Tuesday, February 24, 2009

Tuhan, Ringankan Penderitaan Mereka (ii)



Entry kali ini merupakan perkembangan daripada entry yang sebelum ni bertajuk Tuhan, Ringankan Penderitaan Mereka (i)..kira yang ni chapter two la..hehehe..alhamdulillah setakat bulan feb ni selesai buat di tiga buah hospital..dua daripadanya merupakan private hospital Mt.Miriam dan Hospital Pantai..yang ketiga merupakan hospital kerajaan GH P.Pinang..Sesungguhnya adalah berlainan sekali respon yang diterima dari ketiga-tiga buah hospital ni..macam mana pun tak kisahlah asalkan dapat interview patient..

Banyak la jugak pengalaman yang diperoleh dalam masa buat kerja-kerja ni walaupun kadang-kadang yang interview dorang ni bkn aku tapi enummerater(enu) yang dilantik untuk membantu aku.. bukan ape kesian kat enummerater semua ni dorang gaji bergantung kepada jumlah responden aku pulak ade tak de responden pun gaji tetap berjalan seperti biasa..hehehe..

macam mana pun inilah yang dikatakan pengalaman..dapat selami perasaan bermacam-macam jenis manusia..walaupun kadang-kadang tu interview dijalankan dalam bahasa tamil atau mandarin aku tak faham pun.. tapi aku yang observe enu buat interview tu tiba-tiba rasa macam faham pulak ape yang dorang nak sampaikan tibe-tibe aku pulak yang rase sedih..padahal aku tak paham pun ape yang dorang cakap..hehehe..tapi series kalau berada ditempat kami sure terasa insaf sekejap dengan pelbagai dugaan Tuhan tak kira siapa..cina melayu india..

Ade pernah sorang makcik india tu nangis-nangis cerita pada enu aku dalam bahasa tamil..haih..sebak sekejap walaupun aku ni jenis yang dah lame tak mengalami perkara melibatkan air mata ni..hehehe..tapi mase tu memang sedih tengok dia..walaupun tak faham bahasa dia..tapi kami faham perasaan dia...



Satu perkara yang agak menarik perhatian aku dalam masa duk buat kerja-kerja ni adalah perkara yang berkaitan dengan layanan pihak hospital..dah tentu la layanan berbeza antara private hospital dgn GH..pernah aku tanya responden di private..kenapa pilih private..dia kate senang dan nak cepat..duit pulak takde masalah..insurans boleh cover kalau tak penuh pun separuh..aku tanya lagi kenapa tak pergi kat GH je..dia kate lambat..kena beratur panjang..pukul 8 pegi belum tentu pukul 3 ptg akan sudah...huhuhu..memang perkara tu aku akui la..selalu je aku perhati dan curi-curi dengar ape yang dorang sembang..lambat,lambat dan lmbat..kuar tunggu bas pukul 6.30 pagi pun belum tentu dapat selesai cepat..layanan pihak hospital pulak bermacam-macam ragam..ada yang baik memang baik betul la..tapi kadang-kadang tu ade jugak staf-staf hospital ni yang aku rasa tak layak langsung jadi nurse ke ape ke..sombongnye mashaAllah..Tuhan je yang tahu..ape salahnye panggil patient tu elok-elok tak perlu tengking-tengking..tahu la awak keje penat tapi keje mane yang tak penat..semua keje pun penatkan......dorang yang sakit tu lagi la penat..huhuhuh....tapi yang aku boleh jadi naik hairan sangat tu bile aku interview patient aku tanya macam mana service kat GH ok ke..semua kata ok bagus..layanan baik..aku tak faham jugak betul ke,ke dorang ni takut nak complaint lebih-lebih..bile aku tanya lagi sekali itu jugak jawapannya..sampai la aku jumpa dua orang patient ni baru la aku dapat jawapannya..die kate layanan yang seperti ini sudah cukup baik untuk pesakit yang seperti kami..tak de duit nak pegi private..dekat GH pun dah dapat treatment yang cukup baik walaupun agak lambat..kena terima la dah sememangnya hakikat macam tu..nak pergi private dari A sampai Z kena charge..tekan sekali loceng je RM30...mane kami nak mampu..service yang cukup baik dah kami terima dekat GH ni apalagi yang kami nak complaint..siapa nak bagi treatment macam ni..kalau private untuk buang ketumbuhan keras aje paling kurang RM5000 tapi dekat GH operate buang semua baru RM150..macam tu la kata antara dua orang patient yang aku jumpa dan secara tak langsung menjawab persoalan kehairanan aku..huhuhu..

Erm..bermakna ramai yang redha dan bersyukur dalam kalangan mereka-mereka ni..walaupun ada antara patient ni yang pernah terfikir nak bunuh diri bila dapat tahu kena cancer..haihhssh..macam mana pun government hospital kena upgrade service dorang ni...

hehehe..itulah peranan research2 macam ni nak membantu..harap-harap dapat la membantu bukan sekadar melepaskan batuk ditangga je..orang-orang macam ni kadang-kadang malas nak buka mulut dan bersyukur je dengan apa yang dorang dapat..sebab tu mungkin Tuhan bagi dugaan yang hebat2 untuk orang macam ni..pada siapa lagi nak mintak tolong..kadang-kadang saudara sendiri pun tak nak tolong inikan pulak kawan-kawan dan orang lain..lagi la..huhuhuh..

No comments: