Alhamdulillah..Allah masih beri kekuatan pada aku setelah bertungkus lumus memahami prosedur pendaftaran master yang agak complicated. Kami sebagai local student ini saja sudah merasakan bahawa ianya terlalu comlplicated tambah pula student-student internasional yang memilih usm sebagai tempat mereka menuntut ilmu tentu lah dua kali ganda rasa complicated itu kepada mereka dengan pelbagai urusan yang perlu di selesaikan..macam mana pun aku tengok ramai juga tahun ini yang daftar sebagai student postgraduate dan kurang pelajar undergraduate yang diterima masuk..
Dalam masa dua hari semuanya selesai dari urusan online hinggalah ke urusan bilik desasiswa semua berjalan lancar...pada ketika ini juga aku tidak mampu untuk memikirkan tentang perkara-perkara lain..tentang siapa yang berperang tentang siapa yang bergerak secara senyap mahupun terang-terangan langsung tidak menarik perhatian aku..kerana bagi aku mereka semua sama..menang jadi arang kalah jadi abu..sama sama sombong dan sama sama bongkak..
Disebabkan hari-hari yang bakal aku lalui akan merencanakan lebih dari seribu satu kenangan aku agak merasa gerun..gerun kerana khuatir tidak mampu melakasanakan harapan ibu dan ayah..kerana mereka keutamaan aku pada tika ini..biarpun ini semua adalah impian dan cita-citaku sendiri tapi mereka banyak berkorban untuk anaknya ini..untuk kembali dalam perjuangan amatlah aku rindui kerana aku yakin dengan perjuangan yang dibawa..biarpun mungkin banyak sekali cacat cela mata-mata yang memandang, tapi aku tetap yakin, kerana jika kita tinggalkan perjuangan siapa lagi yang bakal merubah apa yang tak betul dalam perjuangan..aku tak mahu jadi orang yang hanya tahu bercakap dari luar itu dan ini tak kena tapi tiada usaha untuk merubah keadaaan..mungkin ini tanggungjawab kita..jadi jangan tinggalkan perjuangan..kiranya perlu berubah kita harus berubah..sekali lagi, untuk terus dalam perjuangan memang amat aku rindu..sahabat biarpun selepas ini mungkin jasad ini tidak upaya untuk bersama kalian tapi doa dan semangatku akan turut serta dengan kalian bersama perjuangan ini..
Selagi kudrat ini masih ada mintalah apa saja yang boleh aku beri..aku akan berikan kiranya aku mampu..kerana dari situ aku lahir dan aku harap kematian ku juga berakhir disitu..
Ramai yang memandang serong mungkin..tapi aku juga manusia biasa,aku juga mahasiswa biasa..biarpun berlainan perjuangan dan ideologi aku tak pernah membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan..semuanya sama bagi aku..siapa yang kenal kenal lah..tiada pernah aku membezakan apa-apa..kerana kad pengenalan yang aku bawa sentiasa menulis perkataan agama Islam sebagai agamaku..tak mungkin aku mencemarkan kesucian agamaku sendiri...matlamat yang sama cara yang berlainan..itu yang dapat aku simpulkan untuk semua ini...
Sebenarnya untuk entry ini aku hanya main tulis..tanpa sebarang isi penting yang dirangka untuk dikarang...main ikut kepala je..sebab itu aku sendiri rasa tak tersusun..kekangan masa menyebabkan aku begitu lemah untuk berfikir benda-benda yang aku rasa kurang penting..
Akhir kalam..terima kasih kepada sahabat yang banyak membantu dalam masa seminggu minggu pendaftaran hari itu..jasa baik kalian hanya Allah yang mampu membalas.
2 comments:
wah dah masuk blaja ye ! chaiyi chaiyo ! jgn curi tulang. nanti kak umi pg penang kita pekena nasi kandaq kayu na. teringinya dah lamaaaaa x makan hehehe !
heheh..bole2..meh la..dah xkeje kat sapura ke?
Post a Comment