Selesai juga segala tanggungjawab minggu ni..minggu yang agak kelam-kabut kerana terpaksa berhadapan dengan satu test dan dua presentation pada satu hari yang sama..memang segalanya berakhir pada satu hari sahaja tapi bagi melakukan persediaan untuk yang sehari itu memakan masa berhari-hari..presentation proposal kajian Dr Noreha dan juga presentation paper Prof Atory selesai pada satu hari yang sama..alhamdulillah..terasa beban dibahu ringan seketika biarpun ada lagi satu presentation menanti dua minggu dari sekarang..Hasil titik peluh dan jerih payah bersengkang mata dan berkorban masa serta tenaga juga perhatian akhirnya terbalas biarpun hanya dengan satu perkataan "GOOD" daripada mulut pensyarah dan tepukan ikhlas berserta beberapa soalan meminta penjelasan daripada beberapa pelajar luar negara memberi makna bahawa dia faham apa yang dibentangkan biarpun dalam bahasa inggeris yang agak tidak tentu arah dan tungang langgang..kini bermula proses untuk menyusun atur maklumat-maklumat yang dikutip bagi menyiapkan segala tugasan...
Hari ini juga selesai menjalani ujian khas kemasukan perkhidmatan PTD gred M41..biarpun hati terasa bahawa masih belum tiba rezeki untuk berjaya menembusi perkhidmatan ini namun atas gesaan orang tua maka pergi jugalah menghadiri ujian ini bermula pukul 9pg sampai 4ptg di ILP Ipoh..hanya pergi sekadar memenuhi panggilan temuduga tanpa sebarang persediaan..maklumlah tak berapa nak sempat menelaah...cuma berdasarkan pengalaman menduduki ujian kemasukan ke perkhidmatan awam gred 41 sebelum ini aku pergi dengan tanpa sebarang persediaan ilmu yang cukup dan sekadar dengan pengetahuan yang ada..dan aku membuat andaian soalan PTD dan kemasukan ke perkhidmatan awam adalah sama level cuma yang tertinggal hanyalah bahagian sasiah diri tidak terdapat dalam ujian PTD yang lain semua sama.
Biarlah rezeki yang menentukan..sempatlah aku berehat sehari ahad ni sebelum balik semula ke penang malamnya..penat betul badan..tido tak tentu katil makan tak tentu meja..pulang ke penang harus dengan tenaga baru yang telah di charge semula sebab lagi banyak perkara menanti dari hari ke hari minggu ke minggu..tanggungjawab sebagai RA Dr Aishah juga perlu disiapkan sebelum bulan 7 berdasarkan gantt chart yang telah dibuat..dan beberapa rezeki terpijak sebagai ennumerater menunggu sekitar mei hingga jun ini..boleh la sekadar untuk menampung simpanan bulanan..huhuhu..
No comments:
Post a Comment