Haiihh...mati itu semakin hampir...mesti ada yang kata aku buang tebiat tiba-tiba cakap pasal mati..mengingati mati itukan perlu..cuma kadang-kadang hati pastinya tertanya-tanya apakah cukup amal di dunia sebagai bekal menemui ajal..adakah matiku dalam husnul khatimah ataupun matiku dalam suul khatimah..sungguh cemas hati ini bila mendambakan husnul khatimah..Allah..sungguh diri ini daif dan naif, sekali sekala perlu dihitung bila mati itu akan tiba..pasti jua tertanya-tanya apa yang perlu dibawa dalam perjalanan menuju kematian dan apa yang perlu ditinggal sebagai tanda diri ini pernah mucul di muka bumi yg hanya tempat persinggahan ini..aku juga terlalu pasti ramai diantara kita terlalu memikirkan apa yg ditinggalkan didunia sebagai bekalan anak cucu meneruskan persinggahan daripada tertanya-tanya apa yang diambil dari tempat persinggahan untuk dibawa ke tempat yang lebih hakiki..sungguh demikian yang dibawa menuju kematian itu telah ada jawapannya, yang tiada hanyalah isinya..namun yang kita tinggalkan di tempat persinggahan itu adalah masih samar-samar..
aku sering tertanya bahkan aku pasti bukan aku sahaja ramai antara kita tertanya-tanya siapakah diantara insan lain di bumi Allah ini akan meratap permergian diri ini menuju kematian..siapa? ibu ayah, suami isteri, adik beradik bahkan handai taulan..sungguh otak ini ligat berfikir, apakah layak andai pemergiaan ini ditangisi oleh insan lain..tepuk dada tanya selera..atau permegian ini tidak dirasai oleh siapa-siapa...apakah cukup khidmat bakti untuk mengupah mereka-mereka itu menangisi pemergian kita..apakah nanti ada penyesalan insan lain kerana terkilan tidak mampu berbakti pada hari-hari terakhir kita di atas muka bumi persinggahan ini..
andai ada mesej yang belum berbalas maka balas lah dengan segera takut nanti terkilan tidak sempat berkhidmat buat kali terakhir, andai ada sahabat yang telah lama tidak dihubungi, maka hubungi lah segera bertanya khabar sebelum terkilan menerima khabar kematian, andai ada pertolongan yang masih belum ditolong maka ikhtiarlah untuk menolong dengan segera kerana khuatir itu adalah pertolongan terakhir, andai ada orang tua dikampung yang dibiarkan sepi, maka gembirakanlah hati mereka sebelum hati kita benar-benar terasa sepi kehilangan mereka..andai anda membaca mesej ini hubungilah mereka yang pernah menjadi kawan anda, hubungilah mereka yang pernah menjadi musuh anda, dikhuatiri anda tidak punya kawan dan juga musuh kelak..andai anda sahabat sekalian membaca mesej ini, hubungilah ibu dan ayah bertanya khabar, hubungilah orang-orang yang pernah anda sayang dan juga pernah menyayangi anda kerana ajal maut tiada tentunya..bila mati itu menghampiri maka tiada siapa yang dapat menahannya..mungkin tika tubuh ini kaku meninggalkan jasad tiada terkilan mengiringi keranda..
No comments:
Post a Comment