Friday, November 28, 2008

Permulaan Baru


“Baru 2 hari balik rumah esok dah nak balik dah? Tak panas pun punggung tu lagi duk rumah ni”..huhu..antara kata kedua orang tua aku..lepas aku menyatakan hasrat kembali ke kampus jumaat ni untuk satu interview jawatan sebagai pembantu penyelidik di USM di bawah penyeliaan Dr Aishah Knight Abd Shattar. Seorang pensyarah di Pusat Perubatan dan Pergigian Termaju USM Bertam kalau tak silap aku.,Berdebar juga jantung ni..ye lah orang tak pernah kerja sebelum ni pengalaman interview pun adalah satu dua tapi setiap interview lain caranya lain pengalamannya..yang ni entah macam mana la pulak gayanya..interview dengan ahli akademik mungkin cukup mendebarkan buat aku tapi mungkin juga lebih senang di interview oleh ahli akademik berbanding CEO sebuah syarikat kerana aku berada di bawah lapangan akademik jugak sekarang ni..huhu..malam sebelum interview aku masih di rumah..mulanya nak balik malam tu..tapi setelah difikirkan semula malas la pulak..lebih baik aku gunakan masa yang ada untuk mencari sedikit maklumat tentang penyelidikan bekalan untuk di interview esok. Sebenarnya jawatan ni di rekemenkan oleh seorang sahabat pada aku Fatehah nama glamour Phat…kebetulan Phat dapat kerja lain dekat seberang jadinya aku ni menggantikan tugas si Phat ni lah…criteria yang diperlukan adalah perempuan, melayu, student, berkenderaan, tahu selok belok jalan penang dan bergelar student..hehehe..kiranya semua ni adalah pada aku..hakhakhak…macam mana pun masalah jugak..sebab aku ni tak ada pengalaman sangat setakat pengalaman mengajar sekolah budak buas tu adalah..hehehe..tapi kemahiran-kemahiran penggunaan program computer macam spss dan seangkatan dengannya agak kureng la sikit walaupun ada je aku belajar tapi tak de lah se’ detail mana pun..setakat tau nak masukkan data dan klik je la..kehkehkeh…tapi phat kata dia pun tak tau apa-apa jugak dan sampai sekarang memang tak tau..huhuhu..bila aku tanya dia apa yang Dr Aishah nak tanya aku ni..dia pun tak tau tapi dia nak tengok kebolehan komunukasi aku la agaknya sama ada boleh tak nak pergi sembang-sembang dengan pesakit Breast Cancer..ye lupa pulak aku nak bagitau penyelidikan ni tentang barah payudara “The Socio-economic Impact of Breast Cancer on the Female Patients and Her Family in Penang and Kelantan (Gerant RM74’490.00)..haiihh..pening jugak lah aku malam tu..ye la aku ni kan ke pendiam..(Kehkehkeh) tiba-tiba lak nak bertukar karakter menjadi seorang yang peramah dan boleh berkomunikasi dengan orang lain tambah-tambah yang baru kenal dan menderita kesakitan…huhu..entah lah..tapi makin lama aku jadi minat pulak nak jumpa minah salleh celup ni…hahaha..Phat kate dia ok..sempoi but very sharp and formal..ahaks…adeh lemah aku..speaking dah lah tungang terbalik aku ni.,.hahaha…but by da way..sebelum melangkah berjumpa dengan dia..aku kata dalam hati..” rugi besar kalau tak ambil aku kerja dengan dia” ..ahaha..bajet bagus la pulak..tapi tu lah satu-satunya prinsip dan motivasi yang aku selalu pegang dalam diri aku sebagai pengubat kekecewaan dalam apa pun keputusan interview yang aku pergi..bukan aku yang rugi dia yang rugi..hahaha..poyo..
Alhamdulillah…aku dapat kerja tu..tapi bermulalah satu lagi tanggungjawab yang agak membebankan..tambah-tambah aku tak de pengalaman langsung dalam research….study pun paper research la yang paling hampeh sekali dalam banyak-banyak result aku..hahaha..finally I get this job..huh..thank God..research ni akan berjalan selama lebih kurang 1 setahun..kire ok la..mane tau kot2 kena repeat paper atleast I have job..so far..1st day interview terus ikut Dr Aishah pergi keje..maknenya memang dah confirm la dapat…pergi jumpa orang-orang hospital dan Dr Aishah introduce aku as a New Project co-ordinator ganti Phat..haha…bangga siot..look like professional..tapi malu gak la..sebab tak tau apa2..adehh..nampak sangat blur..sengal betul..huhu..harap-harap dorang faham la aku budak baru belajar…huhu..ermm..before this kerja ni tak teruk sangat sebab research belum jalan..but after this research dah nak start..so beban kerja ke aku la nampaknye..overall Dr Aishah was a nice woman very clumsy but friendly..hahaha..and the other one Dr Yen..we have meet once..and definetly..sempoi…aku je la yang pendiam sikit…al maklum la baru kenai..kehkehkeh…so far hopefully everything gonna be ok…for this month aku di train oleh phat dulu then next month I will take over all of the project..ewahhh…takutnyeee…huhuhuh..by da way thiz is a new begining..n its such a long way..

Tuesday, November 25, 2008

Terlintas Kagum


setelah aku tenang-tenang blog ni..rasa lama dah tak post entry..sampai dah naik bersawang dah..sebelum ni banyak je cerita yang menarik yang aku nak kongsi..ye la lepas habis exam hari tu memang merata aku pergi dari mandi laut, sungai sampai la ke sempadan siam..tapi tu la..masa tu memang semangat ingat nak post entry tentang semua tu..tapi bila buka je laptop tak boleh connect wireless..tension betul dan lama kelamaan aku rasa kan cerita tu dah basi..dan tiada lagi keseronokan..hihihi..hatta membuatkan aku sekarang tak tahu nak post tentang apa..otak kosong..hehehe..
Disebabkan otak ni kosong..aku mengambil kesempatan untuk tenang-tenang blog-blog yang dah lama aku tak buka..sungguh up to date blogger2 ni..banyak yang dah berubah ada yang dah tukar template baru..ermm..tenang punya tenang aku terbuka la satu blog member aku..dan aku tengok kat senarai member dekat blog dia ada address blog Dr Hasanah..yups..i'm sure ni Dr Hasanah yang pernah ajar aku paper Munakahad (institusi Kekeluargaan Islam) dulu..aku pernah buka blog ni dulu tapi dah lama tak jenguk...kami panggil dia ustazah Hasanah..ermm..aku tak tau la dia kenal kami ke tidak..sebab memang ramai yang ambil paper tu waktu aku ambil dulu..maklum la belajar bab nikah kawin ni memang la seronok tak ada la yang ponteng kelas..hihihi..tak ngantuk pun masuk kelas tu..hahaha..
Ustazah Hasanah..ermm..aku kira dia seorang yang cekal..masa aku ambil paper dia dulu..dia tengah sarat mengandung anak yang ke berapa aku tak pasti..dan kebetulan sungguh masa tu suami dia meninggal sakit kanser..kagumnya..ustazah muda ni masih datang mengajar tanpa sedikit pun mempamerkan riak sedih pada wajah biarpun hakikatnya hati yang menangis siapa yang tahu...ada beberapa kali hp dia berbunyi masa dalam kelas..dia kata dengan selambanya ni hp suami saya saya kena bawa sebab ramai yang call dia baru meninggal sebab kanser..begitu lancar ayat tu keluar dari mulut Dr Hasanah menyebabkan kami yang ada dalam kelas tu saling berpandangan antara satu sama lain..biarpun kami dah tahu cerita..Ya Allah tabahnya wanita depan aku ni..bukan kami taksub pada beliau tetapi terlintas rasa kagum di dalam diri masing-masing..masa tu aku final year buat degree bawah school of social sciences..sekarang aku dah sambung master.. dan di tempatkan di desasiswa tekun..kebetulan kalau tak silap aku dia felo tekun kot...sebab rumah dia kat tepi blok kami...kali pertama aku nampak dia depan lif dengan anak-anak dia..dan lepas tu aku selalu je la nampak dia kuar gi hantar dan ambil anak sekolah..tengok memang sedih...tapi berat lagi bahu yang memikul..tambahan pula mak ayah dia pun dah tak ada..anak-anak jadi permata hati..pernah beberapa kali dia senyum jumpa kami kat tekun..cuma kami je yang teragak-agak nak tegur..kadang-kadang ada juga kemusykilan tentang agama ada la mulut-mulut yang bagi idea suruh pegi tanya dia tapi sekadar idea je lah tak pernah pun pergi tanya..hahaha...adeh..berat sungguh kalau aku yang tanggung...tabah seorang wanita mungkin lagi tabah dari seorang lelaki..hee.. :)

blog dr hasanah---> http://drhasanah.com/

corat-coret cuti sem..










Bergelar pelajar post graduate di universiti sains malaysia merupakan suatu pengalaman baru setelah 3 tahun bermusafir sebagai pelajar under graduate. kini "kemusafiran" itu ku sambung demi untuk bergelar pelajar sarjana pendtadbiran awam..namun ia agak memenatkan, biarpun seribu satu macam pengalaman yang telah aku peroleh..maklum lah lapangan yang aku ceburi memerlukan aku untuk mengetahui semua perkara yang sepatut dan tidak sepatutnya aku ketahui..jika pelajar fizik, kimia dan biologi membuat kajian di dalam sebuah bilik yang dipanggil lab selama beberapa jam dan menghasilkan report,tapi bagi pelajar pentandbiran awam kajian kami adalah dalam lapangan sosial masyarakat itu lah lab kami,dan masa yang diperuntukan adalah sepajang masa tanpa had jam.. jika dari kecil aku minat membaca buku-buku seram bersiri hadi dan siri salma yang hampir kesemua siri aku baca,berserta komik-komik doraemon dan majalah ujang tapi kini buku-buku yang menjadi koleksi peribadi ku bertukar menjadi buku-buku politik bermacam-macam content..siri novel cinta juga telah lama tidak lagi aku sentuh..mungkin zaman-zaman itu telah lama berlalu untuk aku..bak kata orang just move foward..



Pergilah mana-mana saja student public admin akan bercerita tentang kesukaran yang di alami...hinggakan orang-orang yang tidak terlibat juga lebih petah menyebut nama-nama pensyarah-pensyarah pentadbiran awam seperti Dr.Lim Hong Hai dan juga Dr Chin dek kerana selalu sangat bercerita tentang subjek-subjek yang mereka ajar..




Baru ni kami pergi ke padang besar..hajat pada mulanya cuma kami berlima tetapi last2 minute Abg Azhar dan Mr Xaviers nak bawa wife masing..benar lapangan luar lebih mengeratkan lagi ukhwah kami berbanding dalam kelas..hajat awal juga ingin melepaskan rasa tekanan yang dialami setelah satu semester mengikuti kursus ini..tetapi student partime yang dua orang ni memang tak habis-habis cerita tentang belajar, belajar dan belajar..sampai naik tension la akak berdua tu..hahaha..bagaimanapun hakikat yang dapat aku simpulkan disini aku memang tabik spring la pada mana-mana student partime yang ambil kursus sama dengan aku ni cekal dan tabah..betul kata seorang pensyarah pendidikan yang aku jumpa di subaidah tempoh hari..student yang bekerja dan student yang belajar sepenuh masa sivic minded nya lain..mereka akan rasa rugi jika peluang yang ada tidak digunakan sebaik mungkin untuk mengecapi kajayaan kerana bagi mereka ini peluang kedua dan mungkin tiada peluang ketiga...
Bagaimana pun kami mungkin bertuah kerana dipilih menjadi student usm dan sekaligus universiti ini dikurniakan taraf universiti Apex..namun begitu, tidak dinafikan kami juga mangsa kepada universiti Apex..banyak perubahan yang berlaku dan menyebabkan kami menjadi mangsa..begitu banyak pensyarah-pensyarah yang terlalu gah dan taksub dengan taraf universiti Apex sedangkan ianya baru sekadar acuan yang entah bila akan menjadi kuih..demi menjaga taraf dan standard universiti Apex kami menjadi mangsa kepada perubahan-perubahan ini..keghairahan dan ketaksuban ini mungkin akan menyebabkan ada nilai-nilai kemanusiaan yang akan mula diketepikan kelak kerana kita terlalu tumpukan kepada sesuatu perkara yang belum pasti..cuma tunggu dan lihat..kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita..


Dan kini aku dah kembali ke rumah ku syurgaku..ahah..bila dah balik rumah bermula lah rutin aku yang memang suka memerap di rumah sampai habis cuti..laptop dan kabel internetlah yang menjadi peneman setia aku di kala memerap di rumah...hihihi..so have a nice day...

Sunday, November 9, 2008

In da Name Of L O V E



kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?,ketika kita menangis?,ketika kita membayangkan sesuatu?.Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT…Ketika kita menemui seseorang yang keunikannya SEIRING dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan CINTA.Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari…dan mereka yang telah mencuba. Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…


CINTA yang AGUNG, adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia, adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum seraya berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’.Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKANLAH dirimu…biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya…Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat. TEMAN SEJATI… mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’, menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’. Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’. Membuka pintu meski kamu BELUM menutup dan berkata ‘bolehkah saya masuk?


MENCINTAI… BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN. BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI. BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN. BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN. Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang. Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.. Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.


Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahwa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai.MELAINKAN… BERJUANGLAH demi cintamu. Itulah CINTA SEJATI. Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.

Saturday, November 8, 2008

Sujud yang Panjang


ya Allah...pelihara kasih sayangku...pelihara kasih sayang diantara kami hamba Mu...ya Allah aku terlalu menyayangi insan-insan ini..pelihara kasih sayang ku terhadap mereka agar tidak melebihi kasih sayang ku pada-Mu ya Allah...sayang ku membara kala ia tidak menerima,kerna yang terlalu disayangi manusia adalah yang terlarang baginya...pelihara aku dari ini ya Allah..kerna aku menyedari siapa sahaja yang sayangnya tercurah pada selain Mu, tidak akan dapat ia gantinya..walau alam semesta menjadi miliknya...ya Allah..berteleku aku pada sejadah beserta sujud yang panjang mohon pada Mu dengan sangat, memohon redha Mu, pelihara kasih sayang diantara kami, pelihara keabkraban antara kami, pelihara ukkhuwah ini ya Allah agar tidak melebihi kasih sayang dan cinta pada Mu yang Agung..amen..

Pagi yang Cerah..












8 november 2008...
setelah semua mengalami tekanan yang amat sangat dalam minggu peperiksaan kali ni...kami buat keputusan untuk pergi bersuka ria sambil berposing sakan sebagai batu loncatan untuk meneruskan usaha menelaah pada malam harinya..(kononye laa..) hehehe..pagi tu seawal jam 7.30 aku, jue n mar dah kuar dari usm..hajat awalnye nak ke batu feringghi...tapi rasa macam jauh la pulak..last2 kami ikut la rancangan mar pegi kuil..hehehe..keje gile gi kuil pagi2 buta..masjid tak mau p...haha...kuil kek lok si ni sebenarnya famous jugak la kat penang ni dalam peta tempat-tempat pelancongan..dekat2 area bukit bendera sana...lagipun dekat sikit dengan hospital sebab destinasi seterusnya ada melawat ada seorang "pakcik" tu masuk hospital kena demam denggi...hehe..kami p kek lok si tu pun sebab nak tgk org jual2 kat jalan sepanjang tangga nak panjat kuil tu...








memang banyak laaa jual baju2 ni dan harga murah dari mula2 harga rm25 boleh turun sampai rm4.50 memang merepek betoi peniaga2 ni...tapi kena hati2 jugak la kadang2 dorang ni tipu je...lalu kat kedai2 ni teringat lak night market masa pegi hong kong dulu..lebih kurang tu la perangai peniaga2 dia..tapi hong kong lagi ganas laa...







tapi malang nya wktu kami sampai tu...kedai2 ni tak buka pun lagi..awal sangat..hehehe...kami pun panjat je la tangga p tengok kuil...sampai2 lagi kami di sambut oleh beratus2 kot kura-kura dalam kolam tu.perghh..banyak gile...macam2 saiz...tepi kolam tu ada la cina jual kang kong..singgit satu ikat..dia siap habaq lagi kalau bagi kura-kura ni makan boleh bagi panjang umur...tah betol tah tidak cina ni...hahaha...dengar boleh la percaya jangan sekali..kadang2 hidup lame2 pun mnyusahkan orang masalah jugak..huhuhu...aku pun beli je la kang kong tu..saje je sian tgk kura2 tu tak breakfast lagi...hahaha...
pastu kami pun terus la naik p atas..ermm terasa la macam dok kat zaman2 puteri hang li po dulu kot...tapi ni kuil buddha laa..sbb patung buddha besar2 tu bersepah2...rasa mcm dekat china pun ada..hehehe...tak de ape sangat pun atas tu..biasa je..tapi bagi pelancong mungkin menarik la kot...kami pun saje2 je pegi nak buang masa...memang posing sakan la sepanjang jalan tu..tak de satu scene pun yang missed..hehe..





penat2 posing kat atas tu..kami pun turun..haa masa turun tu dah dalam kol 9.30 kot...baru la kedai2 tu buka...rumate aku ni sempat jugak la sambar baju tido sepasang...ermm...
kami terus ke destinasi seterusnya untuk mengisi perut...kura2 dah bagi breakfast...kami je belum breakfast lagi...hehe..kiteorg breakfast kat roadwalk...roadwalk ni dekat2 dengan stadium penang..area2 jelutong jugak laa..roadwalk ni memang famous dengan pasar dia..jual macam2 jenis buah, baju, hp seconhand, barang2 antik, jual ubat,cermin mata, alat solek...semua laa ade...cakap je ape...semua ade jual..harga boleh tahan laa harga pasar..disebabkan keteringinan yang amat sangat dan kelaparan yang mendesak kami pun pegi breakfast...teringin nak makan nasi lemak..sedap jugak..mar makan mee hokkien..jue lak makan roti bakar je..ekekek...



erm..lepas dah makan dan pergi beli buah anggur...kami ke destinasi seterusnya iaitu hospital besar p.pinang..awal pulak tu sampai kol 11.30..waktu melawat kol 12.30..ingatkan kol 12..terpaksa la melangut dulu kat hospital tu...tepat jam 12.30 mak guard tu bagi la masuk melawat...huhu..dah ok dah demam "pakcik" ni...cume dokter still duk ambik darah lagi..air dah berbotol2 masuk...huhu..ye la dah dua minggu demam tak hilang2 daripada suspek denggi sampai kompem denggi laa...huhuh..esok lusa kuar la tu..hehe semoge cepat sembuh laa...
dalam pukul 1.30 p.m kami pun bertolak balik..huh..penat gile..balik2 tu semua terbongkang tido sampai ke petang...huhuhu...
atleast hilang sikit la tension kiteorg kot...ye la sebelum2 ni tak penah rasa down sangat2 pasal paper mcm minggu ni...adeh..baru sedar juga rupenye banyak lagi tempat kat penang ni aku tak penah jejak dah nak masuk 4 tahun duk kat sini..hehehe..

Tuesday, November 4, 2008

ExAm wEek..


1st paper start semalam isnin 3hb..huh..memang tak pernah la ambik exam rase cuak macam ni..padahal ambik exam kat school je pun dalam bilik yg memang kiteorg dah biasa sebab kuliah kat situ..tapi cuak die mashaAllah...Tuhan je la yang tau...huh..memang susah la study kali ni..tak boleh dah nak dinafikan..kalau rasa dulu susah..sekarang ni tiga empat kali ganda lagi susah...dah tak boleh nak selindung lagi dah...huhu..macam mana la aku boleh terlangkah ke sini..tapi nak buat macam mana dah terlangkah...takkan nak patah balik pulak..memang cari nahas la namenye...hehehe...takpe la teruskan je la setakat yang termampu..biasa la time2 exam mcm ni mula la semua rasa susah..mcm2 masalah muncul tiba2..org tu majuk org ni majuk..org ni terasa org ni kecik hati...itu ini..adeh...dugaan...hehe..huh...rindunye nak lepak2 kat umah...rindunye kat mak ngan ayah... :( jarang pulak la dorg call aku sekarang ni...ekekek..ermm..ape2 pn study la..tu yg plg penting...kalu nak dilayan emosi memang makin menjadi2..hehehe...gOod Luck utk semua...selamat menghadapi peperiksaan...semoga dpt hadapi dgn tenang...wish u all da best..