Saturday, July 19, 2008

"ayah kata"...


Rasa nak menulis , sebab dah jarang-jarang post entry kat blog ni lantaran masa yang terlalu padat dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..tapi tak tau nak tulis apa..rindu nak balik rumah...ayah pun asyik call je minggu ni..memang ayah tak suruh balik tapi faham-faham la kalau dah tiap-tiap malam call...sorry yah bukan tak nak balik, nak sangat balik, tapi kalau balik satu kerja pun tak dapat nak buat..banyak sangat tugasan mingguan..tapi ayah kata takpa bila dah free balik la..entah bila la aku free agaknya..sebab tiap-tiap minggu ada je sebab yang boleh dijadikan alasan...ayah tanya lagi belajar macam mana, aku kata ok je..ayah risau kot sebab inilah first time aku belajar dalam bahasa inggeris utk semua subjek dan tugasan tak ada yang terkecuali..salah aku juga selalu je aku mengadu kat ayah yang susah belajar dalam bahasa inggeris..tapi bila dah belajar dua tiga minggu ok dah..kira dah boleh familiar dengan politic words and vocabs..cuma yang jadi masalah mungkin bila nak menjawab soalan bertulis..ayah kata jangan risau semua yang ada dalam kelas tu sama je..dalam proses belajar..tak perlu risau..ayah kata lagi practice make perfect..macam yang ayah selalu kata pada nana setiap kali dia training boling "tiap-tiap hari berlatih lama-lama boleh la"..
ermm..apa yang ayah kata selalu betul....mula-mula dulu aku nak futher study kat luar..ayah tak larang, tapi ayah kata kalau universiti dalam negara sama level dengan universiti luar baik buat kat dalam je..aku tau ayah tak bagi aku pergi jauh, ayah kata lagi, kalau belajar kat dalam sekurang-kurangnya ada rujukan dalam bahasa melayu..mula-mula tu aku tak setuju dengan apa yang ayah kata, nampak macam aku ni tak reti sangat bahasa inggeris walaupun hakikatnya lebih kurang macam tu la..tapi aku ikut juga apa ayah kata, aku sambung belajar dalam negara je..apa ayah kata betul lagi..walaupun belajar dalam negara je..tapi aku dapat rasa macam belajar kat luar..aku dapat rasa sama je level sebab tenaga-tenaga pengajarnya dari luar..apa ayah kata selalu betul..aku selalu boleh compare kualiti buku rujukan bm dengan bi dan aku belajar sesuatu dari situ...apa ayah kata betul lagi..
ayah sampai bila anakmu ini nak pandai berfikir macam ayah..sampai bila anakmu ini nak reti buat keputusan sendiri seperti ayah..huh..aku pun tiada jawapan untuk itu..kerana ayah dan mak adalah segala-gala bagiku..

2 comments:

dextrike said...

yeah kakk~
prektis make perfek!
chayok2.. (",)/

azida rusli said...

hehehe..insyaAllah..