Friday, September 20, 2013

Krabi Solo Travel : Kembali Rasa Bertuhan P3

Assalamualaikum :)

Setelah sampai ke hotel menaiki Baracuda tadi aku pun terus naik masuk dalam bilik...dalam hati duk tengah pikir apa nak buat petang ni..badan pun agak macam tak larat dan melekit-melekit sebab kena air masin..seketika aku baring sat atas katil sambil tengok-tengok gambar island hopping tadi..dalam hati sekarang jam baru 2.30p.m tak kan aku nak melepak dalam bilik jer sampai pagi esok..penat aku datang jauh-jauh rugi la kalau setakat cover island hopping 4 island jer...lastly aku bangun basuh muka yang melekit tu siap cincai cincai dan pakai baju dan seluar yang basah tu aku turun ke receptionist nak tanya pasal elephant trek.



Jam waktu tu baru pukul 2.40p.m...owner hotel tu try call company gajah ni..pung pang pung pang dia bercakap telefon at last dia cakap dekat aku.."Ok, they will pick you at 3p.m here "..aku pun ok sambil mengeluarkan 700bath bagi dekat dia untuk tiket. 

Memang tepat pukul 3.00p.m satu pick up datang ambil aku..tapi masalahnya bahagian depan pick up dah full oleh pelancong chinese dari Malaysia..terpaksa la aku duduk belakang pick up macam bangla kena angkut pi tempat kerja dengan dua budak chinese lagi...hahahaha..panas seh...tak dak bumbung kot...jauh jugak tempat ni..ye la habitat gajah kan tak kan dekat tengah pekan pulak...



Bila sampai jer kebun gajah ni..ekekek betul ke kebun gajah...huhu..ok bila sampai je tempat tu aku tengok ramai orang Malaysia duk tunggu giliran naik gajah ni..dorang ni satu bas mai..rombongan cikgu sekolah katanya dari Tapah..jadi jenuh la jugak duk tunggu dorang punya turn naik gajah...sambil-sambil tu aku dan la bersembang dengan kumpulan chinese tadi..dorang ni dari KL...semua perempuan..dan pertalian aku tak pasti ada anak ada sepupu la apa semua...ramah jugak..dan seperti biasa yang akan terkeluar dari mulut setiap orang yang aku jumpa...'Waaa berani ye you jalan sorang-sorang mai sini'...erkkk...aku bile dengar jer dorang-dorang ni cakap macam tu kat aku, nak je aku kata eh tak la..i datang dengan family tapi dorang semua tak mau naik gajah..huhuhu..tapi macam tak logik la pulak..tak tau la kenapa aku jadi segan bila dorang cakap macam tu...mungkin aku terlalu pikir persepsi orang kot...selalu yang aku terpikir persepsi orang kat aku adalah seperti :

""Oooo... budak ni mai sorang-sorang mesti baru lepas frust.. tak pun dia ni kera sumbang kot tak dak kawan..tak pun dia ni mesti tak dak orang nak kat dia atau mesti dia ni anak dara tua..sebab tu mai melancong sorang-sorang jer.."".hahahahah..



tapi tu persepsi aku jer terhadap anggapan dorang kat aku kan..tak semestinya dorang pikir macam tu..tapi memang aku segan jugak la kalau ada orang tegur aku or tanya aku...berani ye travel sorang../ tak takut ker melancong sorang-sorang...sedikit sebanyak mesti dorang ada persepsi sendiri terhadap aku sama ada positif mahupun negatif...ahhh..lantak ler..ada aku kesah..bukan aku gi dengan duit dorangkan..hahahahaha macam tu ler cara aku sedapkan hati sendiri..huhu..

Ok berbalik cerita elephant trek lepas habis jer turn dorang then tiba la turn kami pulak round-round naik gajah...macam biasa aku naik sorang la bersama dengan tuan gajah..aku pun dah tak ingat apa nama tuan gajah dan gajah ni..hehe..disebabkan aku naik sorang...mamat ni memang bawak pusing habis la satu kebun gajah ni..ye la tour untuk 1 jam kan...ada dua ekor gajah lalu jalan yang sama...gajah yang bawak aku dan gajah anak cina dua orang tadi...sampai tengah kebun ni..tuan dia ni buat hal turun dari gajah tinggai aku sorang-sorang pulak atas gajah tu...rupanya dia turun sebab nak tolong tangkap gambar aku..huhu..dia mintak camera dan dengan sesuka hatinya dia snap gambar aku bapak banyak..huhu..dalam hati aku terkena dah..mesti kena huluq tips la ni..tak pe je la..aku redho..setakat 100 bath ape la sangat kan...lagi pun sapa nak ambil gambar aku kalau dah jalan sorang-sorang macam gini..siap duduk atas kepala gajah ni lagi..memula aku geli jugak ye lah..makhluk bernyawa kan..panas jer rasanyer..



Tapi kan..ada satu perasaan  yang dapat aku fahami antara gajah dan tuan gajah ni...aku dapat rasa yg tuan dia ni mesti sayang sangat-sangat kat gajah tu...bila aku tanya dia ambik masa 9 tahun untuk train gajah tersebut ikut cakap dia...dan ternyata gajah tu hanya akan ikut cakap tuan dia..boleh dikatakan 9 tahun tuan dia ni habiskan masa bersama gajah tersebut makan, main, mandi dan jugak tido...mesti sedih kalau satu hari ada apa-apa berlaku pada dua-dua makhluk ni...sekarang gajah ni dah berumur 49 tahun..umur gajah boleh sampai 150 tahun kata nya...iyer mungkin hayat gajah ni masih lagi panjang tapi tuan dia?? tiba-tiba sebak kejap bila terkenang kisah antara dua mereka ni..iyer mungkin sesetengah akan kata ala gajah..binatang jer pon..tapi cuba bayangkan kalau gajah ni boleh bercakap..dalam tak boleh bercakap pun gajah tau tunjuk rasa kasih sayang, tapi manusia??



Betul moment ini adalah antara moment terindah menghiasi travelogku..walaupun hanya berkisar tentang seekor binatang besar yang dikenali sebagai sangat ganas..tapi seganas-ganas gajah mengamuk masih lagi mampu dilatih mendengar cakap dan berkasih sayang...

Dek kerana terlalu kagum dengan gajah aku tak sedar yang dah hampir sejam aku duduk atas gajah ni..sian dia dari pagi kot tak benti-benti bawak orang pusing kebun getah ni...huhu..dia bawak aku turun dan aku bagi la 100bath kat tuan gajah ni..tips sebab tangkap gambar aku banyak-banyak tadi..
Juga aku tak lepaskan peluang untuk beli gambar yang dorang print besor-besor and siap liminate..tambah lagi 100bath..huhu..lepas tu aku pun balik hotel kali ni dihantar oleh tut-tut pulak... :)

No comments: