Thursday, August 23, 2012

~Hitam yang Mengembang dan Hati yang Unik~

Assalamualaikum..

Bertemu lagi...hehe..terlebih rajin la pulak sehari satu entry...tak pa time-time tengah free ni elok lah diteruskan menulis entry..tak tau bila lagi la gamaknya nak tulis..cuti dah nak sampai ke penghujung..hehe sekejap jer rase dah seminggu lebih dekat rumah ni...dalam pada tu ada jugak la terselit boringnya..al maklum laa orang selalu biasa berkawan tiba-tiba nak terperap dekat rumah sampai seminggu memang tak la kan...tapi bila teringat kerja yang menanti lepas start kerja ni mula la rasa nak sambung cuti lagi sebulan...hahaha..

Macam mana pun hari ni dah nak masuk jumaat...Isnin ni dah start kerja, dah kembali ke rutin harian, balik penang, kembali bertemu rakan-rakan seangkatan dan jugak kembalilah melayan karenah anak-anak murid yang macam-macam perangai..hehehe...kata orang sekali cikgu selamanya akan jadi cikgu...tergerak jugak di hati kecil ni nak tukar profesion tapi apakahh yg sesuai...masih tak berjawapan..3 tahun mengajar rasa macam dah tak reti nak buat kerja lain pulak...jiwa memang di sini berdiri tegak sebagai pendidik..tapi jika di izinkan Allah menerokai bidang lain InysaAllah hamba mu ini tidak sesekali mempersia-siakan...

Apa yang penting sekarang ni fokus...tapi kalau mengikut teori, suatu titik yang kita fokus itu akan berkembang..dalam erti kata lain apa yang kita fokus itu akan mengembang...betul ke? cuba kita buat satu titik hitam dekat atas whitboard putih...hehehe (whiteboard dah sah-sah putih...hahaha..) dan cuba pulak kita tenung titik tu betul-betul...(fokus la tu) lama lama titik tu akan nampak dengan jelas sekali..sebab apa?? sebab kita terlalu fokus..jadinya begitu jugaklah manusia...teori titik fokus yang mengembang ini sebenarnya ada positif dan ada negatifnye...kalau positifnya mungkin dengan memfokuskan kepada sesuatu pekerjaan kita akan jadi expert..pusing kot mana pun boleh buat punya maklum la dah expert..yang negatifnya pulak aku bagi contoh sebagai seorang manusia..titik hitam ni selalu pastinya berkaitan benda-benda yang negatif sekirannya ada manusia lain pulak yang terlalu fokus kepada titik hitam ni dah tentu lah satu apa kebaikan pun tak terlihat olehnya..sebab apa? sebab dia terlalu fokus sangat dekat titik hitam yang mewakili perkara negatif yang ada pada individu tersebut sampai yang positifnya langsung tak nampak...subhanallah..harap sangat agar kita tidak tergolong dalam insan-insan yang seperti ini..cuba try test  (kembali kepada titik hitam dekat whiteboard tadi) untuk fokus ke kawasan putih yang lebih banyak di situ...sudah tentu lebih banyak kebaikan yang lebih patut kita sedari..dan dengan sebab itu jugak lah aku sering mengajar diri aku untuk belajar fokus kepada kawasan putih yang lebih luas di whiteboard berbanding titik hitam yang satu..titik hitam tu selalunya merupakan kelemahan..manusia bila terlalu tumpu kepada kelemahan nescaya kelemahan itu akan mengembang pesat dalam diri...hehehe..dan begitulah cerita tentang teori titik fokus yang mengembang...tak dapat disangkal ianya akan mengembang positif atau negatif tutup mata tanya hati la kan...

Haishh...tak dak niat pun nak cerita pasal fokus ni sebenarnya tapi dah melalut pulak la...sebab tu la kolej aku bagi 3 jam kat aku untuk satu lecture...memula cuak jugak apa aku nak kelentong 3 jam tu..tapi lama-lama idea kelentong aku semakin berkembang...hehehe sampai menulis entry pun boleh mengarut macam-macam lari dari tujuan asal...hehehe kadang-kadang tu sejam aku bercakap pasal introduction jer...hohoho hangin student aku...hehe..oklah..kadang-kadang tu aku sendiri pun tak tau sama ada aku seronok atau tak dengan apa yang aku buat sekarang...memang ini yang aku cita-citakan dari dulu..tapi kadang-kadang tu atas keterdesakan hidup sebagai manusia kita seperti terpaksa melupakan cita-cita...terdesakkah hidup aku???huhu..tak de lah terdesak tapi macam ada sesuatu yang masih belum lepas lagi dalam diri ni...fitrah manusia memang tak pernah puas la kan..macam ada sesuatu yang aku nak buat, aku angankan, aku cita-citakan dan masih lagi aku tak buat...masalah problemnya aku sendiri tak tau apa benda...hahahaha...berat ni..ya Allah jangan Kau beratkan aku dengan apa yang tak termampu dipikul oleh ku ya Allah..

Benar...kadang-kadang aku tertewas lemah dalam sujud yang panjang..mental begitu lemah untuk bangkit, minda begitu buntu untuk berfikir..hati begitu keliru untuk bertanggapan..walaupun itu hanya satu ujian yang kecil tapi ironinya bisa untuk melemahkan seluruh semangat yang ada..meluluhkan seluruh anggota sendi yang    selama ini setia berkhidmat..ya Allah..sering kali ingin diluahkan pada insan yang bernama manusia terfikir kembali tak sepatutnya mereka dibebani dengan kekeliruan dan kebuntuan yang aku cipta ini...Astagfirullahalazim...

InsyaAllah..moga dilapangkan jalan oleh Allah swt, entry ini tak ada tujuan pun sebenarnya..tangan ni menaip jer ikut apa yang hati nak kata..sesungguhnya la hati itu memang sesuatu yang teramatlah sangatnya unik..sebab kadang-kadang uniknya hati ini sampai sukar untuk diterjemah, sukar untuk diramal, sukar untuk di tafsir..dan satu-satu uniknya hati ini memang fitrahnya selalu ingin kan ketenangan yang berpanjangan..moga beroleh ketenangan hendaknya pada mereka yang punya hati. :)


No comments: