Monday, July 28, 2008

Trip To Jeniang c";)










haa...atas permintaan cik marhainie noor farhana, aku create la satu entry yg memuatkan gambar-gambar perjalanan kami ke jeniang kedah, bagi menikmati buah-buahan tempatan lantaran musim buah yang sedang rancak sekarang ni..hehehe....perjalanan ke jeniang iaitu ke rumah tuan rumah merangkap tuan punya dusun dan pokok-pokok buah-buahan yakni Shahida telah pun mengambil masa selama 1jam 30 minit macam tu laa...seronok gak bila dapat makan buah yang fresh dipetik terus dari pokok..hihihi









macam-macam buah ada..kira musim buah ni member aku ni kaya la..duit masuk..jadi tokei kebun yang berjaya la lepas habis study hari tu..mana tak nya pokok rambutan je tah bape puluh batang dia pajak kat org..tu belum masuk buah yang lain lagi..baru buah rambutan je..





hehehe..kira berjaya jugak la kawan aku ni mengcapai angan-angan kami nak jadi petani yang berjaya lepas habis belajar..cuma aku je yang belum tercapai lagi nak buka kolam ikan keli..hahaha..angan-angan je pun..



tapi ok la aku ada gak angan-angan mana tau kot tambah sikit usaha lagi boleh berjaya..hihihi siapa tau kan? kira ok gak sebab aku ada cita-cita daripada setengah-setengah manusia tu tau nak mintak je..bak kata pensyarah aku, takde benda yang kita boleh dapat free melainkan kita bayar harga untuk benda tu..hehe pastu satu lagi, kalau nak terus hidup jangan bagi ikan tapi bagi pancing ikan, kalau bagi ikan kejap je boleh habis, tapi kalau bagi pancing ikan boleh memancing lagi..hehe betul tak?!!

Monday, July 21, 2008

bila dakwah bertukar politik

jam di sudut bawah laptop sudah pukul 2.53 a.m...mata terasa agak segar, malam begitu sejuk. Saat ini otak penat menelaah artikel-artikel untuk kelas malam esok. Banyak sangat artikel lantas membuatkan aku mengambil keputusan untuk membaca artikel tersebut secara tebuk-tebuk..memang agak ralat baca tebuk-tebuk, tapi tak ada cara lain lagi dah terpaksa. Penat selak kamus dan sebagainya aku ambil keputusan untuk tenangkan otak dengan melawat blog sahabat-sahabat untuk mencari artikel yang boleh menaikan semangat untuk menelaah semula..lantas blog yang pernah menjadi kegemaran saifulislam.com aku buka dengan harapan ada lah cerita-cerita ustaz hasrizal yang mampu naikkan semangat aku, tapi sayang, artikel yang bertajuk "saifulislam.com disekat"..merupakan artikel terbaru dalam saifulislam.com telah menafikan harapan awal aku.

Benar, aku pernah meminati hasil penulisan ustaz hasrizal dalam blog tersebut, tapi minat itu mula terhakis sedikit demi sedikt masa musim-musim PRU dulu, pada masa tu aku terkejut sebab blog yang selama ini tempat aku beermuhasabah diri tiba-tiba jadi medan mengejar dan melontarkan impian dan angan-angan politik yang memang ada benarnya dan mungkin ada tidak benarnya..aku jadi bingung, aku faham, politik adalah sebahagian dari Islam, tapi bagi aku politik yang sebahagian dari Islam itu bukan jenis politik seperti di malaysia..masa tu kecewa juga, ye la sebelum ni memang minat sangat dengan artikel-artikel dalam blog tu terutamanya yang berkaitan dengan pengalaman ustaz, jika sebelum ini aku kenal artikel ustaz yang masih berlapik,berpolitik dengan menceritakan tentang kehidupan manusia dan ianya nampak menarik. Tapi bila ustaz terus terang bercerita tentang politik tanpa lapik aku jadi tak sefikrah dengan ustaz..tak tahu la kenapa, lantas blog tu bukan lagi menjadi blog wajib kepada aku semasa menziarahi blog teman-teman..aku jarang buka dan kalau aku buka pun aku pilih artikel yang menarik perhatian dan boleh memuhasabahkan diri. Tak macam dulu semua artikel aku baca sebab aku rasa menarik.

aku tak salahkan ustaz, cuma bagi aku, bila sesuatu yang kita harap itu tak dapat memenuhi harapan maka kecewa bertandang dalam hati. Macam tu juga bila medan dakwah yang sering membawa kita untuk bermuhasabah diri tiba-tiba terselit agenda politik yang tah apa-apa..kita mula beralih arah dan angin..huh...

Saturday, July 19, 2008

"ayah kata"...


Rasa nak menulis , sebab dah jarang-jarang post entry kat blog ni lantaran masa yang terlalu padat dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..tapi tak tau nak tulis apa..rindu nak balik rumah...ayah pun asyik call je minggu ni..memang ayah tak suruh balik tapi faham-faham la kalau dah tiap-tiap malam call...sorry yah bukan tak nak balik, nak sangat balik, tapi kalau balik satu kerja pun tak dapat nak buat..banyak sangat tugasan mingguan..tapi ayah kata takpa bila dah free balik la..entah bila la aku free agaknya..sebab tiap-tiap minggu ada je sebab yang boleh dijadikan alasan...ayah tanya lagi belajar macam mana, aku kata ok je..ayah risau kot sebab inilah first time aku belajar dalam bahasa inggeris utk semua subjek dan tugasan tak ada yang terkecuali..salah aku juga selalu je aku mengadu kat ayah yang susah belajar dalam bahasa inggeris..tapi bila dah belajar dua tiga minggu ok dah..kira dah boleh familiar dengan politic words and vocabs..cuma yang jadi masalah mungkin bila nak menjawab soalan bertulis..ayah kata jangan risau semua yang ada dalam kelas tu sama je..dalam proses belajar..tak perlu risau..ayah kata lagi practice make perfect..macam yang ayah selalu kata pada nana setiap kali dia training boling "tiap-tiap hari berlatih lama-lama boleh la"..
ermm..apa yang ayah kata selalu betul....mula-mula dulu aku nak futher study kat luar..ayah tak larang, tapi ayah kata kalau universiti dalam negara sama level dengan universiti luar baik buat kat dalam je..aku tau ayah tak bagi aku pergi jauh, ayah kata lagi, kalau belajar kat dalam sekurang-kurangnya ada rujukan dalam bahasa melayu..mula-mula tu aku tak setuju dengan apa yang ayah kata, nampak macam aku ni tak reti sangat bahasa inggeris walaupun hakikatnya lebih kurang macam tu la..tapi aku ikut juga apa ayah kata, aku sambung belajar dalam negara je..apa ayah kata betul lagi..walaupun belajar dalam negara je..tapi aku dapat rasa macam belajar kat luar..aku dapat rasa sama je level sebab tenaga-tenaga pengajarnya dari luar..apa ayah kata selalu betul..aku selalu boleh compare kualiti buku rujukan bm dengan bi dan aku belajar sesuatu dari situ...apa ayah kata betul lagi..
ayah sampai bila anakmu ini nak pandai berfikir macam ayah..sampai bila anakmu ini nak reti buat keputusan sendiri seperti ayah..huh..aku pun tiada jawapan untuk itu..kerana ayah dan mak adalah segala-gala bagiku..

Monday, July 14, 2008

Kuatkan aku hingga ke akhir..

ya Allah..
kuatkan aku..

kuatkan aku hadapi ini hingga ke akhir..
kuatkan sabarku hingga ke akhir..
kuatkan akalku hingga ke akhir..
kuatkan imanku hingga ke akhir..
kuatkan kudratku hingga ke akhir..
kuatkan ukhwahku hingga ke akhir...
kuatkan kasih sayangku hingga ke akhir..

ya Allah..
kuatkan aku hingga ke akhir...

Tuesday, July 8, 2008

Kelas Dah Mula

sorry guys..bz sikit after start class in this program..tak sempat nak nak update blog ni..because when it started, ianya menuntut seribu satu pengorbanan..tak boleh nak buat sambil lewa because its my journey...hahaha..kelas baru je tiga hari mula..tapi dah rasa agak penat..semangat tu memang bersemangat...tapi di sebabkan kelas-kelas yang dihadiri memerlukan seribu satu buah fikiran yang tajam dan pelbagai maka menyebabkan otak menjadi penat berfikir...tapi nak buat macam mana itu jalan yang dipilih..hehehe..ditambah pula dengan sedikit communcation problem antara student and lecturer..huhuhu..but overall memang best..mengajar aku bersikap lebih terbuka..dan boleh berbincang apa saja tanpa mengaitkan emosi..hehehe..

Saturday, July 5, 2008

No Topic

Alhamdulillah..Allah masih beri kekuatan pada aku setelah bertungkus lumus memahami prosedur pendaftaran master yang agak complicated. Kami sebagai local student ini saja sudah merasakan bahawa ianya terlalu comlplicated tambah pula student-student internasional yang memilih usm sebagai tempat mereka menuntut ilmu tentu lah dua kali ganda rasa complicated itu kepada mereka dengan pelbagai urusan yang perlu di selesaikan..macam mana pun aku tengok ramai juga tahun ini yang daftar sebagai student postgraduate dan kurang pelajar undergraduate yang diterima masuk..

Dalam masa dua hari semuanya selesai dari urusan online hinggalah ke urusan bilik desasiswa semua berjalan lancar...pada ketika ini juga aku tidak mampu untuk memikirkan tentang perkara-perkara lain..tentang siapa yang berperang tentang siapa yang bergerak secara senyap mahupun terang-terangan langsung tidak menarik perhatian aku..kerana bagi aku mereka semua sama..menang jadi arang kalah jadi abu..sama sama sombong dan sama sama bongkak..

Disebabkan hari-hari yang bakal aku lalui akan merencanakan lebih dari seribu satu kenangan aku agak merasa gerun..gerun kerana khuatir tidak mampu melakasanakan harapan ibu dan ayah..kerana mereka keutamaan aku pada tika ini..biarpun ini semua adalah impian dan cita-citaku sendiri tapi mereka banyak berkorban untuk anaknya ini..untuk kembali dalam perjuangan amatlah aku rindui kerana aku yakin dengan perjuangan yang dibawa..biarpun mungkin banyak sekali cacat cela mata-mata yang memandang, tapi aku tetap yakin, kerana jika kita tinggalkan perjuangan siapa lagi yang bakal merubah apa yang tak betul dalam perjuangan..aku tak mahu jadi orang yang hanya tahu bercakap dari luar itu dan ini tak kena tapi tiada usaha untuk merubah keadaaan..mungkin ini tanggungjawab kita..jadi jangan tinggalkan perjuangan..kiranya perlu berubah kita harus berubah..sekali lagi, untuk terus dalam perjuangan memang amat aku rindu..sahabat biarpun selepas ini mungkin jasad ini tidak upaya untuk bersama kalian tapi doa dan semangatku akan turut serta dengan kalian bersama perjuangan ini..

Selagi kudrat ini masih ada mintalah apa saja yang boleh aku beri..aku akan berikan kiranya aku mampu..kerana dari situ aku lahir dan aku harap kematian ku juga berakhir disitu..

Ramai yang memandang serong mungkin..tapi aku juga manusia biasa,aku juga mahasiswa biasa..biarpun berlainan perjuangan dan ideologi aku tak pernah membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan..semuanya sama bagi aku..siapa yang kenal kenal lah..tiada pernah aku membezakan apa-apa..kerana kad pengenalan yang aku bawa sentiasa menulis perkataan agama Islam sebagai agamaku..tak mungkin aku mencemarkan kesucian agamaku sendiri...matlamat yang sama cara yang berlainan..itu yang dapat aku simpulkan untuk semua ini...

Sebenarnya untuk entry ini aku hanya main tulis..tanpa sebarang isi penting yang dirangka untuk dikarang...main ikut kepala je..sebab itu aku sendiri rasa tak tersusun..kekangan masa menyebabkan aku begitu lemah untuk berfikir benda-benda yang aku rasa kurang penting..
Akhir kalam..terima kasih kepada sahabat yang banyak membantu dalam masa seminggu minggu pendaftaran hari itu..jasa baik kalian hanya Allah yang mampu membalas.