Tuesday, February 24, 2009

Tuhan, Ringankan Penderitaan Mereka (ii)



Entry kali ini merupakan perkembangan daripada entry yang sebelum ni bertajuk Tuhan, Ringankan Penderitaan Mereka (i)..kira yang ni chapter two la..hehehe..alhamdulillah setakat bulan feb ni selesai buat di tiga buah hospital..dua daripadanya merupakan private hospital Mt.Miriam dan Hospital Pantai..yang ketiga merupakan hospital kerajaan GH P.Pinang..Sesungguhnya adalah berlainan sekali respon yang diterima dari ketiga-tiga buah hospital ni..macam mana pun tak kisahlah asalkan dapat interview patient..

Banyak la jugak pengalaman yang diperoleh dalam masa buat kerja-kerja ni walaupun kadang-kadang yang interview dorang ni bkn aku tapi enummerater(enu) yang dilantik untuk membantu aku.. bukan ape kesian kat enummerater semua ni dorang gaji bergantung kepada jumlah responden aku pulak ade tak de responden pun gaji tetap berjalan seperti biasa..hehehe..

macam mana pun inilah yang dikatakan pengalaman..dapat selami perasaan bermacam-macam jenis manusia..walaupun kadang-kadang tu interview dijalankan dalam bahasa tamil atau mandarin aku tak faham pun.. tapi aku yang observe enu buat interview tu tiba-tiba rasa macam faham pulak ape yang dorang nak sampaikan tibe-tibe aku pulak yang rase sedih..padahal aku tak paham pun ape yang dorang cakap..hehehe..tapi series kalau berada ditempat kami sure terasa insaf sekejap dengan pelbagai dugaan Tuhan tak kira siapa..cina melayu india..

Ade pernah sorang makcik india tu nangis-nangis cerita pada enu aku dalam bahasa tamil..haih..sebak sekejap walaupun aku ni jenis yang dah lame tak mengalami perkara melibatkan air mata ni..hehehe..tapi mase tu memang sedih tengok dia..walaupun tak faham bahasa dia..tapi kami faham perasaan dia...



Satu perkara yang agak menarik perhatian aku dalam masa duk buat kerja-kerja ni adalah perkara yang berkaitan dengan layanan pihak hospital..dah tentu la layanan berbeza antara private hospital dgn GH..pernah aku tanya responden di private..kenapa pilih private..dia kate senang dan nak cepat..duit pulak takde masalah..insurans boleh cover kalau tak penuh pun separuh..aku tanya lagi kenapa tak pergi kat GH je..dia kate lambat..kena beratur panjang..pukul 8 pegi belum tentu pukul 3 ptg akan sudah...huhuhu..memang perkara tu aku akui la..selalu je aku perhati dan curi-curi dengar ape yang dorang sembang..lambat,lambat dan lmbat..kuar tunggu bas pukul 6.30 pagi pun belum tentu dapat selesai cepat..layanan pihak hospital pulak bermacam-macam ragam..ada yang baik memang baik betul la..tapi kadang-kadang tu ade jugak staf-staf hospital ni yang aku rasa tak layak langsung jadi nurse ke ape ke..sombongnye mashaAllah..Tuhan je yang tahu..ape salahnye panggil patient tu elok-elok tak perlu tengking-tengking..tahu la awak keje penat tapi keje mane yang tak penat..semua keje pun penatkan......dorang yang sakit tu lagi la penat..huhuhuh....tapi yang aku boleh jadi naik hairan sangat tu bile aku interview patient aku tanya macam mana service kat GH ok ke..semua kata ok bagus..layanan baik..aku tak faham jugak betul ke,ke dorang ni takut nak complaint lebih-lebih..bile aku tanya lagi sekali itu jugak jawapannya..sampai la aku jumpa dua orang patient ni baru la aku dapat jawapannya..die kate layanan yang seperti ini sudah cukup baik untuk pesakit yang seperti kami..tak de duit nak pegi private..dekat GH pun dah dapat treatment yang cukup baik walaupun agak lambat..kena terima la dah sememangnya hakikat macam tu..nak pergi private dari A sampai Z kena charge..tekan sekali loceng je RM30...mane kami nak mampu..service yang cukup baik dah kami terima dekat GH ni apalagi yang kami nak complaint..siapa nak bagi treatment macam ni..kalau private untuk buang ketumbuhan keras aje paling kurang RM5000 tapi dekat GH operate buang semua baru RM150..macam tu la kata antara dua orang patient yang aku jumpa dan secara tak langsung menjawab persoalan kehairanan aku..huhuhu..

Erm..bermakna ramai yang redha dan bersyukur dalam kalangan mereka-mereka ni..walaupun ada antara patient ni yang pernah terfikir nak bunuh diri bila dapat tahu kena cancer..haihhssh..macam mana pun government hospital kena upgrade service dorang ni...

hehehe..itulah peranan research2 macam ni nak membantu..harap-harap dapat la membantu bukan sekadar melepaskan batuk ditangga je..orang-orang macam ni kadang-kadang malas nak buka mulut dan bersyukur je dengan apa yang dorang dapat..sebab tu mungkin Tuhan bagi dugaan yang hebat2 untuk orang macam ni..pada siapa lagi nak mintak tolong..kadang-kadang saudara sendiri pun tak nak tolong inikan pulak kawan-kawan dan orang lain..lagi la..huhuhuh..

Saturday, February 21, 2009

Selesai Seminggu


Selesai juga segala tanggungjawab minggu ni..minggu yang agak kelam-kabut kerana terpaksa berhadapan dengan satu test dan dua presentation pada satu hari yang sama..memang segalanya berakhir pada satu hari sahaja tapi bagi melakukan persediaan untuk yang sehari itu memakan masa berhari-hari..presentation proposal kajian Dr Noreha dan juga presentation paper Prof Atory selesai pada satu hari yang sama..alhamdulillah..terasa beban dibahu ringan seketika biarpun ada lagi satu presentation menanti dua minggu dari sekarang..Hasil titik peluh dan jerih payah bersengkang mata dan berkorban masa serta tenaga juga perhatian akhirnya terbalas biarpun hanya dengan satu perkataan "GOOD" daripada mulut pensyarah dan tepukan ikhlas berserta beberapa soalan meminta penjelasan daripada beberapa pelajar luar negara memberi makna bahawa dia faham apa yang dibentangkan biarpun dalam bahasa inggeris yang agak tidak tentu arah dan tungang langgang..kini bermula proses untuk menyusun atur maklumat-maklumat yang dikutip bagi menyiapkan segala tugasan...


Hari ini juga selesai menjalani ujian khas kemasukan perkhidmatan PTD gred M41..biarpun hati terasa bahawa masih belum tiba rezeki untuk berjaya menembusi perkhidmatan ini namun atas gesaan orang tua maka pergi jugalah menghadiri ujian ini bermula pukul 9pg sampai 4ptg di ILP Ipoh..hanya pergi sekadar memenuhi panggilan temuduga tanpa sebarang persediaan..maklumlah tak berapa nak sempat menelaah...cuma berdasarkan pengalaman menduduki ujian kemasukan ke perkhidmatan awam gred 41 sebelum ini aku pergi dengan tanpa sebarang persediaan ilmu yang cukup dan sekadar dengan pengetahuan yang ada..dan aku membuat andaian soalan PTD dan kemasukan ke perkhidmatan awam adalah sama level cuma yang tertinggal hanyalah bahagian sasiah diri tidak terdapat dalam ujian PTD yang lain semua sama.


Biarlah rezeki yang menentukan..sempatlah aku berehat sehari ahad ni sebelum balik semula ke penang malamnya..penat betul badan..tido tak tentu katil makan tak tentu meja..pulang ke penang harus dengan tenaga baru yang telah di charge semula sebab lagi banyak perkara menanti dari hari ke hari minggu ke minggu..tanggungjawab sebagai RA Dr Aishah juga perlu disiapkan sebelum bulan 7 berdasarkan gantt chart yang telah dibuat..dan beberapa rezeki terpijak sebagai ennumerater menunggu sekitar mei hingga jun ini..boleh la sekadar untuk menampung simpanan bulanan..huhuhu..



Thursday, February 12, 2009

Politik dan Politik

penat sungguh belek-belek surat khabar dua tiga hari ni..buka blog pun macam tu la jugak..orang ni kata macam ni orang tu kata macam tu..siapa betul siapa salah Allah je yang tau..tapi kalau diikutkan dalam politik tak ada dosa tak ada pahala..hari ni hang boleh jadi kawan aku tapi esok lusa belum tentu hang boleh terus jadi kawan aku silap-silap hari bulan hang jadi musuh aku dan yang pernah jadi musuh tu esok lusa boleh jadi sahabat aku pulak....itu lah erti sahabat dan musuh dalam politik..nasihat bagi yang terlalu tulus,lurus dan bendul tak perlu lah terlibat dengan politik..kerana manusia yang seperti ini akan mudah tersungkur tak kira berapa kali..walaupun pernah berdiri teguh dan gah pada suatu masa...pada yang menganggap politik itu kotor maka jauhilah dari melukut di dalam dunia politik..kerana manusia yang terlibat dengan politik tidak pernah akan merasakan politik itu kotor mahupun menjijikan..kerana semua ini adalah mainan manusia yang bergelumang dalam politik..jika anda menganggap diri anda terlalu alim, putih bersih dan suci maka jauhi politik..kerana mungkin kotor itu sedikit sebanyak akan terpalit atau tercalit kepada anda..anda yang alim lagi suci putih bersih dari dosa itu tidak akan mustahil untuk mendapat dosa yang dicipta oleh fantasi politik jika anda terus mendekati politik yang anda anggap kotor..yang anda anggap jijik kerana tidak faham hukum karma berpolitik biarpun dalam negara anda sendiri...politik yang kotor lagi menjijikan ini adalah tanggapan khas yang diberikan oleh mereka yang alim lagi suci bersih dari dosa diatas dunia kepada perkara-perkara yang lazimnya berlaku dalam politik..dan perlu untuk diingatkan kiranya tiada istilah kotor dan jijik seperti yang dianggap oleh mereka yang alim lagi suci bersih maka ianya tidak akan dinamakan POLITIK..
Bagi mereka yang banyak menganggap itu dan ini tidak kena,tidak sah, penindasan dan bermacam-macam lagi digalakkan agar berhenti menyebut tentang politik..kerana anda tidak faham apa itu politik..politik tidak akan pernah kenal siapa yang tulus,lurus bendul,alim,suci lagi bersih..politik tidak akan pernah mengenal siapa-siapa..kerana dalam politik siapa yang bijak, berkemampuan maka dia yang mendapat habuan...
Hentikan omong-omong dan angan-angan untuk membersihkan politik dari kekotoran dan kejijikan..kerana anda membuang masa, anda bazirkan masa yang sepatutnya diperuntukan untuk keluarga anda dengan omong-omong dan angan-angan membersihkan politik..kerana politik tidak akan pernah endah kepada omong-omong dan angan-angan anda..cuma yang ada siapa yang mematuhi syarat kekotoran dan kejijikan maka dia yang politik johankan..
Jauhi politik jika anda tidak faham apa itu politik dan menganggap politik itu kotor jijik dan sebagainya..dekati politik kiranya anda rasa anda punya kebolehan dan kelebihan menambahkan kekotoran dan kejijikan serta memenangi hati politik...

Sunday, February 8, 2009

Sembang Politik Lompat-lompat


Gawat..gawat..astagfirullah al azim..

tentunya ramai yang menyedari dan mengambil tahu tidak kurang yang terasa berada di zon selamat dan juga tidak kurang yang merasa begitu tidak puas hati dengan apa yang melanda politik Perak baru-baru ini..
Selasa, tepat jam 8 malam..aku terima pesanan ringkas dari seorang sahabat yang selalu membincangkan topik politik dan ekonomi dengan aku semasa jadi pelajar ijazah sarjana muda tidak lama dulu..


Sahabat : Weh betui ka Pakatan rakyat Perak dah bubar?


Aku : Ye ke? sebelum ni ada la dorang duk sebok2 nak lompat parti...dah lompat ke?


Sahabat : dengaq citer mcm tu la..hang tak tau ka?


Aku : hehe..aku ni bz skit dua tiga ari ni..xdan nk amik tau perkembangan politik weh..xpa kita tunggu sok depa nak kata ape lak..


macam tu la lebih kurang apa yang kami mesej malam tu..tak sempat nak sembang panjang pun sebab masa tu aku tengah ada kuliah Prof Ahmad Atory..tapi memang betul berita keesokkan harinya keluar ada dua tiga orang wakil PKR lompat masuk BN..kecoh la juga setiap kali kuliah aku minggu lepas..topik panas macam pisang goreng..maklum la..coursemate aku ni kebanyakannya orang yang dah mature...dan ramai pegawai kerajaan..dahtu ape lagi..bertalu-talu la soalan yang di tanya kepada pensyarah..ate kami yang muda-muda ni susah benor nak menyampuk..alih2 kami bagi komen antara kami je yang muda-muda ni..

Compilcated juga la politik perak sekarang ni..mana taknya orang yang diharap bakal bawa sinar harapan kepada pakatan alih-alih lompat balik ke parti asal...ibarat pipit pulang ke gangang laa..tapi benor yg lompat partinye si adun bota msk PKR 11 hari, nik aziz sendiri keluar fatwa politik kata tindakan melompat parti adun bota itu adalah bijaksana..dahtu la ni jadik lain pulak..yang dua tiga orang adun lain tu betul ke lompat parti? keluar parti ke? ke tersingkir dari parti? aku orang perak sendiri pun confuse ada, seronok ada,tak confident,risau,sedih dan tertanya-tanya semua ada...curruption, rasuah merupakan perkataan yang duduk di rank tertinggi la bila terjadinya perkara-perkara macam ni tapi bahasa manis bagi orang politik ialah politik wang..

Keesokannya ramai yang anta mesej dan call aku tanya pasal apa jadi kat perak..antaranya kawan aku yang tadi ni call aku terus...excited betul sahabat sorang ni..


Sahabat : Weh, hang tengah keja ke?
Aku : A'ah baru sudah..awatnya?
Sahabat : Tahniah la perak dah dpt ke BN balik..

Aku : Hahaha..kalut betui perak la ni..dengan aku aku sekali jadik gaya wakil rakyat orang ramai duk call cakap tahniah..hahaha..kedah bila lagi weh?hehe

Sahabat : amin...bakal wakil rakyat la hang nanti tu..jgn lupa aku plak..hahaha..kedah ni tak tau laa..apa nak jadi..makin teruk dah..tak dak perubahan langsung..sapa tak tau yang gatai sangat pi mengundi depa ni..tak sedaq diri betui..weh,depa ada bayaq ka main lompat2 ni?

Aku : Hahaha..tak pa la nama pun politik, gitu la gayanye..ada naik ada turun..bayaq la kot..** juta sorang agaknya..hehehe..

Sahabat : La yaa ka? tak leh nak buat apa la noo..politik memang macam tu..PKR ada duit bayaq la 50juta plak sorang suh lompat balik..

Aku : Hahaha..main lompat si katak lompat la plak..tak tau la aku ckp ja..dengaq khabar angin gitu laa..betui tak betui Tuhan je la yang tau..tapi aku rasa kalau tak bayaq pun depa lompat jugak kot..sapa tahan dok dengan Anwar tu weh..pedih punggung...hahaha..

Sahabat : Hahaha..betui jugak tu..yang bekas MB tu derhaka kat Azlan apa kes?siap nak saman2 lagi.. berani betui dia..
Aku : Biasa la tu..dah sah2 la dia tak boleh nak terima kenyataan..camry pun baru pakai 4 5 hari..dah tu nak kena letak jawatan mesti la kawan frust..kira berani la mamat ni mohon menderhaka pada sultan..mustahil la tak tau apa akibatnya..yang nak saman2 ni semua idea karpal singh tu..nak porak peranda melayu cepat je dia cucuk jarum..heran juga aku kata peguam..tak kan tak tau undang-undang perlembagaan kot..budak tingkatan 3 baya adik aku pun paham dah..sultan tu xdak sapa-sapa boleh kacau..
Sahabat : tu aar aku pun tak paham juga kalau si nizar tu ikut memang bangang ler..sia2 balajaq tinggi2..

Aku : dia balajaq tinggi pun bidang lain bukan bidang pentadbiran,politik atau econ..hihihi

Sahabat : ermm,,tapi teruk la aku tengok dalam berita pas wat demonstrasi..macam orang xdak iman..kita yang org islam ni rasa malu dah la berjubah kopiah putih tudung labuh..tapi buat perangai gitu..tak leh terima aku..siap baring2 atas jalan dengan jubah putih lagi..rendah sangat ke harga islam tu..tgk paper mcm tak percaya je benda tu jadik..

Aku : ermm..kadang2 paper ni tak leh pcaya 100% gak...apa yang jadik lagi teruk dari apa yang depa tangkap gambaq tu..hahaha..nak buat macam mana emosi dah mengusai..depa kena belajaq berlapang dada dengan qa'naah la..

Sahabat : pak lah p mana duk senyap ja..x nampak batang hidung pun..

Aku : uish,,mana la aku tau.. dia pantau dari jauh la kot..pak lah pun tak sehaluan dah kot..

Sahabat : tak sehaluan?awat lak?

Aku : ye la...umno semua duk tekan dia suh letak jawatan..bulan 3 ni najib la naik..pastu timbul lak isu sapa nak jd TPM..najib dah tentu nak bawak muhyideen yassin, tapi mesti paklah tak setuju punye..tgh dok fight la kot tu..tu yang dok nampak muke najib je yang beria-ria dok back up umno dalam politik perak ni..hahaha..citer bab politik ni sampai sudah pun tak abeh..berkait la semua..yang dok senyap-senyap tu kadang-kadang jadi duri dalam daging..yang dok senyap tu pandai..depa antaq gurkha depa je bagi settle...hehehe..

Sahabat : huh..pening noo..macam mana la hang boleh amik paper politik..haih..

Aku : ala toksah duk pening-pening la..Semua yang jadi tu ada reason..pandai-pandai la kita nilai sendiri...yang penting jangan lupa sejarah..belajar dari sejarah..

Sahabat : tu la..aku ni tak kesah je sapa2 pun naik asal tau tanggungjawab pada rakyat..tapi tu dia laa kedah ni duk lagu tu jugak..makin teruk ada la..

Aku : hehehe..tunggu hang la pi jadi wakil rakyat..untung-untung dapat jadi MB boleh la bwk pembaharuan skit...hihihi..jgn main lompat-lompat lak..hahaha..

Sahabat : hehehe..insha Allah..boleh lak main lompat-lompat..

Aku : itu lerr..ate sampe ade ler blogger tu buh gambor yg kaler ijo suke lompat dgn suke panggei ujan tu.. punya la deme ni suke benor same kan manusia dengan binatang...haih..

Sahabat : biaq la..Allah tu Maha Besaq..

Lama juga la kami sembang hari tu..apa2 je la..pada yang berjaya kita ucap tahniah ..semoga dapat jalankan tanggungjawab pada agama bangsa dan negara..yang tumbang tu mintak redha la dengan ketentuan Allah..belajar muhasabah diri semak balik kelemahan diri..nak salah kan orang lain pun tak guna..salah sendiri..siapa yang pada mulanya terlalu suka bila ada yang lompat parti..hati-hati dalam bertindak buat benda biar beradab bukan biadap..bagaimana kita melakukan begitulah kita akan diperlakukan kelak..

dari permatang pauh ke terngganu,dari terengganu sampai ke perak..lepas ni mana pula agaknya yang akan kecoh..nak buat malaysia tour agaknya..



Saturday, February 7, 2009

A Note For My Friends

The first time I chose that path, I thought that ‘everything is gonna be alright’. But when I came down to that road, everything did not make any sense to me. I was no myself and nobody. “Am I right to choose this path?” the only thing in my mind. Until I finally met them, they did not leave me alone in the darkness, they understood me and, made everything came back to my small sense. Oh, Dear God! Thank you so much for giving me such wonderful friends. You knew that my life would be difficult when I had to go and live alone without anybody in a strange place. But until I met those people, I knew, I truly knew what a beautiful life I had. Without them, I won’t be myself today. Without them, I won’t grow up and be a strong person. Without them, I might now be still in the darkness. Thank you, God, for giving me a generous gift. They always be there when I am down, and encourage me to stay positive and have fun. With them, I now understand the meaning of life. I hope that this miracle will always happen in my life. I want that we all stay together forever. But I guess I am too selfish to ask for that. I know somehow it will end somewhere. I am going to miss all those fun we had, and the stupid things we made. But what am I going to miss the most is all of you. Life is going on and so do we. People say that friendship will last till the end. God, my only prayer now is please say that it’s true. Till we meet again later, my friends. You are the best that I ever have.