Thursday, February 12, 2009

Politik dan Politik

penat sungguh belek-belek surat khabar dua tiga hari ni..buka blog pun macam tu la jugak..orang ni kata macam ni orang tu kata macam tu..siapa betul siapa salah Allah je yang tau..tapi kalau diikutkan dalam politik tak ada dosa tak ada pahala..hari ni hang boleh jadi kawan aku tapi esok lusa belum tentu hang boleh terus jadi kawan aku silap-silap hari bulan hang jadi musuh aku dan yang pernah jadi musuh tu esok lusa boleh jadi sahabat aku pulak....itu lah erti sahabat dan musuh dalam politik..nasihat bagi yang terlalu tulus,lurus dan bendul tak perlu lah terlibat dengan politik..kerana manusia yang seperti ini akan mudah tersungkur tak kira berapa kali..walaupun pernah berdiri teguh dan gah pada suatu masa...pada yang menganggap politik itu kotor maka jauhilah dari melukut di dalam dunia politik..kerana manusia yang terlibat dengan politik tidak pernah akan merasakan politik itu kotor mahupun menjijikan..kerana semua ini adalah mainan manusia yang bergelumang dalam politik..jika anda menganggap diri anda terlalu alim, putih bersih dan suci maka jauhi politik..kerana mungkin kotor itu sedikit sebanyak akan terpalit atau tercalit kepada anda..anda yang alim lagi suci putih bersih dari dosa itu tidak akan mustahil untuk mendapat dosa yang dicipta oleh fantasi politik jika anda terus mendekati politik yang anda anggap kotor..yang anda anggap jijik kerana tidak faham hukum karma berpolitik biarpun dalam negara anda sendiri...politik yang kotor lagi menjijikan ini adalah tanggapan khas yang diberikan oleh mereka yang alim lagi suci bersih dari dosa diatas dunia kepada perkara-perkara yang lazimnya berlaku dalam politik..dan perlu untuk diingatkan kiranya tiada istilah kotor dan jijik seperti yang dianggap oleh mereka yang alim lagi suci bersih maka ianya tidak akan dinamakan POLITIK..
Bagi mereka yang banyak menganggap itu dan ini tidak kena,tidak sah, penindasan dan bermacam-macam lagi digalakkan agar berhenti menyebut tentang politik..kerana anda tidak faham apa itu politik..politik tidak akan pernah kenal siapa yang tulus,lurus bendul,alim,suci lagi bersih..politik tidak akan pernah mengenal siapa-siapa..kerana dalam politik siapa yang bijak, berkemampuan maka dia yang mendapat habuan...
Hentikan omong-omong dan angan-angan untuk membersihkan politik dari kekotoran dan kejijikan..kerana anda membuang masa, anda bazirkan masa yang sepatutnya diperuntukan untuk keluarga anda dengan omong-omong dan angan-angan membersihkan politik..kerana politik tidak akan pernah endah kepada omong-omong dan angan-angan anda..cuma yang ada siapa yang mematuhi syarat kekotoran dan kejijikan maka dia yang politik johankan..
Jauhi politik jika anda tidak faham apa itu politik dan menganggap politik itu kotor jijik dan sebagainya..dekati politik kiranya anda rasa anda punya kebolehan dan kelebihan menambahkan kekotoran dan kejijikan serta memenangi hati politik...

No comments: