Tuesday, November 25, 2008

corat-coret cuti sem..










Bergelar pelajar post graduate di universiti sains malaysia merupakan suatu pengalaman baru setelah 3 tahun bermusafir sebagai pelajar under graduate. kini "kemusafiran" itu ku sambung demi untuk bergelar pelajar sarjana pendtadbiran awam..namun ia agak memenatkan, biarpun seribu satu macam pengalaman yang telah aku peroleh..maklum lah lapangan yang aku ceburi memerlukan aku untuk mengetahui semua perkara yang sepatut dan tidak sepatutnya aku ketahui..jika pelajar fizik, kimia dan biologi membuat kajian di dalam sebuah bilik yang dipanggil lab selama beberapa jam dan menghasilkan report,tapi bagi pelajar pentandbiran awam kajian kami adalah dalam lapangan sosial masyarakat itu lah lab kami,dan masa yang diperuntukan adalah sepajang masa tanpa had jam.. jika dari kecil aku minat membaca buku-buku seram bersiri hadi dan siri salma yang hampir kesemua siri aku baca,berserta komik-komik doraemon dan majalah ujang tapi kini buku-buku yang menjadi koleksi peribadi ku bertukar menjadi buku-buku politik bermacam-macam content..siri novel cinta juga telah lama tidak lagi aku sentuh..mungkin zaman-zaman itu telah lama berlalu untuk aku..bak kata orang just move foward..



Pergilah mana-mana saja student public admin akan bercerita tentang kesukaran yang di alami...hinggakan orang-orang yang tidak terlibat juga lebih petah menyebut nama-nama pensyarah-pensyarah pentadbiran awam seperti Dr.Lim Hong Hai dan juga Dr Chin dek kerana selalu sangat bercerita tentang subjek-subjek yang mereka ajar..




Baru ni kami pergi ke padang besar..hajat pada mulanya cuma kami berlima tetapi last2 minute Abg Azhar dan Mr Xaviers nak bawa wife masing..benar lapangan luar lebih mengeratkan lagi ukhwah kami berbanding dalam kelas..hajat awal juga ingin melepaskan rasa tekanan yang dialami setelah satu semester mengikuti kursus ini..tetapi student partime yang dua orang ni memang tak habis-habis cerita tentang belajar, belajar dan belajar..sampai naik tension la akak berdua tu..hahaha..bagaimanapun hakikat yang dapat aku simpulkan disini aku memang tabik spring la pada mana-mana student partime yang ambil kursus sama dengan aku ni cekal dan tabah..betul kata seorang pensyarah pendidikan yang aku jumpa di subaidah tempoh hari..student yang bekerja dan student yang belajar sepenuh masa sivic minded nya lain..mereka akan rasa rugi jika peluang yang ada tidak digunakan sebaik mungkin untuk mengecapi kajayaan kerana bagi mereka ini peluang kedua dan mungkin tiada peluang ketiga...
Bagaimana pun kami mungkin bertuah kerana dipilih menjadi student usm dan sekaligus universiti ini dikurniakan taraf universiti Apex..namun begitu, tidak dinafikan kami juga mangsa kepada universiti Apex..banyak perubahan yang berlaku dan menyebabkan kami menjadi mangsa..begitu banyak pensyarah-pensyarah yang terlalu gah dan taksub dengan taraf universiti Apex sedangkan ianya baru sekadar acuan yang entah bila akan menjadi kuih..demi menjaga taraf dan standard universiti Apex kami menjadi mangsa kepada perubahan-perubahan ini..keghairahan dan ketaksuban ini mungkin akan menyebabkan ada nilai-nilai kemanusiaan yang akan mula diketepikan kelak kerana kita terlalu tumpukan kepada sesuatu perkara yang belum pasti..cuma tunggu dan lihat..kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita..


Dan kini aku dah kembali ke rumah ku syurgaku..ahah..bila dah balik rumah bermula lah rutin aku yang memang suka memerap di rumah sampai habis cuti..laptop dan kabel internetlah yang menjadi peneman setia aku di kala memerap di rumah...hihihi..so have a nice day...

No comments: