AsSalamualaikum..
Tirai 2013 kian menutup tirai..banyak perkara berlaku sepanjang tahun ni.. dan banyak yang tak dapat nak disenaraikan satu persatu..yang seronok yang gembira tak kurang juga yang berduka dan bersedih lara...selalunya kata orang yang sedih-sedih tu tinggalkanlah..usah dikenang-kenang... memang kalau boleh tak nak semua ni berlaku tapi siapa kita nak melawan takdir.. jauh sekali nak menyalahkan takdir walaupun terkadang terdetik dalam hati kenapa semua ni perlu berlaku pada aku?
kenapa aku yang tidak dipilih untuk bahagia seperti orang lain? bohonglah kalau tak terlintas sedetik pun dalam hati.. namun mujur hati ini cepat tersedar dan beristighfar kepada Dia yang Maha berkuasa.
2013 mengajar aku erti sabar erti tawaduk, erti bersyukur, dan segala macam erti. Yang paling bererti pada tahun 2013 ini juga aku mula mengenal dan melihat indahnya alam milik Dia...melihat keindahan alam punya Rabbul izzati...segenap ceruk segala pelusok..namun masih banyak yang belum sempat diterokai dan dinikmati keindahannya. Terima kasih ya Allah untuk segala nikmat ini..
Terkadang aku malu pada Tuhan..kerna sering kali bersungut, kerna sering kali aku kufur dengan nikmat Allah swt, bila doa tidak termakbulkan kita langsung putus asa...sedangkan Allah itu maha adil, Allah itu maha pemberi selalu di beri apa yang sepatutnya diperlukan oleh hambanya.. Allahurabbi..
Terima kasih 2013, walaupun tahun ini agak mencabar sepanjang meniti dewasa namun masih ku gagahi jua menyambut lembaran 2014 dengan lapang dada dan hati terbuka.. 28 tahun meniti hidup suka duka.. segalanya ku rangkum kemas biar menjadi lipatan sejarah.. ada yang tahu maka tahulah, dan ada yang tidak maka menganggapnya aku seperti biasa dan ada yang tersalah percaturan diaggapnya aku seperti apa saja yang mereka inginkan.. walau apa pun anggapan kalian aku tetap seperti apa yang kalian kenal dan anggap. Cumanya aku cuba melakukan penambah baikkan agar diredhoi perjalanan ku manuju destinasi..
Wahai sedih, berlabuhlah engkau bersama 2013, terima kasih kerana mengajar aku erti redha, erti pengorbanan, erti persahabatan, erti persaudaraan, erti jatuh dan bangun, erti tabah hati, juga erti rendah hati beserta ego...
Wahai kegembiraan, teruslah engkau melangkah menyambut 2014 dengan berhati-hati agar tidak tersadung, tersasar dan terlatah dengan seribu satu dugaan mendatang...
No comments:
Post a Comment