Tuesday, January 8, 2013

Salam 2013

Salam...

Sekian lama sudah tak diupdate blog ni...dari tahun 2012 dah masuk 2013 pon..hari ni baru teringat nak update..hahahah..by the way..hope not late to wish happy new year..heee :)

Walau apa sekali pun..2012 akan semakin menjauh meninggalkan diri ini, hari berganti hari..2013 menanti dengan penuh corak hidup suka mahupun duka yang setia menanti untuk diukir memenuhi diari hari-hari. mendatang...Kisah 2012 akan terus tersimpan dalam setiap lipatan peristiwa suka dan duka..kemas dan rapi...semoga apa yang dilalui membuatkan diri ini semakin bersyukur atas nikmat kurniaan Nya Sang Pencipta semesta alam..sesungguhnya setiap suka, aku mensyukurinya dalam tadahan doa. Diri ini sedar tidak sama sekali layak aku menagisi setiap duka yang diturunkan andai tidak aku bersyukur dengan nikmat suka yang dikurniakan untukku...

Moga lembaran kali ini mampu terus memberikan sinar secerah matahari..kerana segalanya hanya kerana Dia Yang Satu. Perkara yang paling sukar, bangkit dan teruskan berjalan...namun digagahi juga..semoga penamatnya tersediah sebuah taman syurga yang indah..InsyaAllah.

No comments: