jam di sudut bawah laptop sudah pukul 2.53 a.m...mata terasa agak segar, malam begitu sejuk. Saat ini otak penat menelaah artikel-artikel untuk kelas malam esok. Banyak sangat artikel lantas membuatkan aku mengambil keputusan untuk membaca artikel tersebut secara tebuk-tebuk..memang agak ralat baca tebuk-tebuk, tapi tak ada cara lain lagi dah terpaksa. Penat selak kamus dan sebagainya aku ambil keputusan untuk tenangkan otak dengan melawat blog sahabat-sahabat untuk mencari artikel yang boleh menaikan semangat untuk menelaah semula..lantas blog yang pernah menjadi kegemaran saifulislam.com aku buka dengan harapan ada lah cerita-cerita ustaz hasrizal yang mampu naikkan semangat aku, tapi sayang, artikel yang bertajuk "saifulislam.com disekat"..merupakan artikel terbaru dalam saifulislam.com telah menafikan harapan awal aku.
Benar, aku pernah meminati hasil penulisan ustaz hasrizal dalam blog tersebut, tapi minat itu mula terhakis sedikit demi sedikt masa musim-musim PRU dulu, pada masa tu aku terkejut sebab blog yang selama ini tempat aku beermuhasabah diri tiba-tiba jadi medan mengejar dan melontarkan impian dan angan-angan politik yang memang ada benarnya dan mungkin ada tidak benarnya..aku jadi bingung, aku faham, politik adalah sebahagian dari Islam, tapi bagi aku politik yang sebahagian dari Islam itu bukan jenis politik seperti di malaysia..masa tu kecewa juga, ye la sebelum ni memang minat sangat dengan artikel-artikel dalam blog tu terutamanya yang berkaitan dengan pengalaman ustaz, jika sebelum ini aku kenal artikel ustaz yang masih berlapik,berpolitik dengan menceritakan tentang kehidupan manusia dan ianya nampak menarik. Tapi bila ustaz terus terang bercerita tentang politik tanpa lapik aku jadi tak sefikrah dengan ustaz..tak tahu la kenapa, lantas blog tu bukan lagi menjadi blog wajib kepada aku semasa menziarahi blog teman-teman..aku jarang buka dan kalau aku buka pun aku pilih artikel yang menarik perhatian dan boleh memuhasabahkan diri. Tak macam dulu semua artikel aku baca sebab aku rasa menarik.
aku tak salahkan ustaz, cuma bagi aku, bila sesuatu yang kita harap itu tak dapat memenuhi harapan maka kecewa bertandang dalam hati. Macam tu juga bila medan dakwah yang sering membawa kita untuk bermuhasabah diri tiba-tiba terselit agenda politik yang tah apa-apa..kita mula beralih arah dan angin..huh...
6 comments:
dik, kita organize reunion nak x? ingat nak kumpul 4 5 batch 4 reunion ! nanti kitorg diskas dulu... kalo jadi nak join tolong x?
ok, bole jugak.lg pun dah lama tak jumpe semua..nnt bgtau eh..
politik itu hakikatnya suci dan bersih. tetapi apabila politik itu didokong oleh manusia yg tidak faham politik maka ianya menjadi kotor. politik sebahagian dari Islam?sudah pasti...kita sbagai org Islam..xkan nak biarkan ianya terus kotor..mungkin awak graduan dr soc sc lebih memahami situasi ini..
salam ziarah,
terima kasih di atas komen saudara pada artikel diblog sy :),
memang mungkin sy bru sthn jagung, betul disebabkan sy graduan soc. sce la sy menyedari byk hakikat ttg politik kita..t'msk ttg politik dan Islam...mcm mane pun alhamdulillah dulu politik kita suram, kalu lecturer bg asgment suruh siapkan pun graduan sce politik tdk akan pilih politik malaysia punya sbb x menarik utk dikaji..tapi kini politik malaysia diwarnai dgn warna2 dunia politik yg sepatutnya..tak perlulah graduan sce politik ssh payah pilih negara2 lain mcm thailand atau indonesia..sebab malaysia pun dah menarik politiknya..moga politik malaysia terus diwarnai dgn warna2 ini, tak lah suram sgt..betul tak saudara? :)
Assalamualaikum WBT.
Terima kasih atas komen yang telus.
Sesungguhnya saya juga menulis subjek siasah dengan penuh kepayahan dan berat hati. Tetapi challenges yang tidak menerima response, akan menyuntik kematian kepada survival manusia. Untuk respond, saya menulis 30 artikel tentang siasah, daripada 1000 artikel yang ada.
Maaf atas ketidak selesaan yang timbul
waalaikumusalam wbt..
terima kasih ustaz sudi jengah ke blog..maaf lambat respond kepada komen sebab tak perasan ada yang nak komen ttg isu ni...by da way after PRU terpadam sikit rasa kecewa di hati ni ustaz sebab artikel2 kembali kepada artikel yang membolehkan diri bermuhasabah..terima kasih ye ustaz.
Post a Comment