Salam..
Lama dah tak mengadap blog yg sememangnya menjadi teman akrab ketika hati rasa ingin meluahkan..lantas sememangnya juga tiada rahsia yang mampu tersimpan tat kala jari ligat menekan papan kekunci komputer riba...hambatan masa membataskan waktu aku untuk kerap bersama madrasah hati...jika benar madrasah hati punya hati tentu sekali ia sudah merajuk denganku lari tidak mahu melihat mukaku lagi...namun ketentuan karma menyatakan dia tidak punya hati..dan aku yang perlu menghidupkan hatinya bagi memperoleh suatu manfaat kepadaku jua kepada orang sekelilingku...
Benar..setiap perkataanku tidak punya makna apa-apa, kerana bagiku perkataan itu mudah untuk di tulis di taip mahupun di sebut secara lisan...biarpun aku tidak pernah menyatakan apa-apa namun yang pastinya hati selalu berbicara...biarkan hati berbicara sendiri kerana itu mungkin lebih tulus berbanding mulut yang berbicara...
Entry kali ni adalah seperti yang sebelum-sebelumnya, tak banyak beza, tak punya arah..hanya sekadar pengkongsian hati..hati yang penuh dengan bicara cinta, rindu kepada sang pencipta juga yang di cipta...cinta dan rindu pada sang pencipta itu adalah yang hakiki, namun cinta dan rindu kepada yang tercipta itu bagai pelangi...pelangi..ya pelangi..aku tak begitu pasti mengapa si pencinta-pencinta kepada yang tercipta begitu mendambakan pelangi sedangkan pelangi itu suatu yang jauh dan mustahil untuk di pegang biarpun ia cantik..pencinta-pencinta ini sangup menunggu sekadar untuk melihat pelangi yang cantik itu muncul sedangkan ia akan hilang beberapa ketika ia muncul...
pencinta,, pelangi itu hanya mampu dilihat dari jauh...dongengan orang tua-tua pernah berkata pelangi itu adalah seekor naga yang membengkokkan badannya bagi menghirup air di muka bumi selepas hujan, setelah hilang dahaganya maka naik lah ia ke langit menghilangkan diri..dan dengan itu sewaktu kecilku ayah menegah aku menunjukan jari ke arah pelangi yang cantik kerana khuatir tanganku kudung di baham si naga yang dahaga. Namun biar sejuta kali tanganku menunjuk ke arah pelangi yang cantik tanganku tetap ada tidak kudung..sebesar kuman pun naga itu tidak endahkan aku yang terpukau dengan kecantikannya...lantas menghilangkan diri naik kelangit..pelangi tidak seperti awan..awan itu tidak punya warna, tidak secantik pelangi namun awan tetap memberi hujan, tetap endah kepada pencinta yang dahaga, tapi tidak pernah sekali awan mendapat tempat dalam hati sang pencinta seperti pelangi..
Sungguh sekali benar hati pencinta ini sukar untuk ditafsir, kerna pencinta merupakan manusia yang punya hati, punya keraguan, punya rasa cinta punya rasa rindu atas ketentuan Dia yang satu..
No comments:
Post a Comment