tahan 3 malam..dia doktor tahan 2 malam je...satu yang aku kagum anak dia tak pernah tinggal dia..pagi petang siang malam anak dia ada di sisi..tetiap malam aku tengok abang dia akan ambil bawak balik mandi dan digantikan pula dengan kakak ipar nya seorang cina warga taiwan yang hanya tau cakap mandarin dan english je..sejam lepas tu anak dia akan datang balik dan dah siap mandi makan semua la...dan sebelum balik abang dan kak ipar dia ni akan duduk menghadap mak diaorang nak mulut terkumat kamit membaca sesuatu...aku tak pasti apa yang dibaca tapi aku rasa dioarang ni budhistme..kalau tgk muka abang dia memang ada la gaya2 cina-cina alim..dan hampir setiap malam diaorang buat macam tu..sampai la ke hari doktor nak sedut air dari dalam paru-paru mak dia...aku tak sure dia sedut dari mana..tapi kata anak dia doktor sedut dari pinggang..xsure la aku..walaupun masa tu aku duk sebelah je..seram juga aku dengar doktor tu sedut...tapi yang herannya makcik tu langsung tak berbunyi suara...anak dia lak tak di benarkan ada kat situ..so kena duduk kat luar..memang mulut terkumat kamit la baca sesuatu aku tengok...lepas selesai..aku tengok punya la banyak air yang terkumpul..ada kot setengah baldi...warna air jernih campur dengan darah sikit..MasyaAllah...lepas tu makcik tu kena bernafas menggunakan bantuan oksigen...but really amazing..makcik tu steady je...anak dia lak gelabah lebih...hahaha...dan bila xray lagi sekali pun dah nampak balik dah paru-paru dia...ermm..aku tak tau apa motif aku cerita benda ni..tapi aku dapat rasa family support yang menguatkan semangat makcik tu...tak pernah sesaat pun anak dia tak berada di sisi..entah laaaa...banyak benda aku belajar walaupun aku duduk saja je kat hospital tu...aku belajar hargai nilai kasih sayang sesama manusia,nilai kasih sayang suami terhadap isteri dan kasih sayang isteri terhadap suami..nilai bantu membantu cukup bermakna biarpun hanya dengan menghulurkan sehelai tisu..tapi kepada pesakit...ucapan terima kasih itu seperti kita menghulurkan sekeping wang yang tinggi nilainya..dan satu yang aku sedar..kebanyakan yang sakit dan di timpa musibah ni adalah orang yang baik..aku tak tahu dari kategori apa yang aku istilah kan baik...tapi berdasarkan pengalaman aku berjumpa dengan orang yang baik2...tapi sayang mereke ditimpa musibah sebegitu rupa....ujian dan tarbiah Allah mungkin...Di saat aku seorang diri tika itu, ada yang menegur menghulurkan buah apple dan anggur..padahal aku tak kenal pun...mungkin kesian dilihatnya aku keseorangan di hospital tu..di tanyanya lagi "nak apa2 bagi tau pakcik..pakcik tolong belikan"....terdetik sedikit sayu di hati dalam keadaan isterinya menderita sakit kanser paru2 dia masih lagi nak tolong org lain...Allah..Kau ringankanlah penderitaan mereka...pakcik tu aku lihat begitu tabah melayani isterinya..dia tidur dilantai hospital dan ada satu malam besi katil terjatuh dan hampir mengenai kepalanya...namun dia masih lagi sabar..sabar membasuh najis dipunggung si isteri yang tidak lagi mampu nak buat apa2..ya Allah sungguh besar pengorbanan si suami menghadapi ujian Mu yang maha hebat...namun kerana dek kasih sayang yang menebal dan nilai kemanusiaan yang tinggi..segalanya mampu dilalui dengan tabah dan redha...