Yeayy..raya datang lagi 1 Syawal 1433 Hijrah..Alhamdulillah syukur kepada Mu...Hampir sebulan tak update blog ni..last update waktu awal ramadhan tempoh hari...dan kini telah pun masuk Syawal yang ketiga..Allahurabbi...cepat sungguh masa berputar meninggalkan aku yang selalu saja alpa dan lupa..subhanallah...Laptop ni pun dah dekat seminggu tak buka..maklum la..selain menggunakannya untuk keperluan kerja selebihnya jarang aku guna..tambah pula cuti lebih seminggu so berehat panjang la laptop aku ni setelah saban hari berkhidmat pada anak didik tercinta... tetiba rindu pula dekat anak-anak murid tersayang..hahaha..boleh ke macam tu...apa pun terima kasih banyak-banyak kepada student yang text untuk wish selamat hari raya..tak henti-henti sampai ke tengah malam sampai la ke waktu aku update blog ni pun ada lagi yang wish...hahaha..terima kasih banyak-banyak...Walaupun jarang-jarang sangat dah aku update blog ni, aku akan tetap update..tak kira la sebulan sekali ke setahun sekali ke dua tahun sekali ke akan tetap ku update..jadinya kepada peminat-peminat jangan lupa baca...hahaha..and for those who become a silent reader, what ever it is, thank you so much...tak kisah la...aku menulis bukan kerna nama..(versi lagu ramli sarip)
Alhamdullilah..rahmat Allah s.w.t Ramadhan kali ini aku pecah record dapat puasa penuh...terima kasih ya Allah kerana beri peluang untuk aku supaya tidak lalai pada Mu..Seperti biasa seperti ramadhan-ramadhan yang lepas rutin harian memang tak ada yang berbeza...cumanya ramadhan kali ini terlalu menggamit rindu ku pada rumah Allah yang pernah aku kunjungi Ramadhan tahun lalu...tak pasti macam mana nak gambarkan rasa rindu tu...bila solat terbayang-bayang seolah-olah bersolat betul di hadapan kaabah rumah Allah swt..tapi yang nyata aku sedang solat dalam bilik manis ku..(sweetest room forever hehehe)
Tapi sungguh...Ramadhan dan Syawal kali ini terlalu menggamit rindu yang sangat-sangat la aku tak pasti dari mana datangnya...rindu macam-macam....rindu semua orang...rindu...andai la waktu itu boleh diputar-putar semula....Tahun ni seperti yang lain pastinya ada kisah suka dan duka..namun hari baik bulan baik semestinya yang suka itu selalunya akan mengatasi kedukaan..namun masih tetap kedukaan itu tak mampu untuk disingkirkan terus..itu namanya manusia..:) raya kali ini banyak perkara yang aku rasa nak buat telah pun terlaksana walaupun ada beberapa perkara yang terpaksa dikorbankan tapi tetapnya aku berpuas hati...puas hati tatkala dapat melakukan sesuatu dan juga dapat merasai nikmat raya bersama mereka yang aku sayang dan rindu..walau hanya sebentar, aku tetap bersyukur kerana dikurniakan kesempatan ini...mugkinkah ini akan jadi terkakhir untuk aku, aku sendiri tidak pasti..tapi ini sudah cukup membuatkan aku puas melakukan sesuatu untuk mereka yang tersayang..:) siapa?? rahsia...hahaha..takde la nak berahsia teruk bagai..but it just "some people" yang aku dah kenal lama..dan seawal usia perkenalan lagi memang dah rapat...even tak berapa nak nampak tapi hanya kami je yang tau serapat mana..hehehe..really love and miss that person so muchh. hope it will be till the end dear.. :) agak-agak siapa yang baca ni dan dia rasa dia lah orangnye cube try text aku...hahaha..tu pun kalau baca.. :p
Macam mana pun, sekali lagi aku bersyukur teramat kerana dapat sambut raya dengan family tercinta..terima kasih ya Allah kerana mengurniakan nikmat kesihatan yang baik untuk kedua orang tua ku..beri kesempatan untuk aku sekurang-kurangnya berkesempatan membalas jasa dan pengorbanan mereka...andai kata hayat ini tidak berkesempatan untuk itu ya Allah ku mohon Kau peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara aku sewaktu kecil..dan sebagai mana setiap tahun aku tetaplah berharap agar setiap tahun itu merupakan tahun terakhir beraya sebagai seorang yang ''SINGLE'' hahahaha...tapi itu la..saban tahun pun masih single and available...hihihi..tak pa...mungkin yang terbaik itu lambat...mungkin jugak dirinya sedang mempersiapkan atau mentarbiahkan diri untuk memikul tanggungjawab...(ayat nak sedapkan hati jer tu).
Abaikan jodoh maut itu urusan DIA..:)
Jadinya cerita disini adalah mengenai raya dan rindu la kot kan...aku pun tak pasti...yang pasti dalam gembiranya berhari raya terselit sedikit rasa rindu yang menebal..terselit sedikit rasa sedih, rasa risau, dan bermacam-macam rasa yang entah apa-apa..bersediakah aku menempuh hari-hari yang mendatang?? yang entah bagaimana rentaknye..bersedia ke?? kalau boleh aku putarkan masa atau hentikan masa alangkah hilangnya kegusaran itu..tapi waktu terus berputar tanpa sedikit pun berpatah balik...sering dari dulu aku merasa takut untuk berhadapan dengan sesuatu seperti perpisahan ataupun perubahan tapi perpisahan dan perubahan akan tetap memburui ku...lari macam manapun pasti juga akan kena mengadap..walaupun hebat rencana yang ku atur...namun rencana Ilahi itu pasti lagi super hebat selalunya..apa yang perlu aku buat hanyalah menghadapinya...ya Allah..tika ini aku menyedari rencana mu terlalu hebat untuk ku...beri aku kekuatan untuk menghadapinya dengan tenang kerana aku selalu menyedari ada yang lebih hebat aturan kesusahan hidupnya berbanding aku yang hanya dihantui rasa rindu, risau dan buntu...ya Allahurobbi, tetapkanlah aku di sini atas agama mu..kerana demi Mu Ar Rahman, tidak ada satu perkara pun yang dapat aku dustakan..
Gambar raya macam tak banyak pun tangkap jadinya layan video antara lagu yang aku suka time aku tulis entry ni... :)
Eid Mubarak Maaf Zahir Batin :)
No comments:
Post a Comment