Suatu yang agak perit dan pahit untuk ditelan. Sebagai anak melayu yang lahir-lahir telah nampak muka Tun Dr Mahathir, tiba-tiba terpaksa menelan hempedu yang begitu pahit bagi anak tekak. Walau bagaimanapun masih ada waktu untuk berfikir dan membuat keputusan samada nak telan atau tidak. Sebagai anak watan yang lahir dizaman tercipta kereta pertama buatan Malaysia aku termanggu kebingungan. Betul ke bunyi-bunyi lalat yang berbisik bahawa Dr Mahathir telah mencalit najis di muka bangsa sendiri hanya kerana bertindak memecat Timbalannya. Datuk Seri Anwar Ibrahim...Siapa Anwar Ibrahim sehigga melayu mudah lupa pada harimau tua yang kesakitan ini? Hebat sangatkah Anwar Ibrahim?Hanya kerana berjanggut mengikut sunnah, pernah menjadi imam sembahyang jemaah dan khatib sembahyang jumaat maka masyarakat boleh menutup sebelah mata semua pertuduhan ke atas Anwar Ibrahim. Apakah makam Anwar Ibrahim terlalu tinggi sama tinggi dengan makhluk suci yang sama sekali tidak pernah melakukan dosa. Wahai Melayu mengapa begitu taksub? Melayu sering taksub, taksub seperti mereka taksub pada Dr Mahathir dulu. Tapi kini harimau tua itu dilupakan. Melayu mudah lupa. Melayu mudah taksub kepada orang-orang yang berjanggut, berjubah dan berkopiah putih serta pandai menyampaikan dua tiga baris ayat Al-Quran sebagai modal. Parahnya penyakit Melayu mudah taksub. Anwar, apa masih engkau percaya pada Melayu yang realitinya begitu taksub padamu? Tak takutkah Anwar pada Melayu mudah taksub dan Melayu mudah lupa bila Melayu jumpa orang yang lebih berjanggut panjang sampai ke pusat lebih panjang dari janggutmu? tentu sekali engkau tidak mempercayai Melayu..PKR membuktikannya. Sedarkah Anwar Melayu mudah taksub dan Melayu mudah lupa? Tak takut jadi anjing tua yang menyalak dan terus menyalak pada Melayu yang mudah taksub dan mudah lupa?!!
p/S : hanya sekadar pandangan peribadi untuk menimbulkan persoalan dan tidak menyebelahi mana-mana pihak :)
No comments:
Post a Comment