..ni dia buat balik pulak dah..tak paham jugak kadang-kadang tu..nak kata banyak minum ice dah dekat dua bulan tak kunyah ais batu yang mejadi habit kegemaran..satu nikmat dah ditarik balik oleh Tuhan..huhuhu...dua minggu selepas discharge dari GH..kena balik batuk-batuk....tak renti-renti pulak tu...dah dekat enam botol ubat batuk dah telan termasuk satu botol besar ubat batuk cap kelapa laut afrika yang dah licin dah aku teguk...ikut kan boleh dah jadi ubat batuk addict.,dicampur pulak antibiotik yang dah tiga jenis aku telan..tu pun tak jalan jugak..untuk selesema pulak dah dua kali aku gi farmasi beli ubat...tu pun tak baik-baik jugak..kebal betul dah badan ni dengan dadah bermanfaat ni...dah tak heran dah...hihihi...tak pa la..ujian Tuhan tu..terima seadanya...
Dalam keadaan yang macam tu pun aktiviti harian tetap lah berterusan seperti sediakala...tak boleh jugak nak tangguh suka-suka hati..sebab tanggungjawab dah semakin berat..dan dengan itu terpaksa lah mengurangkan aktiviti-aktiviti yang menjadi keutamaan semasa zaman-zaman hidup berpoya-poya sebelum ini..hahahaha...namun kehidupan bersosial bersama teman-teman tetap di teruskan..antaranya ialah keluar makan nasi beratur kat tepi masjid kapitan keling kat jalan lebuh chulia georgetown sane nun...hehe..dulu-dulu memang selalu jer dengan nasi kandaq beratur ni..memula tertanya-tanya jugak pasal apa panggil nasi kandaq beratur..rupa-rupanya memang betul..punya la ramai manusia yang beratur semata-mata nak makan nasi kandar..tertanya2 lagi la kami ni..pasal apa ramai sangat yang beratur nak mkn nasi kat situ..banyak lagi eh kedai mamak kat penang ni..kayu ade,pelita ada, pakcik khalel ada, makcik bedah pun ada..hehe..sedap sangat ke nasi beratur ni..huhu tak paham aku..hehehe..
lastly adalah satu malam tu, malam bila tah lupa jiran sebelah bilik aku ajak gi try nasi kandaq beratur tu..kami p la malam tu..masyaAllah punya la ramai orang beratur..dari segenap lapisan masyarakat..cina, india, melayu semua ada..kalau ikut kan tak lapar sangat pun tapi beratur punya la lama sampai jadi lapaq la...hehe pastu mula la semua mengeluarkan hipotesis masing-masing...pandai tokei kedai beratur lama-lama perut pun jadi lapaq, bila lapaq makan apa pun sedap termasuk la nasi kandaq dia..bila rasa dah sedap mesti la mai lagi nak beli nasi kandaq beratur tu..hahaha..kami pun beratur di barisan yang last2 dah..tapi 10 minit lepas tu ramai pulak yang beratur belakang kami sampai mencecah ke bahu jalan la...ish2 ramai sungguh..
bila sampai turn lauk tengok tak banyak pun..simple je..dah pilih-pilih lauk dia tolong antaq pi duk kat meja...kami pun pekena la nasi kandaq beratur malam tu..nak kata sedap sangat tu tak la..tapi boleh la makan..tak pun aku dah tak tau nak rasa...sebab aku dok set dalam otak nasi kandar kat mana-mana pun sama je rase..tapi boleh la tahan rasa dia..tu la yang heran...ramai sungguh yang sanggup p beratur semata-mata nak makan nasi kandaq tu..especially waktu malam la..masa siang aku tengok kurang la sikit..tapi aku ternampak la mamak2 tu ada dok bagi makan orang-orang jalanan yang ada kat sekitar masjid kapitan keling tu..sebab tu la kot rezeki murah..huhuhu..nak tau sedap tak sedap pi la rasa sendiri..hehehe promote la plak..tak dapat apa2 komisen pun yer...hihihi...
No comments:
Post a Comment