Monday, September 18, 2017

Bromo . Ijen . Malang

Assalamualaikum..
Lama tak update bersawang teruk..skill menulis pun dah hilang otak beku..aduii...last update 2015..hahahaha..ok lah tak nak cerita panjang just nak update a few travel story yang dah oudated..huhuhu..





By the way, early February 2017 aku dengan boss aku merangkap member aku sekarang plan satu trip ke Surabaya. Hajat hati nak repeat sunrise Bromo yang awesome tu..Yer aku dah pernah sampai Bromo dan sejak itu aku terindu-rindu Bromo sunrise..huhuhu.. But for this time langkah kaki terpanjang sikit aku dengan Shida panjangkan langkah ke Gunung Ijen dan Batu Malang.

Ok, trip kali ni tak berapa nak backpackers sangat sebab kami guna khidmat supir dan pakej.. kalau tak silap aku pakej yg aku ambik around RM800++ per person untuk 4 hari dari airport transfer, hotel, supir, pakej Bromo, pakej Ijen dan pakej ke Batu Malang bersamaan IDR2,800.000..hahaha gila mahal kan..sebab kami gi dua orang jer..tapi dia punya service tip top..Supir ada dua orang Mas Yudha dan Fendy. Dua orang ni layan jer kau nak ke mana pun.






Actually bukan tak nak ala backpackers, tapi pengalaman lalu mengajar aku yang kau akan banyak buang masa naik turun bas nego price dgn tah sape-sape dan menyebabkan kau tak sempat nak cover semua tanah surabaya tu.. But i think berbaloi la..tempat kat sana bukan dekat-dekat dengan kekangan masa yang ada. Lagi pun sebenarnya sejak aku tukar kerja di Ipoh aku tak banyak masa nak cari info pasal trip..sigghhh..Mar pulak tak ikot kali ni so aku berserah pada supir je laa..hahahaha

Ok berbalik pada cerita Bromo ni..Masa tu flight kami arrive surabaya dah malam..Mas fendy yang jemput dan terus bawak kami ke Probolinggo iaitu tempat di mana terletaknya gunung Bromo. kami sampai lebih kurang jam 12 malam di homestay Probolinggo..Sejuk tokssah cakap laa sebab ujan..pukul 3 pagi kiteorang dah kena gerak ke view spot utk sunrise. Di sini la kekecewaan aku bermula..hari ujan. Dan naik ke Penajakan 2 pun malangnye kabus tebal dengan ujan rintik-rintik..aduii kecewa kot..Paling kecewa sebab niat dah nak bawak shida tgk sunrise Bromo yg awesome depan mata tapi tak kesampaian..huhuhu sorry ok you..next time yea..hohohoho.. bila dah kecewa kami pun turun aje la sambil makan jagung bakarr...hahahah..lepas tu macam biasa supir akan bawak pusing ke pasir berbisik, kawah bromo dan bukit tulitubbies. Then balik homestay sempat tido jap 3 jam sebelum gerak ke kawah Ijen. lepas tu dalam keadaan sejuk ketor kena la mandi ayor macam ais tu..sejuk dia sampai ke tulang hitam oiii...











Perjalan dari probolingo ke Ijen ni boleh tahan jauh..lebih kurang 6 jam tapi dalam perjalanan tu sempat la supir ni bawak singgah ke air terjun mandakripura..kat sini kena pakai baju hujan..atau pun dalam bahasa indonesianya tas ujan..hahaha...malam kul 8 kot baru kami sampai hotel di ijen. Haiihh maaf la nama homestay aku dah lupa...hahaha maklum laa dah setahun berlalu semua benda banyak dah lupa..sorry la kalau tak membantu..hahaha.. Untuk ke kawah Ijen ni kami kena mendaki start jam 1 pagi..mendaki ok..kata hikers..huhhuhu..bersama dengan bapak guide lebih kurang jam 4 pagi kami sampai dekat atas gunung ijen. dah sampai ats nak kena turun pulak ke kawah sebab nak tengok blue fire. Blue fire ni adalah api yang terhasil daripada aktiviti mencari belerang oleh penduduk tempatan..kalau dekat bromo kami takde rezeki nak tengok sunrise tapi Ijen tak mengecewakan kami dengan Blue fire nye...memang kagum bile tgk dengan mata kepala sendiri..capture gambar pon tak secantik tengok sendiri. tapi time ni asap belerang tu usah cakap laaa..kebnyakan pendaki dibekalkan dengan mask..mask special ok..supaya tak tersedut asap belerang tu...kalau tak mau pengsan oii..waktu yang sesuai sekitar jam 5 pagi lps pada tu hari dah cerah tak nampak dah blue fire walaupun ada. Agak hari dah cerah kami pun naik balik ke ats..masa ni baru nampak batu-batu yang menggerunkan..sebab masa turun tak nampak apa..hahahaha..macam tak caya kau boleh panjat batu-batu ni..adoii kalau bapak kau tau mati laaa..hahahahaha tapi Ijen view memang padu. Cantik okeh..on the way turun kau akan nampak pakcik-pakcik tokwan-tokwan padu yang ulang alik bawak belerang..kagum kot..sehari berapa kali ulang alik.



























Turun dari ijen sebelum balik homestay Yudha supir kami bawak pusing-pusing air terjun dekat situ. Balik hotel breakfast dekat cafe then mandi terus siap gerak pegi Batu Malang. Malang ni pon boleh tahan jauh nye perjalanan 5 6 jam jugak..sampai Malang terus cari makan dan check in hotel yang tak ingat jugak hotel apa..hahahaha sebab semua supir tu yang urus. dah bayar kan malas pikir dah..Esok pagi tu di Malang kami hanya sempat ke coban rais..sempat la naik buaian dan hammock maut..huhuhu..sempat jugak pusing ladang apple orang..disebabkan flight malam jadi kiteorang sempat juga melawat kampung warna warni...hehehe memang colourful kampung dia...lepas tu terus kami gerak ke surabaya dan supir hantar kami ke airport untuk pulang ke Tanah air tercinta.. huhuhu..























Entry ni worse sebab banyak benda tak ingat..tapi nak jugak diabadikan dalam blog ni..antara trip rare sebab pergi dua orang je..thank you to shida sebab layan minat i nie..tapi trip ni agak rushing..tak sempat nak santai-santai feeling feeling tourist..hahahaha..next time ok kalau tak serik travel dengan kite la..hahaha

No comments: