Sekali lagi aku berpeluang menjejakkan kaki buat kali kedua di bumi Allah sumatera indonesia, pengalaman pertama berhadapankarenah korupsi di indonesia tidak menjadikan diri serik menjejakkan kaki untuk kali kedua ke sumatera..sungguh biarpun hujan batu di negeri sendiri dan hujan emas di negeri orang, Malaysia tetap di hati...hehehe..tanyalah sesiapa yang ikutdalam trip ni pastinya Malaysia tetap dirindui biarpun medan merupakan syurga berbelanja untuk kaum hawa. ekekeke..Namun tetap nama Malaysia yang meniti di bibir. ..ahakss..Pengalaman melawat ke negara-negara maju yang lain juga tidak pernah membuat kami lupa kepada tanah air dan bibir tak henti-henti mengucapkan syukur pada Dia kerana tanah air ku di Malaysia.
Hari pertama menjejakkan kaki di bumi indonesia ini kami dikejutkan dengan insiden kereta dan motor yang di pandu oleh salah seorang driver yang ditugaskan untuk menjemput kami di airport. Dan ternyata pemandu di Malaysia adalah lebih berhemah biar pun ada sesetengahnya yang panas baran dan pantang di hon..di indonesia traffic light yang ada tidak lebih fungsinya sebagai barang perhiasan yang menghiasi jalan raya...biarpun begitu cara pemandu indonesia berkomunikasi adalah menerusi hon..kalau di malaysia pantang di hon satu benjolan akan termuncul di dahi seperti flower hon...huhuhu...bagi mereka hon adalah salah satu cara memberitahu dan saling mengingati antara satu sama lain. Tapi tetap bederau darah bile naik dengan dorang ni..bahaya2..huhuhu..
Keduanya kami melancarkan misi utama untuk melawat dan melakukan studi banding bersama-sama rakan-rakan di universiti sumatera utara yang merupakan antara universiti tertua di indonesia. Dengan membawa nama usm sebagai universiti APEX kami di sambut dengan begitu ramah dan mesra. Alhamdulillah apa yang ingin di promote USM sebagai Apex univesity telah pun berjaya. Dan misi pertama telah pun selesai.
Lepas tu kiteorang dibawa untuk makan angin di Parapat di mana tempat terletaknya Tasik Toba yang secara lagendanya kewujudan tasik ini adalah disebabkan langgarnya sumpah si suami kepada sang isteri yang berasal dari seekor ikan. Tasik toba kami redah hingga sampai ke kampung ambarika yang terletak di pulau samorsir iaitu sempena nama anak pasangan suami isteri tadi yang lari akibat air bah dan terdampar di pulau tersebut. Samosir beerti Samor dan sister. Di Parapat agak sukar untuk bertemu orang muslim kerana penduduk di sana adalah dari keturunan Batak yang rata-rata beragama kristian. Penuh dengan adat istiadat, kepercayaan dan lagenda. Menurut kata tourist guide kita bertuah menjadi muslim, menjadi India dan tidak orang Batak. Sebab jadi orang Batak dah mati pun di suruhnya jaga ladang..huhuhu..Hal ini demikian kerana orang batak yang mati tulangnya akan di ambil dan di tanam didalam sebuah rumah kecil di tengah ladang kepunyaannyan supaya ladang tersebut ada orang jaga. Biarpun Batak adalah orang kristian tetapi dalah hal-hal yang berkaitan dengan maruah seorang perempuan amatlah dititik beratkan. Panjang cerita orang Batak ni..sampai esok pun tak habis..hehe..
kelab MPA juga berpeluang untuk keudara di station radio prapancar indonesia serta berpeluang ditemu ramah oleh Koran Harian Global dan dua hari berturut-turut nama USM gah di indonesia Sumatera sebab masuk surat khabar dua hari berturut-turut. Kemudiannya juga kami berpeluang untuk melawat ke Univesiti Darma Agung dan yang paling terharu rektornya sendiri yang turun sambut kedatangan kami. rektor ni kalau di USM macam Naib Canselor la. Rektor Darma Agung seorang perempuan yang kami kira antara orang terkaya di sumatera muka pun ala-ala ibu mustika ratu..hehehe.
So, yang paling tak boleh lupa adalah aktiviti shopping. Semua orang tahu indonesia merupakan syurga membeli belah..memang murah sangat-sangat berbanding Malaysia. Tawar harga pun perlulah 75% dari harga asal..hehehe..makanya, ada pro ada kontra macam tak punya masa nak cerita panjang-panjang...cuma daripada perbualan yang terdengar berdasarkan kajian satu ketika nanti malaysia dan indonesia mampu untuk menjadi rakan kongsi terdekat malah saudara terdekat untuk bersaing di peringkat global untuk pertamanya bersaing dengan singapore. Namun demikian bersediakah kedua-dua negara ini untuk bersaudara. Tepuk dada tanyalah selera.
Macam mane pun tahniah kepada komuniti MPA kerana berjaya manguruskan trip ini terutama Cik nurul and Mr mahis..hehe..dan paling utama thanks a lot to prof Mat dari mascom sbb sudi jadi pensyarah pengiring dan sgt komited dengan trip ini.
No comments:
Post a Comment