Tika sendiri aku terfikir tentang kebodohan diri...segala tindak tanduk begitu canggung...bersalah pada yang Maha Pencipta lagi la tak terhitung dek jari..menggunung rasanya berdosa padaMu ya Rabbi..kerana dek nafsu yang tidak pernah puas langkah turut menuruti..kerana berfikir hanya aku yang punya perasaan dan yang lain tidak pernah memahami maka ku turutkan kata nafsu..bodohnya aku..biarpun tahu dosa bergunung tinggi tidak pernah akan di tarah..namun tetap aku terus meninggikan gunung yang sedia tinggi bersama dengan baja nafsu..hamba apakah aku ini yang Kau cipta...biarpun tahu itu adalah salah tetap ku lakukan juga demi menurut nafsu yang tidak pernah cukup...bilakah aku akan berhenti bertuankan nafsu ini..nafsu yang tidak sekelumit pun punya belas ehsan..ape yang aku buat ni??bodohnya aku..
No comments:
Post a Comment