tu dia...punya lama tak update blog kalau update pun benda yang simple2 buat syarat asalkan update..hehehe..dalam kepala banyak benda nak ditulis, tapi bila berhadapan dengan laptop dan keyboard otak jadi jem..huhuhu..by the way malam ni baru je balik kelas..tapi sebelum kelas tadi aku dapat call daripada seorang member aku..dengan suara serak2 basah ala2 ella aku pun angkat la..hehehe..semangat dia suruh aku turun tengok rapat umum kat padang kawad malam ni..aku memang ada terniat nak pergi nasib baik la budak ni tolong ingatkan..maklum la pilihan raya kampus dah semakin hampir..hari khamis ni..calon-calon pun dah start berkempen ke sana dan ke mari..siap dengan kari, kereta viva dan pasaraya maiden dapat nama..hihihi..tumpang glamour la sekejap..di sebabkan semangat yang dah sememangnya diterapkan dalam jiwa bermula dari tahun pertama di usm aku turun tengok adik-adik calon berkempen..kebanyakkan calon memang aku kenal..tapi tak tau la dorang kenal tidak..hehehe...tapi kebanyakkanya kenal la..ye la tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula akak yang menyambut adik2 tahun satu dulu..(PPMS la tuh..huhuhu) tak kira dari aspirasi mahupun pro-M kira ada la bekas-bekas anak buah yang jadi calon..boleh dikatekan dua tahun dah macam tu..hahaha...ye la..tahun ni aku memang pemerhati bebas sepenuh masa..hehehe kalau ada sesetengah jentera mengamalkan dasar pandang ke belakang (bak kata member aku..hehe) aku pulak mengamalkan dasar berkecuali...al maklum la kami ni spesis yang dah tak diperlukan lagi..mengundi pun tak boleh dah..kehkehkeh..sempat la juga aku tengok budak-budak ni melaung-laungkan manifesto masing-masing...janji tetap janji dik..mesti diperkotakan sepenuh hati..bak kata seorang calon biar lebih jangan tak cukup....
Macam biasa tiap-tiap tahun isu yang sama timbul...isu paling hangat hapuskan AUKU, pastu pasal ptptn, pastu pasal bustop..memang tak boleh lari la tiap-tiap tahun..cuma tahun ni tak dengar pulak isu tempat jalan kaki berbumbung dengan isu bas..tak la kot esok malam ada calon nak bangkitkan semula tak pun aku dah terlepas sebab aku pergi kelas tadi..hehehe tak kisah lah...seperti yang kita sedia maklum dalam kampus apa sangat la isu yang boleh nak di mainkan..cerminan ala2 politik luar juga la...bukan terasa diri terlalu bagus dan terlalu bijak tapi
bila fikir-fikir balik sampai takuk tu je pemikiran mahasiswa sekarang ni dah tak boleh nak up dah...they do not think out of the box..sama je la mana-mana pun..
Betul memang betul lagi sahih...student have a power..dengan kuasa seorang pelajar tidak mustahil boleh menjatuhkan seorang pemimpin...it can't be deny and it happen in indonesia and philippine..dan mungkinkah ini juga akan berlaku di malaysia tak lama lagi..mungkin juga..mungkin itu yang kita katakan demokrasi...atau bak kata proffesor aku prof ahmad atory "dia mau kerusi" hehehe...kalau aku fikir dari sudut aku seorang yang belajar tentang politik aku suka benda-benda macam ni..sebab politik malaysia terlalu suram dan tidak menarik untuk dikaji..dengan ada perkara guling menguling ni mungkin politik kita lebih berwarna warni...tapi kalau fikir balik dari sudut aku seorang yang patriotik, nasionalis dan seorang warganegara atau penduduk malaysia aku akan rasa sedih kalau perkara sebegini berlaku...
hehehe..melalut tah memane..dari politik kampus ke politik luar la pulak...tapi semua pun berkait la..bohong la kalau ada mana-mana pihak nafikan tidak ada kena mengena dengan luar...betul tak???!! hehehe...tak salah hampa nak perjuangkan apa yang hampa rasa perlu..macam idea parlimen dalam kampus untuk membahaskan polisi negara..tinggi angan-angan tu..tapi bagus la jugak..cuma aku takut mahasiswa tak termampu untuk memikirkan penyelesaian masalah-masalah negara tu..nama lagi student...asyik duk pikir masalah polisi negara jer..pelajaran entah ke mana...
mungkin aku salah..aku tak pasti..tapi bagi aku..kampus merupakan medan untuk melatih dan melahirkan insan-insan berkaliber bertaraf dunia dan mempunyai ciri-ciri kepimpimpinan serta nilai keintelektualan yang tinggi,..hehehe..
kepada calon2 selamat bertanding..kotakan janji2 manismu...hehehehe..
aspirasi di hati..
salam aspirasi untuk mahasiswa bersatu!!
No comments:
Post a Comment