semalam selesai pilihanraya antara Batang Air, Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang mendapat liputan meluas media tv yang ada di malaysia dan juga yang dikatakan lebih bias dan memihak kepada kempen disebelah pihak kerajaan. Nyata keputusan lebih memihak kepada Pakatan Rakyat di dua kawasan pilihanraya yakni Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mungkin main reason adalah disebabkan rakyat menolak kempimpinan UMNO,dan juga mungkin merupakan satu signal awal yang perlu diambil peduli oleh kepimpinan UMNO untuk lebih terus bertapak dihati rakyat yang sudah semakin hilang kepercayaan terhadap parti ini terutamanya selepas penukaran kepimpinan tertinggi negara. Ya mungkin aku tidak bersetuju dengan UMNO pada masa kini tapi tidak beerti aku setuju dengan pakatan pembangkang, dan aku juga percaya ramai lagi diluar sana yang tidak bersetuju dengan UMNO tetapi tidak semestinya bersetuju dengan pakatan pembangkang. Disebabkan oleh pilihan yang ada pada para pengundi terhad maka pakatan pembangkang menjadi logo yang paling relevan untuk dipangkah. Bagi mereka, mereka lebih rela untuk menubuhkan atau memangkah satu parti baru yang dianggap masih bersih dan suci berbanding merawat luka parah di dalam UMNO ataupun dalam Barisan Nasional sekalipun. Kerana luka di hati para pengundi adalah lebih parah dari luka dalam UMNO dan BN.
Macam manapun kekalahan BN di dua kawasan ini diterima dengan hati yang terbuka menandakan proses demokrasi di hormati tanpa ada yang mengepung bangunan kerajaan, tidur atas jalan dan juga mesyuarat di bawah pokok...Polis dan SPR juga tidak menerima macam-macam komplain lagi mengenai ketelusan kerana yang penting Pakatan Rakyat sudah menang dengan 21860 pengundi pakatan rakyat. Harus juga diingat lebih 10000 penduduk lagi yang tidak turun membuang undi di Bukit Gantang dan dengan itu membolehkan bekas MB Perak berjaya menjadi ahli parlimen bukit gantang.
Bagi aku sekelumit kuman pun aku tidak percaya kepada pakatan pembangkang sebab ini adalah mainan politik think tank dan tiada apa yang lebih menjadi point penting untuk diperjuangkan kerana mereka-mereka ini juga salah silah keturunannya lahir dari manusia-manusia yang pernah ditolak dan dibuang oleh UMNO dan Barisan Nasional. Jika mereka kata UMNO atau Barisan Nasional kotor dan sukar dibersihkan makanya perlu diingat mereka juga pernah bersama dalam kekotoran yang sukar untuk dibersihkan tersebut. Jadi apa bezanya? Bezanya kini mereka ditolak dan mereka menubuhkan parti kotor dengan logo dan benchmark yang baru. Dan yang samanya mereka tetap kotor. Jika ditanya parti kotor mana yang lebih relevan bagi aku tentu sahaja jawapannya UMNO dan BN. Sebab mungkin aku membesar dengan susah payah kekotoran UMNO dan BN sehingga kini. Buat masa ini, tidak mungkin sekali aku melupakan perjuangan-perjuangan kekotoran UMNO dan BN yang terdahulu dengan beralih arah ke parti kotor yang satu lagi.
Jika ditanya mengapa rasuah dalam parti berleluasa? secara umumnya anda patut tanya diri anda sendiri, tanya rakyat apa punca? apa punca politik wang berleluasa kalau bukan rakyat yang mendesak..jika satu jari kita menunding jari kepada salah orang lain maka 9 jari lagi menunding kepada kita..tanya rakyat siapa yang minta duit..mula memang aku tak percaya rakyat minta tapi pengalaman mencari responden untuk kajian membuktikan rakyat minta duit..ayat " lu tanya banyak-banyak pasal kos ubat ni lu mau kasi duit ka? kalau lu mau kasi wa jawab la apa lu tanya" ayat ini selalu ditanyakan kepada aku sewaktu membuat kajian kos rawatan penyakit kanser kerana menganggap aku orang daripada government..padahal kos rawatan kebanyakannya satu sen pun hospital tak ambil cuma yang di charge adalah kos tinggal dalam wad dalam rm20 seminggu..itu pun nak minta lagi..jadi apa lagi pilihan yang ada pada wakil rakyat? faham memang orang-orang ini memang sesak tapi nak suruh kerajaan tolong macam mana lagi? kos rawatan dah ditanggung sepenuhnya..nak suruh tanggung anak bini semua? tolong la rasional sikit..satu lagi yang buat heran naik heran kebanyakkan yang komplain macam-macam ni bukan orang susah, orang senang, orang susah tak komplain, syukur sebab dah dapat banyak bantuan. Samalah kes politik yang banyak bunyi orang-orang senang yang gila kuasa, ada duit ada harta dan gila pangkat,guna nama orang susah..itulah yang menjadi masalah. Betul ada sesetengah kes dalam UMNO dan BN macam tu, tapi apa kurangnya parti lain. Mendabik dada mengatakan diri adalah hero? Ghentikan ler.. kate orang perak.
No comments:
Post a Comment