Saturday, July 11, 2009

"..suara jiwa seni.."


Kau pernah tidak tahu? jiwa aku adalah jiwa seni...kamu mahu ketawa? ketawalah sepuas-puasnya...kerana tawa kau adalah seni bagiku...kamu tahu aku berjiwa seni?..kau tahu? bila aku mengadap sehelai kertas kosong...aku anggap dia adalah seni..seni yang hanya aku sendiri yang tampak..aku bukan omong bohongan kawan..betul aku nampak itu seni..aku seboleh-bolehnya mahu mencorak sesuatu ke atas kertas kosong itu biarpun ia bukan sehelai kertas kanvas yg digunakan oleh pelukis seni ternama...ia hanya sehelai kertas putih bersaiz A3 aku ingin mencoraknya biarpun hanya menggunakkan water color buncho..aku garis mengiring dan mengiring dengan warna yang berlainan..kamu mesti nampak macam budak baru belajar memegang pensel warna...tapi itu adalah seni kehidupanku..

Kau tahu lagi? masa kecilku haiwan yang paling suka aku lukis adalah seekor rama-rama..kerana sejak kecil aku rasakan dia haiwan yang paling berseni..sama seperti jiwa seni ku...ayah ajar aku lukis rama-rama...tapi rama-rama yang ayah ajar lukis adalah rama-rama yang hanya nampak muka dan kepaknya sebelah..bukan dua belah...aku bertanya dengan jiwa seni..ayah kenapa rama-rama ini hanya nampak sebelah muka dan kepaknnya sahaja? ayah kata ayah tak reti nak lukis rama-rama nampak kepaknya dua2..susah nak bagi balance..kalau lukis mesti jadi tak sama besar kepaknya....oooo..bukan senang mahu jadi orang seni tapi tidak susah untuk berjiwa seni seperti aku...


Aku berjiwa seni, kerna setiap apa yang aku lakukan akan ku nilai indahnya nilai seni..biarpun hanya dengan menyimpan satu pembalut gula-gula hacks hitam..itu aku anggap seni..kau mahu ketawa dengan aku yang berjiwa seni?? silakan.. kerana jiwa seniku tidak akan pudar dan tergugat dengan tawamu....bila aku bersentuhan dengan papan kekunci komputer riba aku akan pastikan setiap patah penulisanku adalah seni yang mungkin hanya aku seorang yang sedar kerana aku berjiwa seni..bukan kau orang..bila aku memetik gitar tong tuaku, aku akan pastikan aku menghayati seninya..biarpun bunyi yang keluar hanyalah yang menyakitkan dan membingitkan telinga kau...sekali dentingnya tali gitar itu maka itu lah seni yang wujud pada aku yang berjiwa seni...bila aku disuruh menyanyikan lagu maka akan ku keluarkan suara seniku yang sumbang...kerana bagi ku suara sumbang itu adalah jauh lebih ikhlas seninya berbanding suara komersial lemak merdu yang dialun bagi memperoleh royalti.

Kau tahu? jika kau mahu dedikasikan lagu buatku dedikasi lah dangan suara sumbangmu..kerana aku akan menghargainya sebagai sesuatu yang punya jiwa seni..lagi,,kau tahu? jika kau mahu aku ambil exam kau carilah penyemak kertas jawapan yang punya jiwa seni kerna jawapan peperiksaanku adalah berbentuk jawapan aku yang berjiwa seni...menerima apa sahaja yang ada sebagai seni dalam jiwa..dan akhir sekali kau tahu..jika kau mahu terus follow blog ini jgn kau pernah terlintas dalam fikiranmu untuk bertanya apa yang kau boleh peroleh darinya seratus peratus sebaliknya fikirlah bagaimana untuk memahami aku yang berjiwa seni..

No comments: