Thursday, April 23, 2009

"a few things.."

here we meet again...after a week beeing too busy with exam, pindah rumah, nak gi indon and so on..tonite 12.50 a.m finally i got a time to write a post for this blog..huhuhu..so sekarang i have already move out from desasiswa to rumah sewa..a lot of things we have to do and it took all of my time that i spent for this lovely blog and for all my die hard fan of this blog sory there was no time for me to update this blog sampai ada yang msg tanya wehh apesal blog takde citer baru..hihihi..sorry la kawan..i'm really2 busy, niat di hati nak update blog dengan cerita pindah rumah but there was no picture..tak sempat nak cap picture dowwhh..

so i will make sure that i can upload a few picture yang relevan keh?tapi tak tau la bile.. hehehe..by da way this evening rina's parent came to our house..so kitorang melakukan aktiviti-aktiviti memasak ala2 bachelor house..ahakss..just a simple menu like chicken soup, ayam goreng bawang with budu yang always famous dibayan baru tuh..then of cos sardine and telur dadar as our daily fav menu..hahaha..there was some koew teow gOreng and bubur hitam..hahaha..dan nasik memang habis licin satu periuk malam tuh..
and then another a few days , i'm going to sumatera indonesia for a second time under usm and this time is under master of public administration club..so for another post i will tell a story about sumatera utara maybe...tgh kumpul2 pic..so dont wory yea..hehehe..

Thursday, April 16, 2009

"..But it's Okay.."


It's already 2.50 a.m when i was started tu ketuk, ketuk, ketuk this keyboard...actually nothing much i can write it here because i can't think of it..my brain was so freaking lazy to think in and out of my life..haihh..what ever it is, i'm still happy with my life rite now..but the matter that was always haunted me as well is..........!! what? i do not noe how to tell, do not noe how to start a story of this haunted life..huhuhu..

But really it haunted me so much..it is not easy to become a human babe...and the most that we should always remember is, it is not easy to become an adult..there was no play-play again..there is a lot of obligation, a lot of responsibility, we have to consider everything..yep..too much of the consideration :) ... there was someone there was always said

.." hey!! there was too much of consideration in ur life.. please let it go..throw it out ur mind of consideration, think about urself lah..."..

hahaha..but its okay dear..consideration is become half of myself..if i throw away all of the consideration meaning that i have already non half of myself...haih..keep thinking of it make me feel very tired and afraid to continue walking on this road..but its okay..after a few minutes rest it will charge my energy back..and yet we have to go through it, untill we reach to His end..and yes..its okay.. :)

Tuesday, April 14, 2009

Bebelan 2 a.m

Berani mati gile, esok malam exm tapi mlm ni still masih boleh nak meng'update' blog siap..actually nothing interesting pun, but feel like to write sOmething here bebeh..saja untuk menghilangkan tekanan, kemalasan dan kemengantukan yang melanda tahap melampaui batas ni, i'm here just to write a simple2 words ...tak de perasaan nak tulis yang berat-berat, tulis berat-berat macam mana pun still masih tak boleh nak mengubah ape-ape terutama mentaliti yang berkarat dan tak boleh nak digilap lagi dah..kalau dah taksub, taksub la jugak..huhu..come on babe, macam give up je bunyi..nop..bkn give up, cuma berhenti seketika dan berehat serta ingin tunggu dan lihat..itu aje..sebab manusia ni banyak perangainya and its dificult to understand and to be understood...huhu..
heh..sekali lagi dalam life yang dah nak menghampiri suku abad ini aku terjumpa dengan manusia-manusia poyos and pozer..wah..dah lama tak guna perkataan tu, teringat lak zaman-zaman hip hop remaja sekolah-sekolah dulu, zmn2 sangkut towel dekat beg, pakai kasut and beg nike..pastu tah ape2 la lagi...so sekali lagi jumpa manusia-manusia ni..bukan setakat poyo and pozer tapi, belagak bagus, ego, perasan cun dan semua lah yang seangkatan dengannya..hehe..macam sesi melepaskan geram je..tak, bukan, aku tak gado dengan sape2, cuma aku menyampah jer golongan-golongan seperti ni (tidak khusus ditujukan kpd gol. hip hop yer,,ade segolongan yang lain yg seangkatan)..huh..belagaks gilers..konon trendy la sangat, belagak, makan donut tepi jalan tak mau, nak makan big apple, donkin donuts, kopi cik nah tak mau, nak jugak makan kopi stabak..lantak ko lah perut ko, muvi jangan tegor tak mau layan nak jugak nengok muvie fast and furious, lantak ko la jugak...standard2 jugak babe tapi tak payah la nunjuk2 belagak korang tuh..haih..
kalau setakat nak makan big apple aku pun selalu je p beli kat gurney tuh, nak minum kopi stabak bukan setakat secawan aku leh order, cakap je ko nak bape..order!! tapi tak pernah lak aku mengangkat martabat diri dengan menjatuhkan martabat orang lain..tolong la wei..tau la ko ade byk doit..ape kate doit tu ko gi sedekah kat makcik jual donut kat tepi jalan tuh..kalo tak mau donut cucuq keria dia lg sedap dari big apple tu la weh...tak pun kat cik nah pengeluar kopi dapat jugak ko bantu orang melayu...lagi satu kita orang melayu pagi-pagi makan la cara melayu, nasi lemak ke, karipap ke, nasi goreng ke..ini tidak makan sereal..hehe..
aku bukan la nak mengata, lantak korang la nak makan ape, and nak buat ape pun..cume yang aku nyampahnye buat sengap2 dah la takyah la nak kecoh2..watpe ko nak kecoh satu malaya..haih..tak paham betui....hehe..
entah nape la tibe-tibe aku jadik sensitip sikit..padahal sebelum-sebelum ni tak de pun aku nak ambik peduli...jarang aku nak menghamburkan perasaan yang seperti ini menjadi wadah santapan di dalam blog..tapi malam ni terhambur jugak..sebab aku tak suka melayu yang bongkak!! tidak berpijak di bumi yang nyata tatkala bangsa memerlukan kederat korang...babe..bangsa melayu perlu diselamatkan...jangan terlalu indah dibuai mimpi sedangkan bangsa lain dah mula setapak di depan kite..tapi melayu setapak keterbelakang..aku bercakap soal bangsa, ni nanti ada yang kata aku sekular.. memisahkan agama dengan urusan yang lain..lantaklah korang nak cakap ape..aku bercakap soal bangsa melayu ni, bila aku bercakap soal melayu rata2 90% melayu adalah Islam..so tak ade keraguan lagi..di mana sekularnye..melayu perlu diselamatkan tapi bukan isu sains dan matematik tak di ajar dalam bahasa melayu yang jadi persoalan..untuk mendapat kejayaan sesuatu, sesuatu yang lain perlu dikorbankan kawan!!!ko tak akan dapat kejayaan kalau tak berkorbankan sesuatu..
cost benefit analysis ok!!
Bukan nak cakap isu ppsmi jugak ni..tapi nak cakap soal bangsa melayu yang dah huru hara la ni..tu pun nak bongkak lagi..heh tak paham2..
p/s : too be continue..hehehe..insyaAllah..

Monday, April 13, 2009

"..gOod LucK.."




its end of stady week already..


huhu..sekejap jer..stady pun tah ape-ape...


ape-ape pun gOod luck kepada mereka-mereka yang mEnghadapi eXam..


i'm really-realy didnt have time to updates this blog..


i'm very sory..


busy searching for my rent hOuse before..


and yet we found a rent hOuse with a suitable price...


hehehe..


so we were move out from TEKUN and IK..


so for my blog's readers, my die hard fan. ( :p ).hehe..harap bersabar yer..


huhuhu..poyo ade ke peminat..


by da way i'm still searching for a new story..


maybe after this coming exam..hehe..check it out.. ;)


wish U all da best in final..

Mati

bila tinggal sorang-sorang tetiba teringat tentang perkara mati, tiba-tiba teringat macam ni kot bila dah mati nanti, dalam kubur, sorang-sorang, agaknya lagi menakutkan dihimpit maklaikat maut, dihimpit diruang lahat dalam kegelapan yang kelam..huh..ini baru tinggal sorang, ada lampu letrik ada rumah besar tapi terasa sunyi...rasa macam kosongnya dunia tanpa siapa-siapa, padahal riuh rendah diluar budak-budak main depan koridor dan ditemani suri-suri rumah tangga yang menjalankan aktiviti mesyuarat tangga yang entah ke berapa kali yang selalunya bermula pada pukul 5 petang dan akan berakhir pada jam 7 malam..
Haiihh...mati itu semakin hampir...mesti ada yang kata aku buang tebiat tiba-tiba cakap pasal mati..mengingati mati itukan perlu..cuma kadang-kadang hati pastinya tertanya-tanya apakah cukup amal di dunia sebagai bekal menemui ajal..adakah matiku dalam husnul khatimah ataupun matiku dalam suul khatimah..sungguh cemas hati ini bila mendambakan husnul khatimah..Allah..sungguh diri ini daif dan naif, sekali sekala perlu dihitung bila mati itu akan tiba..pasti jua tertanya-tanya apa yang perlu dibawa dalam perjalanan menuju kematian dan apa yang perlu ditinggal sebagai tanda diri ini pernah mucul di muka bumi yg hanya tempat persinggahan ini..aku juga terlalu pasti ramai diantara kita terlalu memikirkan apa yg ditinggalkan didunia sebagai bekalan anak cucu meneruskan persinggahan daripada tertanya-tanya apa yang diambil dari tempat persinggahan untuk dibawa ke tempat yang lebih hakiki..sungguh demikian yang dibawa menuju kematian itu telah ada jawapannya, yang tiada hanyalah isinya..namun yang kita tinggalkan di tempat persinggahan itu adalah masih samar-samar..
aku sering tertanya bahkan aku pasti bukan aku sahaja ramai antara kita tertanya-tanya siapakah diantara insan lain di bumi Allah ini akan meratap permergian diri ini menuju kematian..siapa? ibu ayah, suami isteri, adik beradik bahkan handai taulan..sungguh otak ini ligat berfikir, apakah layak andai pemergiaan ini ditangisi oleh insan lain..tepuk dada tanya selera..atau permegian ini tidak dirasai oleh siapa-siapa...apakah cukup khidmat bakti untuk mengupah mereka-mereka itu menangisi pemergian kita..apakah nanti ada penyesalan insan lain kerana terkilan tidak mampu berbakti pada hari-hari terakhir kita di atas muka bumi persinggahan ini..
andai ada mesej yang belum berbalas maka balas lah dengan segera takut nanti terkilan tidak sempat berkhidmat buat kali terakhir, andai ada sahabat yang telah lama tidak dihubungi, maka hubungi lah segera bertanya khabar sebelum terkilan menerima khabar kematian, andai ada pertolongan yang masih belum ditolong maka ikhtiarlah untuk menolong dengan segera kerana khuatir itu adalah pertolongan terakhir, andai ada orang tua dikampung yang dibiarkan sepi, maka gembirakanlah hati mereka sebelum hati kita benar-benar terasa sepi kehilangan mereka..andai anda membaca mesej ini hubungilah mereka yang pernah menjadi kawan anda, hubungilah mereka yang pernah menjadi musuh anda, dikhuatiri anda tidak punya kawan dan juga musuh kelak..andai anda sahabat sekalian membaca mesej ini, hubungilah ibu dan ayah bertanya khabar, hubungilah orang-orang yang pernah anda sayang dan juga pernah menyayangi anda kerana ajal maut tiada tentunya..bila mati itu menghampiri maka tiada siapa yang dapat menahannya..mungkin tika tubuh ini kaku meninggalkan jasad tiada terkilan mengiringi keranda..

Wednesday, April 8, 2009

P/Raya Dua Bukit

semalam selesai pilihanraya antara Batang Air, Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang mendapat liputan meluas media tv yang ada di malaysia dan juga yang dikatakan lebih bias dan memihak kepada kempen disebelah pihak kerajaan. Nyata keputusan lebih memihak kepada Pakatan Rakyat di dua kawasan pilihanraya yakni Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mungkin main reason adalah disebabkan rakyat menolak kempimpinan UMNO,dan juga mungkin merupakan satu signal awal yang perlu diambil peduli oleh kepimpinan UMNO untuk lebih terus bertapak dihati rakyat yang sudah semakin hilang kepercayaan terhadap parti ini terutamanya selepas penukaran kepimpinan tertinggi negara. Ya mungkin aku tidak bersetuju dengan UMNO pada masa kini tapi tidak beerti aku setuju dengan pakatan pembangkang, dan aku juga percaya ramai lagi diluar sana yang tidak bersetuju dengan UMNO tetapi tidak semestinya bersetuju dengan pakatan pembangkang. Disebabkan oleh pilihan yang ada pada para pengundi terhad maka pakatan pembangkang menjadi logo yang paling relevan untuk dipangkah. Bagi mereka, mereka lebih rela untuk menubuhkan atau memangkah satu parti baru yang dianggap masih bersih dan suci berbanding merawat luka parah di dalam UMNO ataupun dalam Barisan Nasional sekalipun. Kerana luka di hati para pengundi adalah lebih parah dari luka dalam UMNO dan BN.
Macam manapun kekalahan BN di dua kawasan ini diterima dengan hati yang terbuka menandakan proses demokrasi di hormati tanpa ada yang mengepung bangunan kerajaan, tidur atas jalan dan juga mesyuarat di bawah pokok...Polis dan SPR juga tidak menerima macam-macam komplain lagi mengenai ketelusan kerana yang penting Pakatan Rakyat sudah menang dengan 21860 pengundi pakatan rakyat. Harus juga diingat lebih 10000 penduduk lagi yang tidak turun membuang undi di Bukit Gantang dan dengan itu membolehkan bekas MB Perak berjaya menjadi ahli parlimen bukit gantang.
Bagi aku sekelumit kuman pun aku tidak percaya kepada pakatan pembangkang sebab ini adalah mainan politik think tank dan tiada apa yang lebih menjadi point penting untuk diperjuangkan kerana mereka-mereka ini juga salah silah keturunannya lahir dari manusia-manusia yang pernah ditolak dan dibuang oleh UMNO dan Barisan Nasional. Jika mereka kata UMNO atau Barisan Nasional kotor dan sukar dibersihkan makanya perlu diingat mereka juga pernah bersama dalam kekotoran yang sukar untuk dibersihkan tersebut. Jadi apa bezanya? Bezanya kini mereka ditolak dan mereka menubuhkan parti kotor dengan logo dan benchmark yang baru. Dan yang samanya mereka tetap kotor. Jika ditanya parti kotor mana yang lebih relevan bagi aku tentu sahaja jawapannya UMNO dan BN. Sebab mungkin aku membesar dengan susah payah kekotoran UMNO dan BN sehingga kini. Buat masa ini, tidak mungkin sekali aku melupakan perjuangan-perjuangan kekotoran UMNO dan BN yang terdahulu dengan beralih arah ke parti kotor yang satu lagi.
Jika ditanya mengapa rasuah dalam parti berleluasa? secara umumnya anda patut tanya diri anda sendiri, tanya rakyat apa punca? apa punca politik wang berleluasa kalau bukan rakyat yang mendesak..jika satu jari kita menunding jari kepada salah orang lain maka 9 jari lagi menunding kepada kita..tanya rakyat siapa yang minta duit..mula memang aku tak percaya rakyat minta tapi pengalaman mencari responden untuk kajian membuktikan rakyat minta duit..ayat " lu tanya banyak-banyak pasal kos ubat ni lu mau kasi duit ka? kalau lu mau kasi wa jawab la apa lu tanya" ayat ini selalu ditanyakan kepada aku sewaktu membuat kajian kos rawatan penyakit kanser kerana menganggap aku orang daripada government..padahal kos rawatan kebanyakannya satu sen pun hospital tak ambil cuma yang di charge adalah kos tinggal dalam wad dalam rm20 seminggu..itu pun nak minta lagi..jadi apa lagi pilihan yang ada pada wakil rakyat? faham memang orang-orang ini memang sesak tapi nak suruh kerajaan tolong macam mana lagi? kos rawatan dah ditanggung sepenuhnya..nak suruh tanggung anak bini semua? tolong la rasional sikit..satu lagi yang buat heran naik heran kebanyakkan yang komplain macam-macam ni bukan orang susah, orang senang, orang susah tak komplain, syukur sebab dah dapat banyak bantuan. Samalah kes politik yang banyak bunyi orang-orang senang yang gila kuasa, ada duit ada harta dan gila pangkat,guna nama orang susah..itulah yang menjadi masalah. Betul ada sesetengah kes dalam UMNO dan BN macam tu, tapi apa kurangnya parti lain. Mendabik dada mengatakan diri adalah hero? Ghentikan ler.. kate orang perak.

Saturday, April 4, 2009

"..Buat Pasport.."

my 1st entry in april...hehe..selepas pencapaian entry yang agk memberangsangkan dalam bulan march here i'm come out again to post another entry of our activities...hehehe...atas permintaan sicret admirer and pembaca setia for this blog yang tak nak ngaku selalu bace blog aku hihihi..aku post la jgk entry berkaitan kami yg baru pergi buat group pasport untuk melancong ke medan akhir bln april ni...hahaha..weh ape reward utk aku post pic korang dalam blog aku haaa? belanjain aku di pajak ikan ya buk..huhu..
ok by da way tak last friday kiteorg gi buat group pasport untuk gi medan under Master of Public Administration Club (MPA) yg bestnye trip kali ini disertai oleh batch kami yg sebaya2 belake..maksud aku batch first year yang spoting berbanding batch 2nd year yg tak tau la nak habaq mcm mana..hehehe..disertai 8-10 org student dan sorang lecturer pengiring Prof Mat.




Huhu..semangat budak-budak ni pegi buat pasport sambil di escot oleh seorang pegawai polis yg baik hati yakni Tuan Azhar..merangkap coursemate dan abg yang baik hati jugak sebab selalu belanje kami makan..ahahaha..so overall process untuk membuat pasport kumpulan ini tidak mengambil masa yang lama sebab ada pegawai polis yg beruniform ini mendesak pegawai-pegawai imegresen tersebut buat keje cepat2..hehehe...ramai jugak orang kt pejabat imegresen tuh..semua pakat nak pergi melancong luar negara agaknya..kebetulan pulak masa tu ada siaran live perlantikan Dato Najib jd Perdana Menteri Malaysia...so ramai lah yang berkumpul kat ruang lobi tu nak tengok tv..termasuk la keluar muke prof atory dalam sesi wawancara dgn MHI pasal perlatikan tu..hehe..banga la kejap tgk lecterur kiteorang dalam tv tuh..hahaha..


Dalam duk sebuk-sebuk wat pasport tu aku boleh pulak dengar sorang pakcik ni buat lawak dengan ada sorang makcik ni....bab ni memang perlu diceritakan ats permintaan seseorang yg meminati blog aku dah suh aku citer.....hehehe..(weh kalo berani tinggal la comment weh) hahaha...by da way memang ketinggalan zaman betul la makcik tuh..satu malaysia ni dah kecoh paklah letak jawatan dia boleh pulak baru tau..pastu dok kecoh2 tanya pakcik tu pasai pa pak lah letak jawapan...laa..awatnya..hehe..kecoh la makcik ni dok tanya...last-last dengan selamber pakcik tu jawab paklah letak jawatan pasai tak lepas buat pasport...ekekekek..




ermm..la ni pegi la mane pun, pejabat imegeresen, hospital semua la duk citer pasal isu ni..takpe kalu rajin nanti aku buat satu entry khas tentang petukaran kepimpinan ni ye..hehehe...lepas settle semua abg azhar ajak gi minum...so ini lah part yg ditunggu2 oleh semua..hehehe...lepas-lepas minum semua kami pun berangkat lah pulang..itu je lah cerite nye..hehehe..