Monday, April 2, 2012

"..Kuching TrAvelog.."

Lame rasenye tak update blog...Malam ni aku luangkan sedikit masa dan terpaksa korbankan sedikit waktu tidur aku untuk layan blog tersayang ni sebab nak update travelog aku buat sekian kalinya untuk tahun 2012 ni..hehehe...bukan apa banyak travelog aku sebelum ni yang tentunya aku tak sempat nak update..dan bila time aku dah ada masa so travelog tu rasa macam dah nak basi..last-last aku pon tak la update..heheheheh..

Okay, berbalik kepada cerita yang sebenarnya..tiada yang benar melainkan yang benar belaka..pada tanggal 30 March 2012 jam seawal 7.05a.m kami pun telah berlepas ke Kuching Sarawak dengan menggunakan perkhidmatan kapal terbang tambang murah everyone can fly Air Asia. hehehe..Sebenarnya secara tak sengaja (sengaja sebenarnya) kami telah pun terbooked tiket pergi ke kuching ni...disebabkan masing-masing (aku jer kot) nak menjadikan tahun 2012 tahun travel sedunia, so kami start travel dalam Malaysia dulu ada rezeki insyaallah ke Medan pulak bulan 10 ni (walaupun dah masuk 3 kali pergi)..


Jadinya seawal 7.05 a.m kapal terbang berlepas makan masa lebih kurang 2 jam kami pun sampai la ke Kuching International airport dalam lebih kurang jam 9a.m... Mati kutu jugak mula-mula tu... ye la..sampai-sampai dan tak tau nak menuju ke mana...so alih-alih kami pun sewa lah airport taxi tu dalam lebih kurang harga RM26.00 kami naiklah pergi ke tempat penginapan di 360 Express Hotel yang terletak agak di tengah pekan kuching tu...Actually hotel ni aku dah booked jugak sebelum ni..Harga dia lebih kurang RM280 untuk dua malam bilik boleh masuk 4 orang..kira ok lah berbaloi dan selesa...

Mula-mula memang mati kutu jap..sebab bila sembang dengan pakcik taxi tu dia kata tempat kat kuching ni semua jauh-jauh...so kita orang tanya berapa dia charge kalau nak ke culture village Santubong..dia cakap lebih kurang RM40 dan dia tunggu sampai selesai..lepas tu kami tanya lagi berapa dia charge untuk ke Serikin di Bau..dia kata rm75 pergi dan rm75 lagi balik..tersenyap jap kami.. (duk pikir mahai jugak ni) ...

Bila sampai jer hotel kami duk bincang ke mana arah seterusnya hari tu..so kami decide nak ke cultural village..tapi nak pi dengan apa...last-last kami buat keputusan sewa je lah kereta..dan secara pantasnya sebab tak nak bazir masa aku pun contact la Mr chung ni...Nasib baik la dia ni boleh sewa on da spot tak payah booking...Sebenar Mr Chung punye contact number ni aku dapat dari kawan satu office Mar..dia yang bagi number ni aku memang dah contact dia before ni cuma aku tak sure sama ada nak book ke tak..last-last rezeki dia..terpaksa la jugak kami sewa..dia bagi pakai kembara rm65 per day.. ok la kembara ni walaupun pick up tak berapa nak kuat sangat tapi padan la dengan harga..(bukan nak masuk F1 pon..huhu)



Dapat jer kereta sewa tu terus kami meluncur laju ke daerah santubong...1 jam jugak memusing cari roundabout petrajaya pastu sejam lagi perjalanan ke santubong tu sendiri..Santubong ni kawasan laut sebenarnya...sampai-sampai jer sana angin laut china selatan menyambut kedatangan kami dengan bahasa yang sepoi-sepoi..(rosak lagi peribahasa aku) hehehe..dekat sana la terletaknya perkampungan budaya..macam-macam rumah dan kampung la yang ada kat sana kalau tak silap aku ada 7 perkampungan kot...lepas tu kami tengok show tarian tradisional setiap kaum di sarawak ni...overall ok la..terhibur..(ihihihihi) lupa nak bagitau..tiket masuk cultural village ni adalah sebanyak RM60 seorang..tapi disebabkan keistimewaan kami sebagai "PELAJAR/STUDENT PTPL" (hahahahahaha) kami hanya diberi harga student iaitu rm15 hehehe memang berbaloi..tapi kalau kena bayaq rm60 aku rasa tak berbaloi kot masuk situ..huhuhu jadinya berpusing lah kami disekitar kampung-kampug yang ada.. Lebih kurang jam 5.00p.m kami pun keluar dan balik ke pekan kuching.


Sampai jer pekan kuching (tu pon sesat lagi..sebab jalan kat sana kurang signboard dan terlalu banyak roundabout sebesar taman perumahan) kami pergi ke waterfront tu..nak cari sesuap nasi la katekan perut dah main lagu zapin rancak dah pon..sampai jer situ kami tak berapa nampak kedai makan yang best melainkan kedai makan seberang sungai sarawak...at last..kami pon decide seberang je la sungai ni menggunakan boat tambang yang ade...bayaran sebanyak rm0.50 sen je pon sehala...dan kami pon sampai la ke kedai makan seberang sungai yang menyediakan pelbagai jenis makanan tradisional sarawak...


Esok paginya...seawal jam 6.00 a.m bangun dan lebih kurang kul 7 kami dah gerak ke Serikin yang terletak di Bau...perjalanan kira-kira 1 jam dari pekan kuching..tak sesat sangat kali ini sebab semalam Mar dah study jalan betul-betul..hehehe...so sampai di serikin awal pagi tu memang berkabus rase macam duduk di kundasang sabah tak pun macam genting highlands la lebih kurang...sejukk..tapi bila dah sampai ke gerai jual barang indon tu hari dah semakin tengah hari ..panasnye mak aiii...terbakor rase kulit ni...3 jam jugak kami berkampung kat serikin tu..huhu gara-gara nak dapatkan harga baju yang paling murah...then kami perkena bakso original indon la kat situ..sedappp...

Lepas serikin kami pun balik ke pekan kuching..balik hotel mandi and solat lepas tu dalam 2.00p.m kami pergi muzium kucing (cat's museum) lepas habis pusing muzium kami singgah sekejap kat pasar satok beli ikan terubok masin...heheh cantik packaging dia...pastu beli sedikit souvenir bawak balik untuk kawan-kawan office. Lepas Pasar satok..kami pergi balik seberang sungai nak cari kek lapis dayang salhah...boleh tahan harga dia.rase pun ok...before ke seberang sungai sempat jugak kami shopping kedai depan waterfront tu..harga lagi murah kot dari pasar satok tu..hehehe..dan dah setel beli belah kami pun balik la ke 360 hotel untuk berehat dan beradu sebab esoknya flight jam 9.35 kul 7.30a.m lebih kurang kami dah pun berada di airport kuching dan bersedia untuk pulang ke semenanjung..From Kuching With LOve....Love to see u again...hehehe..yang bagusnye tokei kereta sewa tu Mr Chung time kami dah sampai semenanjung dan call tanya dah sampai ke belum bagus betul layanan...sape-sape yang nak contact number dia please do not hesitate to give me a call..okay..hehehehe..

Sekian ..ngantuk..mate tak boleh bukak dah ni..huhuhu

No comments: