Dengan Nama Allah yg maha Pemurah yg maha Penyanyang..
Cadangnya minggu ni nak "menghibernatekan" diri seketika..tapi nyata memang terlalu sukar untuk "berhibernate" seketika dari berblogging...hehe..cadangnya juga entry kali ni nak cuba untuk berseriusan sedikit dalam berentry...tapi nyata keseriusan yang sepatutnya agak sukar untuk di capai...hehehe..bukan apa..mcm tak best pulak bila nak post entry dengan gaya ayat yang agak skema mcm nak tulis disertasi,ataupun jurnal2 akademik...hihihi
Ermmm...sepanjang hari ni macam biase dari awal pagi seawal jam sembilan diri ini melangkah untuk mencari responden di Mount Miriam Cancer Hospital...rezeki agak tidak begitu menyebelahi berbanding hari-hari sebelum ni..hari ni cuma ada 2 responden berbangsa cina..dan yang sorang tu tak mau interview ni di record dan tak nak tanda tangan form yang sepatutnya di tanda tangan...cuma dia bagi banyak info tentang apa yang kami cari..tapi sayang nye takde record..susah sikit nak amik masuk dalam kajian....mungkin dia segan kot..nak jaga privacy..mungkin jugak la..kadang-kadang kite kena hormat jugak pendirian org lain...tambah-tambah pesakit yang menghidapi penyakit kronik..emosi dia kadang-kadang lain..mula-mula interview kita tnya sepatah dia jawab sepatah..tapi bila dah lama dia pulak tak nak henti2 bercakap..hehehe.. itu cerita paginya la..
dan tengah harinye seperti biasa aku akan pulang ke kamar ku syurga ku..hahaha..aku belek-belek jugak paper yang aku sempat beli tadi..haa..isu ekonomi..yang tu yang menarik perhatian aku utk post kali ni...adeh..kadang-kadang pening jugak..(hehehe mengalahkan economist lak plak..) ye la..mane tak nya..beli la mana-mana paper ataupun baca la mana-mana akhbar online yang ada dalam malaysia ni...semua berita pasal ekonomi adalah yang menyedapkan hati rakyat...come on..our politician..plz stop lying to our people...janganlah kata konon malaysia akan selamat dari kemelesetan ekonomi yang di jangka berlaku tahun 2009...malaysia adalah salah sebuah negara yang akan hebat merasai tempias kemelesetan ekonomi dunia 2009 ni..poltician-politician ni selamat sebab semua wartawan-wartawan akan jarang bertanya dan selalunya memang tak tanya pun soalan ni "mana yang berhormat tahu malaysia tak akan terjejas akibat kemelesetan ekonomi dunia?" yang mereka tahu cuma menulis apa yang YB kata...tapi tak kata jugak kat wartawan-wartawan ni...memang dah jadi peraturan dalam pentadbiran awam malaysia harus berpegang kepada loyalti saya yang menurut perintah!! huhu...
Laporan terbaru dari EPU sendiri yang dibentangkan oleh pengarahnya Tan sri Sulaiman Mahmood kata tiga empayar terbesar di dunia macam US, Japan, Eu sendiri mengalami defisit sebanyak 1.0, 0.5 dan 0.6..semua ni depannye ade negative tau (-ve) name lagi defisit..hehehe..erm..kalau ikut orang-orang dekat dalam EPU ni dia kata malaysia sendiri akan defisit kurang dari 2.0..haaa...dah orang EPU sendiri kata macam tu tetiba politician ni suka-suka hati je kata tak akan terjejas...mungkin juga la politician ni tak nak rakyat ni risau lebih-lebih...tapi apa guna..jelas kan aje hakikat sebenar yang bakal berlaku..tak guna nak selindung-selindung dengan rakyat malaysia yang dah cukup melampau ni...huhu..(hihi teremosi seketika) hehe bukan apa..rakyat kena tahu semua-semua ni..sampai bila negara kena terus amalkan kawalan harga atau price control..jangan terlalu berbangga dengan ekonomi malaysia sekarang..sebab ekonomi malaysia ni sekarang berada depan je sikit dari indon,india dan china yang dah mula merudum hebat...dan yang berada di depan malaysia adalah negara-negara kecil seperti singapore dan south korea...tak terfikir ke rakyat kita ni...kenapa negara kecil macam singapore dan south korea boleh berada depan dari Malaysia..income die lebih kurang 30000 berbanding malaysia yang tersangkut kat "middle income trap"...kalau tengok graf la kan..tetiap tahun malaysia ni akan duduk kat situ je..tak naik tak turun..dah jadi satu garis mendatar...berbeza dengan singapore n south korea...garisan semakin meningkat...
Bukan la aku nak suruh rakyat malaysia jadi tak bersyukur...tidak..cuma tak kan la nak duk dalam takuk tu je..dah la duk ingat ekonomi kita ni stabil sangat pastu berkempen pulak besar-besaran boikot barangan US n Israel..(oppss..sensitive bab ni mesti ramai yang pangkah aku nnti hehehe..) tapi memang benda dah kenyataan..tau tak yang ekonomi malaysia ni dok bergantung kepada foreign direct investment.dan beberapa lagi trade dengan negara-negara yahudi seperti US...so kalau ikut ekonomi ni boikot-boikot ni memang memberi impak yang negatif la kepada ekonomi negara...lagipun kebanyakan barang mungkin brand nye dah di cap US..tapi buatannya di negara-negara lain yang pekerjanye lebih murah macam china...McD KfC semua pun serupa tu juga..kalau boikot..impak dia pada ekonomi negara..memang kita tak mati kalau tak makan McD tak makan KfC tapi apa nasib pekerja-pekerja yang kerja kat situ..yang tu pun kena consider..kita tak mati mungkin dorang setengah mati nak hidup..huhu...ini aku bincang interm of economics yer...bukan apa takut nanti ada pulak lagi orang kata aku ni berpemikiran sekular..dah kena dah sekali dulu...apa-apa pun apa yang aku bagitau adalah hakikat..yang susah rakyat malaysia ni nak terima..
Sorang prof aku cukup marah bila harga minyak turun dari RM2.70 ke RM 1.80..terkejut kuda kite orang yang jadi student dia ni...aihh orang tua ni...orang lain berpesta harga minyak turun dia marah pulak..kaya sangat ke orang tua ni...hahahah..ermm..rupe-rupenya dia ada alasan dia sendiri..betul la jugak..kalau fikir-fikir balik sejak-sejak harga minyak naik rm 2.70 seliter rakyat dah pandai guna public transport, yang naik kereta dah pandai berjimat gi kerja naik motor..jambatan kurang sikit sesaknye...jalan pun jarang-jarang jem...tapi cube tgk bila harga minyak turun rm1.80 seliter..huhu..bas rapid tak pandang dah..kalau dulu beli kereta naza ria yang besar tu simpan je dalam garage sbb minyak mahal tapi sekarang nak pergi beli goreng pisang seringgit pun naik naza ria siap behenti betul2 depan gerai makcik jual goreng pisang lak tu..nak beli seringgit je pn...hahahah..tu la rakyat malaysia..cuba fikir bila dah minyak turun sampai rm1.80 esok lusa nak naik balik riuh la sekampung..riuh jugak la YB2 baru dengan manifesto "ari ni menang sok harga minyak turun"..gila...budak tingkatan satu pun tau la..minyak tu sumber yang dah nak habis...bila dah nak habis tentu la harga dia jadik mahal..ada paham ka..huhuhu..teori demand n supply tuh..jadi tak mustahil la harga minyak akan naik balik nanti..
haishh...susah betul..sekarang ni rakyat suka sakan la..tunggu cik abang pi semayang jumaat pun engine kereta dok terbuka..almaklum la..kalau harga rm1.50, rm0.50 tu kerajaan yang support..hihihi...sebab tu garis income malaysia ni mendatar...sebab price control..kalau ikut negara singapore ke south korea ke...mane ade dia bagi subsidi kat rakyat..nak beli minyak..beli la dengan harga asal..haihss..susah jugak nak bagi faham orang kita ni..duk taksub yang bukan-bukan je kadang-kadang tu..hehehe...
banyak lagi nak cerita..tapi badan dah lenguh-lenguh akibat treatment yang dijalani..hehehe..mata pun dah ngantuk..nanti2 la sambung lain...but please remember..to all politician plz tell people the truth about our economic.. salam.. c",)
No comments:
Post a Comment