Wednesday, September 18, 2013

Krabi Solo Travel : Kembali Rasa Bertuhan P2

Assalamualikum :)

Sambungan dari Part 1.. hehe..keesokan harinya tepat jam 6.00 pagi aku bangun tengok matahari dah naik..dan dah semakin panas..wahh..cepat sungguh cerah kat Thailand ni..Aku pun bangun mandi dan siap-siap seadannya lantas berteleku mengadap baki popia goreng yang aku beli petang semalam ada lagi dua ketoi..maka popia tu la jadik breakfast aku pagi tu..makan-makan sambil layan online dekat handphone sedar -sedar dah pukul 8 pagi..cepat-cepat aku siap sebab aku nak mintak tolong owner hotel call company bas yang aku beli semalamnya tu bagitau dia aku nak balik pukul 10 pagi..



Apa-apa aje yang ada aku snap dekat hotel tu...

Senarai tour dia kot..

Dalam 8.15 aku turun dan sempat la mintak tolong dia call company tu dan sekaligus mintak tolong dia book tiket aku dari hadyai ke penang dah alang-alang hang cakap siam dengan dia apa kata tolong aku book tiket sekaligus..pung pang pung pang dia pun cakap kat aku tiket to pinang (sebutan baku okeh..) around 450Bath...aku terus je angguk walaupun aku tau itu agak mahal..sepatutnya dalam 350 ke 400Bath jer...disebabkan aku malas nak cari yang lain maka aku pun ok kan aje la harga tu..Lepas setel pasal tiket aku sempat sembang-sembang dengan dia aktiviti untuk hari ni...saja tanya pendapat dia aku punya tour island halfday jer sampai 2.30 p.m jadi lepas tu apa lagi aktiviti aku bole buat..dia pun cadangkan aku untuk pergi elephant trek dalam 700Bath (kalau kat luar terus ke company 650Bath) dia kata ada satu company ni je yang ade trip pukul 3.00 p.m yang lain semua trip full day..risau takut tak sempat aku kata aku booking lepas aku balik island hopping la..tanpa banyak songeh dia pun angguk jer tanda boleh..sekali lagi dia duk suruh aku join night market pakej tu..mai time dia ni dah naik 300Bath la pulak...semalam pempuan tu diskaun 250Bath..yang tu pun aku cakap nanti la tengok keadaan...


Let's go bebeh.. : )


Bas antik kat Malaysia dah susah nak jumpa..

Duk sat lepas tu ada orang mai cari aku untuk island hopping 4 island tour..yang pelik aku tak nampak van ke tut tut ke..rupanya dia bawak bas daaa..mcm bas sekolah tu...dia kata sebab ramai terpaksa bawak bas...dan aku orang first dia ambik..aku pun ok-ok kan aje...naik bus ada pakcik driver bus tu bagi salam owh..muslim rupenya..aku pun naik dan follow la untuk amik peserta seterusnya..hehehe..




Ondaway nak naik speed boat.

Lepas dah pi kutip semua orang then kami pun pegi la ke tempat sepatutnya untuk naik speed boat..owhh lupe..yang aku booked ni adalah speed boat..ada satu lagi dia panggil long tail boat yang tu lebih murah dan lambat sikit...hehe so aku naik speed boat..tapi ada pelancong india mari tu dia suruh tekong boat pi slow speed..ahahaha..aku nak gelak pun ada...tercengang tekong tu...hahaha..ok untuk island hopping tour 4 island ni biar lah gambar yang berbicara yer..here you are.... :)

Pulau pertama kami berhenti PODA Island.


 Poda Island





 Snoorkeling sekitar Poda Island and Chicken Island


Antara long tail boat yang berhenti untuk snookerling.


Ini gambar aku yang diambil oleh tekong boat yang suka buat gempaq..


Aku yang kena pedajai oleh tekong boat..ada ke patut dia suh aku stand atas para boat tu..nak tak nak aku stand la juga..nak cover takut punya pasal aku buat peaceee...hihihi dengan tak semena-mena semua penumpang boat tepuk tangan kat aku...malu cekk tau..huhuhuhu

Turun dengan muka yang malu tak tau nak letak kat mana sebab jadi tumpuan penumpang-penumpang boat yang duk bersorak tepuk tangan kat aku sebab pi bediri atas tu untuk amik gambaq...tekong boat yang mulanye suka duk gempaq pelancong india dan mat salleh memberikan layanan best kat aku dari mula sampai hantar balik hotel memang 1st class la.. sebab dia tau aku pi sorang...siap offer nak tolong tangkap gambaq aku lagik...hehehe..

Credit to Alwina...kawan baru aku yang tolong aku snap gambaq ni..terlekat pulak pompuan seksa belakang tu..hihihi


Makanan untuk lunch..include dalam pakej...lapaq punya pasal sayur labu pun sodapp...

This is Alwina's family teman berbual aku sepanjang island hopping..mak dia paling excited aku tengok..dan jugak aku perasan kaki melancong..cayalah aunty..dalam speed boat kuat dia cengkam lengan aku..hahaha uncle tu pulak jenis senyap and cool jer tak banyak cakap pun..nice to know all of you :)

Ini Chicken Island yang bersambung dengan Tup Island..Subhanallah cantik ciptaan Tuhan ni...dua ombak bertemu di tengah ni dan siap boleh jalan lintas laut ni...Allahuakbar..terpegun aku sejenak dengan kebesaran Dia..


 Phranang Beach dekat dengan Phranang Cave..tenang sejuk dan damai di sini..

 View dari dalam Phranang Cave


Ini yang aku tak paham apa tujuan benda ni ada kat sekitar pulau ni...dipercayai pulau ni tempat orang datang untuk mintak jodoh..ramai la yang duk pi menyembah dan mintak doa kat sini..tapi aku tak paham apa simboliknya batang-batang ni dengan jodoh..ahahaha..lucah-lucah...

Pharanang Cave.

Pharanang Beach

Island hopping ni tamat jam 2.00 p.m..sekembalinya ke darat aku tengok ada orang jual gambaq aku yang dah diframekan..patut la tadik aku tengok akak duk ambik gambaq sakan..hehe alang-alang dah ada beli je lah 100bath je pun..=RM10..
Transport balik hotel pun sekali dalam pakej..balik naik Baracuda...ape tuh..ala aku tak sempat nak amik gambaq baracuda ni...hehehe..sekali lagi aku duk sebelah drebar waktu balik...huhuhu..ok kesimpulannya best...tunggu aku datangg lagiiii....hahahaha..

To be continue...

No comments: