Friday, September 20, 2013

Krabi Solo Travel : Kembali Rasa Bertuhan P3

Assalamualaikum :)

Setelah sampai ke hotel menaiki Baracuda tadi aku pun terus naik masuk dalam bilik...dalam hati duk tengah pikir apa nak buat petang ni..badan pun agak macam tak larat dan melekit-melekit sebab kena air masin..seketika aku baring sat atas katil sambil tengok-tengok gambar island hopping tadi..dalam hati sekarang jam baru 2.30p.m tak kan aku nak melepak dalam bilik jer sampai pagi esok..penat aku datang jauh-jauh rugi la kalau setakat cover island hopping 4 island jer...lastly aku bangun basuh muka yang melekit tu siap cincai cincai dan pakai baju dan seluar yang basah tu aku turun ke receptionist nak tanya pasal elephant trek.



Jam waktu tu baru pukul 2.40p.m...owner hotel tu try call company gajah ni..pung pang pung pang dia bercakap telefon at last dia cakap dekat aku.."Ok, they will pick you at 3p.m here "..aku pun ok sambil mengeluarkan 700bath bagi dekat dia untuk tiket. 

Memang tepat pukul 3.00p.m satu pick up datang ambil aku..tapi masalahnya bahagian depan pick up dah full oleh pelancong chinese dari Malaysia..terpaksa la aku duduk belakang pick up macam bangla kena angkut pi tempat kerja dengan dua budak chinese lagi...hahahaha..panas seh...tak dak bumbung kot...jauh jugak tempat ni..ye la habitat gajah kan tak kan dekat tengah pekan pulak...



Bila sampai jer kebun gajah ni..ekekek betul ke kebun gajah...huhu..ok bila sampai je tempat tu aku tengok ramai orang Malaysia duk tunggu giliran naik gajah ni..dorang ni satu bas mai..rombongan cikgu sekolah katanya dari Tapah..jadi jenuh la jugak duk tunggu dorang punya turn naik gajah...sambil-sambil tu aku dan la bersembang dengan kumpulan chinese tadi..dorang ni dari KL...semua perempuan..dan pertalian aku tak pasti ada anak ada sepupu la apa semua...ramah jugak..dan seperti biasa yang akan terkeluar dari mulut setiap orang yang aku jumpa...'Waaa berani ye you jalan sorang-sorang mai sini'...erkkk...aku bile dengar jer dorang-dorang ni cakap macam tu kat aku, nak je aku kata eh tak la..i datang dengan family tapi dorang semua tak mau naik gajah..huhuhu..tapi macam tak logik la pulak..tak tau la kenapa aku jadi segan bila dorang cakap macam tu...mungkin aku terlalu pikir persepsi orang kot...selalu yang aku terpikir persepsi orang kat aku adalah seperti :

""Oooo... budak ni mai sorang-sorang mesti baru lepas frust.. tak pun dia ni kera sumbang kot tak dak kawan..tak pun dia ni mesti tak dak orang nak kat dia atau mesti dia ni anak dara tua..sebab tu mai melancong sorang-sorang jer.."".hahahahah..



tapi tu persepsi aku jer terhadap anggapan dorang kat aku kan..tak semestinya dorang pikir macam tu..tapi memang aku segan jugak la kalau ada orang tegur aku or tanya aku...berani ye travel sorang../ tak takut ker melancong sorang-sorang...sedikit sebanyak mesti dorang ada persepsi sendiri terhadap aku sama ada positif mahupun negatif...ahhh..lantak ler..ada aku kesah..bukan aku gi dengan duit dorangkan..hahahahaha macam tu ler cara aku sedapkan hati sendiri..huhu..

Ok berbalik cerita elephant trek lepas habis jer turn dorang then tiba la turn kami pulak round-round naik gajah...macam biasa aku naik sorang la bersama dengan tuan gajah..aku pun dah tak ingat apa nama tuan gajah dan gajah ni..hehe..disebabkan aku naik sorang...mamat ni memang bawak pusing habis la satu kebun gajah ni..ye la tour untuk 1 jam kan...ada dua ekor gajah lalu jalan yang sama...gajah yang bawak aku dan gajah anak cina dua orang tadi...sampai tengah kebun ni..tuan dia ni buat hal turun dari gajah tinggai aku sorang-sorang pulak atas gajah tu...rupanya dia turun sebab nak tolong tangkap gambar aku..huhu..dia mintak camera dan dengan sesuka hatinya dia snap gambar aku bapak banyak..huhu..dalam hati aku terkena dah..mesti kena huluq tips la ni..tak pe je la..aku redho..setakat 100 bath ape la sangat kan...lagi pun sapa nak ambil gambar aku kalau dah jalan sorang-sorang macam gini..siap duduk atas kepala gajah ni lagi..memula aku geli jugak ye lah..makhluk bernyawa kan..panas jer rasanyer..



Tapi kan..ada satu perasaan  yang dapat aku fahami antara gajah dan tuan gajah ni...aku dapat rasa yg tuan dia ni mesti sayang sangat-sangat kat gajah tu...bila aku tanya dia ambik masa 9 tahun untuk train gajah tersebut ikut cakap dia...dan ternyata gajah tu hanya akan ikut cakap tuan dia..boleh dikatakan 9 tahun tuan dia ni habiskan masa bersama gajah tersebut makan, main, mandi dan jugak tido...mesti sedih kalau satu hari ada apa-apa berlaku pada dua-dua makhluk ni...sekarang gajah ni dah berumur 49 tahun..umur gajah boleh sampai 150 tahun kata nya...iyer mungkin hayat gajah ni masih lagi panjang tapi tuan dia?? tiba-tiba sebak kejap bila terkenang kisah antara dua mereka ni..iyer mungkin sesetengah akan kata ala gajah..binatang jer pon..tapi cuba bayangkan kalau gajah ni boleh bercakap..dalam tak boleh bercakap pun gajah tau tunjuk rasa kasih sayang, tapi manusia??



Betul moment ini adalah antara moment terindah menghiasi travelogku..walaupun hanya berkisar tentang seekor binatang besar yang dikenali sebagai sangat ganas..tapi seganas-ganas gajah mengamuk masih lagi mampu dilatih mendengar cakap dan berkasih sayang...

Dek kerana terlalu kagum dengan gajah aku tak sedar yang dah hampir sejam aku duduk atas gajah ni..sian dia dari pagi kot tak benti-benti bawak orang pusing kebun getah ni...huhu..dia bawak aku turun dan aku bagi la 100bath kat tuan gajah ni..tips sebab tangkap gambar aku banyak-banyak tadi..
Juga aku tak lepaskan peluang untuk beli gambar yang dorang print besor-besor and siap liminate..tambah lagi 100bath..huhu..lepas tu aku pun balik hotel kali ni dihantar oleh tut-tut pulak... :)

Wednesday, September 18, 2013

Krabi Solo Travel : Kembali Rasa Bertuhan P2

Assalamualikum :)

Sambungan dari Part 1.. hehe..keesokan harinya tepat jam 6.00 pagi aku bangun tengok matahari dah naik..dan dah semakin panas..wahh..cepat sungguh cerah kat Thailand ni..Aku pun bangun mandi dan siap-siap seadannya lantas berteleku mengadap baki popia goreng yang aku beli petang semalam ada lagi dua ketoi..maka popia tu la jadik breakfast aku pagi tu..makan-makan sambil layan online dekat handphone sedar -sedar dah pukul 8 pagi..cepat-cepat aku siap sebab aku nak mintak tolong owner hotel call company bas yang aku beli semalamnya tu bagitau dia aku nak balik pukul 10 pagi..



Apa-apa aje yang ada aku snap dekat hotel tu...

Senarai tour dia kot..

Dalam 8.15 aku turun dan sempat la mintak tolong dia call company tu dan sekaligus mintak tolong dia book tiket aku dari hadyai ke penang dah alang-alang hang cakap siam dengan dia apa kata tolong aku book tiket sekaligus..pung pang pung pang dia pun cakap kat aku tiket to pinang (sebutan baku okeh..) around 450Bath...aku terus je angguk walaupun aku tau itu agak mahal..sepatutnya dalam 350 ke 400Bath jer...disebabkan aku malas nak cari yang lain maka aku pun ok kan aje la harga tu..Lepas setel pasal tiket aku sempat sembang-sembang dengan dia aktiviti untuk hari ni...saja tanya pendapat dia aku punya tour island halfday jer sampai 2.30 p.m jadi lepas tu apa lagi aktiviti aku bole buat..dia pun cadangkan aku untuk pergi elephant trek dalam 700Bath (kalau kat luar terus ke company 650Bath) dia kata ada satu company ni je yang ade trip pukul 3.00 p.m yang lain semua trip full day..risau takut tak sempat aku kata aku booking lepas aku balik island hopping la..tanpa banyak songeh dia pun angguk jer tanda boleh..sekali lagi dia duk suruh aku join night market pakej tu..mai time dia ni dah naik 300Bath la pulak...semalam pempuan tu diskaun 250Bath..yang tu pun aku cakap nanti la tengok keadaan...


Let's go bebeh.. : )


Bas antik kat Malaysia dah susah nak jumpa..

Duk sat lepas tu ada orang mai cari aku untuk island hopping 4 island tour..yang pelik aku tak nampak van ke tut tut ke..rupanya dia bawak bas daaa..mcm bas sekolah tu...dia kata sebab ramai terpaksa bawak bas...dan aku orang first dia ambik..aku pun ok-ok kan aje...naik bus ada pakcik driver bus tu bagi salam owh..muslim rupenya..aku pun naik dan follow la untuk amik peserta seterusnya..hehehe..




Ondaway nak naik speed boat.

Lepas dah pi kutip semua orang then kami pun pegi la ke tempat sepatutnya untuk naik speed boat..owhh lupe..yang aku booked ni adalah speed boat..ada satu lagi dia panggil long tail boat yang tu lebih murah dan lambat sikit...hehe so aku naik speed boat..tapi ada pelancong india mari tu dia suruh tekong boat pi slow speed..ahahaha..aku nak gelak pun ada...tercengang tekong tu...hahaha..ok untuk island hopping tour 4 island ni biar lah gambar yang berbicara yer..here you are.... :)

Pulau pertama kami berhenti PODA Island.


 Poda Island





 Snoorkeling sekitar Poda Island and Chicken Island


Antara long tail boat yang berhenti untuk snookerling.


Ini gambar aku yang diambil oleh tekong boat yang suka buat gempaq..


Aku yang kena pedajai oleh tekong boat..ada ke patut dia suh aku stand atas para boat tu..nak tak nak aku stand la juga..nak cover takut punya pasal aku buat peaceee...hihihi dengan tak semena-mena semua penumpang boat tepuk tangan kat aku...malu cekk tau..huhuhuhu

Turun dengan muka yang malu tak tau nak letak kat mana sebab jadi tumpuan penumpang-penumpang boat yang duk bersorak tepuk tangan kat aku sebab pi bediri atas tu untuk amik gambaq...tekong boat yang mulanye suka duk gempaq pelancong india dan mat salleh memberikan layanan best kat aku dari mula sampai hantar balik hotel memang 1st class la.. sebab dia tau aku pi sorang...siap offer nak tolong tangkap gambaq aku lagik...hehehe..

Credit to Alwina...kawan baru aku yang tolong aku snap gambaq ni..terlekat pulak pompuan seksa belakang tu..hihihi


Makanan untuk lunch..include dalam pakej...lapaq punya pasal sayur labu pun sodapp...

This is Alwina's family teman berbual aku sepanjang island hopping..mak dia paling excited aku tengok..dan jugak aku perasan kaki melancong..cayalah aunty..dalam speed boat kuat dia cengkam lengan aku..hahaha uncle tu pulak jenis senyap and cool jer tak banyak cakap pun..nice to know all of you :)

Ini Chicken Island yang bersambung dengan Tup Island..Subhanallah cantik ciptaan Tuhan ni...dua ombak bertemu di tengah ni dan siap boleh jalan lintas laut ni...Allahuakbar..terpegun aku sejenak dengan kebesaran Dia..


 Phranang Beach dekat dengan Phranang Cave..tenang sejuk dan damai di sini..

 View dari dalam Phranang Cave


Ini yang aku tak paham apa tujuan benda ni ada kat sekitar pulau ni...dipercayai pulau ni tempat orang datang untuk mintak jodoh..ramai la yang duk pi menyembah dan mintak doa kat sini..tapi aku tak paham apa simboliknya batang-batang ni dengan jodoh..ahahaha..lucah-lucah...

Pharanang Cave.

Pharanang Beach

Island hopping ni tamat jam 2.00 p.m..sekembalinya ke darat aku tengok ada orang jual gambaq aku yang dah diframekan..patut la tadik aku tengok akak duk ambik gambaq sakan..hehe alang-alang dah ada beli je lah 100bath je pun..=RM10..
Transport balik hotel pun sekali dalam pakej..balik naik Baracuda...ape tuh..ala aku tak sempat nak amik gambaq baracuda ni...hehehe..sekali lagi aku duk sebelah drebar waktu balik...huhuhu..ok kesimpulannya best...tunggu aku datangg lagiiii....hahahaha..

To be continue...

Krabi Solo Travel : Kembali Rasa Bertuhan P1

Assalamualaikum :)

Jumpa lagi...hehehe..last entry semangat cerita pasal nak pergi solo travel ke Jakarta..but lastly sampai tarikh tu alih-alih destinasi sudah bertukar ke Krabi Thailand..tiba-tiba bila kira budget ke Jakarta macam dah over budget lantas tanpa membuang masa hari jumaat lepas je habis kerja aku terus pergi survey tiket bas ke Krabi..mula-mula survey dekat area komtar travel agent tu..tapi bas ke krabi paling awal pukul 8 pagi..yang lain semua dah penuh kecuali ke Hatyai..lantas aku pun gerak pergi survey dekat sungai nibong pulak..sebab dari pembacaan aku sebelum ni di internet ada jugak tiket ke Krabi dari Sungai Nibong cuma tak tau masih ada kosong ke tak jer...jadi dengan tekadnya aku pergi terminal bas Sungai Nibong..nasib baik tiket masih banyak lagi..sekali lagi tekad aku pun beli la satu tiket direct dari Penang ke Krabi transit di Hatyai..menurut orang jual tiket semua van ke Thailand akan transit di Hatyai...Tiket aku pukul 5.00 pagi dengan harga RM55..huhu yeah tiket dah beli tinggal berani ke tak jer nak pergi sana sorang-sorang..huhuhu..




Ok lepas beli tiket aku gi tukar duit...aku tukar dalam RM418 dapat dalam Thai Bath 4000..nampaknya duit kita semakin jatuh..berazam penuh semangat untuk tak tukar duit lagi...hanya berbekalkan 4000 Bath jer memandangkan hotel akan aku book guna agoda.com...hehehe..

Tiba hari yang dinantikan..tepat pukul 5.00 pagi aku dah terpacak kat kaki lima Terminal Bas Sg Nibong..ramai jugak orang...nasib baik tempat parking kereta tu tak dak orang jaga..jadi aku masuk dan park jer tepi tapak pesta tu..aku naik kereta jer..cuak jugak nak tinggal "BF kesayangan" aku tu kat situ..tapi disebabkan prinsip hidup tak suka nak menyusahkan orang lainn.."perhhh" hehehe aku pun bawak je la kereta dan parking kat situ..senang nak balik esok..tunggu punya tunggu aku macam tak tau mana satu bas aku..ok panggil bas tapi sebenarnya van siam yang besaq tu..punya la banyak van yang berhenti dan ambil orang..tapi ternyata semua van tu tak ambil aku pun..aku call orang yang jual tiket tu dia kata van on da way..nanti kalau dah sampai saya call...Bila van sampai dia pun call aku..patut aku naik van satu lagi tapi tah macam mana ada lagi dua orang tak muat masuk dalam van dorang so dorang tukarkan aku ke van tu memandangkan aku sorang jer..jadi aku duduk sebelah driver...rupenye bahagian depan tu bole duk 2 orang 3 termasuk driver..van ni berhenti pulak ambil orang di Butterworth..seorang lelaki India..nak tak nak kena la duduk sebelah dia kat depan memandangkan tempat duduk belakang penuh dengan mat/minah salleh..mamat india ni duduk tengah-tengah..macam terseksa jer aku tengok..sian pun ada..tapi nasib baik driver tu laju jer dari penang ke Changlun.


Van dari Penang-Hatyai

Sampai Changlun van berhenti dekat  1 kedai kopi yang memang femes la untuk dapatkan departure pass dan jugak tukar duit..driver van kutip semua passport kami untuk tolong key in detail dalam boarding pass tu..lega la jugak tak payah susah-susah..cuma kena sign jer situ..Lepas tu van terus meluncur ker border imigressen Malaysia..fuhhh..bapak punya ramai manusia dan bas beratuq panjang nak masuk Siam..nasib van ni boleh terus masuk benti depan border untuk cop..lama jugak beratur dekat sini ada 30 minit..memandangkan ramai terlampau..aku terus ke autogate jer..autogate pun tak berapa nak cepat...mesin pun letih dah agaknye..ok lepas selesai naik van balik teruk menuju ke imigressen Siam/Thailand...turun lagi untuk jumpa pegawai Thailand pulak ambil cop..tapi dekat sini ambik cop kena hulur RM2 dekat officer tu upah tolong cop..cis..cop pun RM2..malas nak soal banyak aku hulur jer lepas nampak mamat India tu hulur...dari situ aku tau mesti mamat ni selalu mai sini...rupa-rupanya tekaan aku tepat..dia selalu datang sini jumpa kawan dia..tapi dia hanya sampai Danok jer..lepas tu dia tak ikut dah van ke Hatyai..selesai urusan dengan imgressen van pun terus sambung perjalanan ke Hatyai..

Dahsyat org Malaysia pi Siam..huhu

Bas beratur dekat border Siam.

Ada kot dalam 45 minit kot perjalanan...sampai di Hatyai driver van hantar aku ke salah satu travel agent yang akan bawak aku ke Krabi..sebab dalam bas tu aku sorang jer nak ke sana..yang lain agent lain lah kot..sebab dorang semua nak p Koh Sa Mui..sampai travel agent tu driver tu ckp dekat yang jaga tiket tu dalam bahasa Thai..mungkin dia kata ini org nak ke krabi...lepas tu pempuan tu tanya aku hotel dekat mana..krabi town or ao nang beach..aku cakap dekat ao nang..dia suruh aku tambah lagi 100bath sebab van akan sampai ke dpn hotel ao nang tu..aku malas nk byk songeh terus jer bagi..sebab sebelum ni aku pun dah tau dah memang kena tambah..dan dia siap tanya nak beli tiket balik terus tak..aku pun beli je la..Krabi-Hatyai utk balik nanti cuma aku tak sure jer nak balik pukul 6am atau 10am..sebab dorang ni ada dua trip ni saja...jadi dia cakap nanti call dorg sehari sebelum...aku pun ok kan aje..tiket Krabi - Hatyai dalam 350Bath lebih kurang RM35 la...lepas bayar terus jer dia suruh aku naik van yang memang dah sampai sejak aku sampai tadi...yang tak bestnye kali ni aku duduk depan tengah-tengah sebelah driver..adeh..4 jam kot..jenuh la macam ni..dalam van tu ada 2 family dari Malaysia..family melayu dan cina..aku duduk sebelah cina ni..ramah kot..sepanjang perjalanan duk bersembang dengan aku.

Dia duk kagum sangat aku pergi sorang-sorang..hahaha..dalam hati aku...Sir u jgn kagum sangat la..i jalan sorang-sorang ni sebab tak dak kawan...huwaaaaaa...dalam hati Tuhan jer tau bertapa cuaknye aku kat tempat orang tu...dari penang sampai ke hatyai sampai ke krabi aku duk berzikir, berdoa semoga Allah selamatkan perjalanan aku ni...niat aku perbetulkan untuk pergi melihat alam ciptaan Allah.dan dengan sebab itu jugaklah aku rasa trip kali ni more to kembali rasa bertuhan...ye lah..hang sorang-sorang kot..hanya ada Allah jer tempat bergantung harap..tapi Alhamdulillah untuk pertama kali solo travel ni Allah banyak permudahkan urusan aku..ramai orang yang aku jumpa dan baru kenal. Tak tau nak cakap macam mana..terasa nikmat Allah bagi tu dan lebih mengajar aku untuk bersyukur yang amat sangat...Dalam van tu uncle tu macam-macam jugak la dia duk tanya-tanya aku..


RnR yang tak berapa nak RnR



Perjalanan ke Krabi ni terasa macam lama sangat la pulak..mungkin sebab driver van ni bawak paling laju pun 100km/j.. satu aku respek sini, driver dia memang kebanyakkan berhemah..dah la bawak ikut limit..potong makan jalan pun angkat tangan...huhu kat Malaysia ade?? lagi kena hon ade la...huhuhu..siglnal tu memang menjadi keutamaan hatta untuk memotong sebijik motor sekali pun..caya la bro...hehe..lepas tu driver ni ada berhenti makan dekat RnR..malangnye no Muslim food..aku rasa driver tu lupa...berkali-kali dia minta maaf dari penumpang muslim..lepas tu baru la driver tu ramah sikit..nak besembang..rupenya dia boleh cakap melayu siam..tapi tak berapa faham..setakat tau cakap makan jauh kira 1 2 3..hahaha..macam ayam dengan itik jugak la...tapi menyedari kami asyik tengok jam..setiap masa dia akan bagitau kami lagi berapa km nak sampai aonang..haha..kesian jugak mamat ni...dia duk puji-puji higway malaysia bagus..apa yang bagus aku pun tak tau la...tapi kalau dibandingkan memang la lebih baik agaknya...ye lah..higway malaysia bayaq tol kot bro..sini higway free..tapi higway tak berapa nak higway sangat la walaupun double line satu arah..sampai dekat-dekat Trang van berhenti isi NGV..ok van ni pakai NGV mungkin sebab nak save..petrol sini bapak mahal...ron95 rm4++..hehe..bandingkan dengan Malaysia..huhu..owh ye lupe..Thailand kan bukan negara pengeluar minyak..itu pasal la minyak mahal...ekekek...ok lepas isi NGV ni perjalanan diteruskan semula menuju Krabi.

NGV Station :)



Driver van (baju putih) 

Dalam lebih kurang 1 jam lepas tu sampai la kami di Krabi Town..van ni juga akan berhenti satu tempat tourist infomation untuk confirnmkan hotel yang kita book supaya drive boleh hantar terus sampai depan pintu hotel..dan di sini juga dorang ni akan cuba la promote pakej island hopping yang harganya tak munasabah langsung..tak payah book dekat sini tunggu sampai ao nang beach nanti baru cari pakej tertentu yang harganya lebih murah..menuju ke ao nang beach nampaknya hotel aku yang mula-mula dia hantar sebab hotel aku yang jumpa dulu..hahaha...nama hotel aku K.L House Ao Nang ...so aku pun turun la..aku tak tau la orang dalam van tu duk mengata apa dekat aku...mungkin dorang duk kata "berani sungguh budak ni jalan sampai ke sini sorang-sorang" hahaha..macam aku kata tadi dalam hati Tuhan je tau berani tak berani...

Permandangan luar hotel agak kurang menarik huhu..





Kaunter receptionist dia..lelaki ini lah yang aku panggil owner dan banyak membantu..

Dah sampai hotel aku terus jer check in..nampaknya owner hotel ni memang tengah tunggu-tunggu kehadiran aku sebab bila aku sebut aku dah booking melalui agoda.com dia terus tau bilik apa yang aku book..mula-mula tengok hotel ni dari luar memang macam agak frust la sikit sebab tak macam apa yang aku bayangkan..tapi bila masuk..not bad..bilik dia ok...macam dalam gambar..cumanya hotel ni jauh sikit dari pekan ao nang atau pun pantai ao nang..kena jalan dalam 10-15 minit baru sampai..bagi aku yang sorang-sorang ni tak dak la rasa jauh sangat..ok jer aku ulang alik pergi makan kat tepi pantai ao nang tu..tapi time balik hotel dah lapar balik...hahahaha..harga bilik pulak lebih kurang RM58 satu malam..jadi untuk dua malam termasuk tax agoda sebanyak RM136.92....so far aku tanya muslim food, owner hotel tu ada la bagi tau..dia kata tak susah ada banyak just jalan jer mengahala ke beach..aku pun ok la...dia siap bagi peta dekat aku takut aku sesat...dia bagitau jugak kalau nak book island hopping ke apa dorang boleh tolong book...tapi disebabkan aku tak larat nak pikir lagi aku kata nanti aku turun balik...untuk survey..dia kata ok...penat kot dari kul 4 pagi sampai 4 petang tak tido..huhuhu..bila naik bilik terus baring-baring sat sambil layan wifi hotel dan update status..hahaha..update status itu penting untuk membangkitkan rasa cemburu rakan-rakann...hahahaha..

Bilik aku..hehe.. agak tak percaya kalau tengok dari luar..





Dah mandi dan rehat-rehat jap..aku pun siap nak turun pergi cari makan lapar weh...dahaga bertingket-tingket..hehe..mula sampai tu macam rasa nak balik pun ada...tapi bila dah turun jalan menghala ke pantai tu..rasa excited pulak...sampai tepi pantai sempat la usha-usha mat-mat and minah-minah salleh duk berjemur..hehehe seronok sungguh depa ni duk bergelempangan tengah panas..aku ni nak kena cahaya matahari sikit pun aku dah tak sanggup...Jalan-jalan ke depan sikit sampai Krabi resort..wah dekat tepi dia berlambak orang bukak gerai atas motor...banyak pilihan..dari jauh dah nampak perkataan Halal Food..dan mostly yang berniaga ni adalah orang Islam sebab semua kebanykan pakai tudung...aku pun apa lagi terus la pergi melawat satu-satu gerai..makanan yang jadi pilihan aku nasi goreng tomyam dengan manggo shake...RM8 ok la kan...nasi goreng dia tak berapa sangat..tapi manggo shake dia boleh buat aku teringat-ingat sampai hari ni...hehe..makan gerai macam ni lebih murah kot berbanding restaurant halal yang aku jumpa sepanjang perjalanan tadi..saja je aku tak nak singgah lagi..sebab katanya memang ada gerai halal atas motor itu yang gagah jugak mara ke depan...selesai makan aku beli popia goreng RM5 sebagai bekal untuk menikmati sunset tepi pantai ao nang dan alas perut untuk malam satgi..maklum la nak mai balik gerai ni tak sanggup aku..hihihi...

Kedai makanan halal tepi Pantai Ao Nang.





Duduk la.. aku di tepi pantai tu sambil layan bluess...amik gambar sikit-sikit..nak beria tak pandai la pulak main snap jer ape yang nampak...tapi memang cantik...subhanallah...ni baru dekat tepi pantai ao nang belum pergi pulau-pulau lagi..dengan itu terdetik dalam hati kena pegi jugak pulau ni esok..kalau tak rugi aku mai berkelana sorang-sorang ni..ahakkkss...jalan la aku p cari tour agent..tapi tah berat betul mulut nak tanya harga..last-last aku jalan balik hotel dan book dekat hotel jer..balik hotel yang jaga kaunter seorang perempuan..aku tanya pakej untuk pergi Phi phi Island..tapi dah penuh katanye...yang ada hanya Four Island and Hong Island..dia ada jugak tolong aku contact satu company tapi penuh jugak...jadi nak tak nak ambik je la pakej 4 Island tu..kalau tak nanti penuh langsung tak dapat pi mana...jadi pakej untuk 4 island ni RM80 (8.30 a.m - 2.30 p.m) termasuk lunch..halal food. Dia suggest kat aku belah petang amik pakej pegi Krabi Night Market dia bagi harga 250 Bath...dalam hati aik pergi pasar malam pun ada pakej..betul pandai buat duit dorang ni...huhu..aku kata tengok la esok aku book la kalau nak pegi..dia kata ok aku pun terus balik bilik..

Pantai Ao Nang, Krabi

Ao Nang Beach Sun Set

Seronok benor orang Malaysia berbelanja..

Kedai makan muslim bertingkek tingkek..

Gallery dekat night market ni..lelaki ini seorang muslim..sebab dia bagi salam dekat aku..

Rehat-rehat sat apa semua...dalam kul 9.00p.m waktu Thailand rasa macam bosan pulak..terasa waktu di sini bergerak sangat lambat..lewat sejam je pon....terus aku siap-siap nak gi tengok kehidupan malam di Krabi ni...ternyata sini terdapat banyak bar-bar yang open jer..nak masuk silakan taknak masuk tak payah masuk..kebanyakan dorang ni duk main lagu rentak ruggae..ala-ala bob maley gitu...nampak banyak kedai sourvenir bertambah tepi-tepi jalan..dari petang tadi...ada satu lorong walking street ada kedai-kedai baju n sourvenir jugak bar..aku lalu jer nak tengok-tengok masih belum berkehendak untuk membeli...cuma aku gi beli selipar jer 100bath untuk pi mandi pantai esok pagi..dan yang penting dalam perjalanan tu aku dah beli manggo shake sebagai bekal..hahahaha..dah bosan-bosan gitu aku pun balik laa hotel..lagi sekali balik singgah beli banana shake pulak..adoi...hahaha..balik tido la..esok nak bangun p island hopping 8 a.m..


To be continue .. :p