Saturday, August 23, 2008

repost : Terbang Dan Pergi Lagi


Begitu banyak angan yang belum digapai,

masih banyak kata-kata belum terucap,

aku begitu lemah tika berhadapan denganmu,

aku tidak mahu menyesal lagi,

namun lidah ini tetap kelu tika kau dihadapanku,

maafkan aku...

senyummu mematikan saraf lisanku,

membuatkan aku hanya mampu tersenyum jua..

senyum dan terus senyum..

adakah kau memahami maksud senyumku?

aku kelihatan seperti seorang yang bacul,

kerana aku masih tidak mampu berbicara,

hanya hatiku menjerit memberi tahu,

tapi sayang, tidak kesampaian padamu,

pasti aku akan menyesal lagi,

bila engkau terbang dan pergi..

meninggalkan aku di sini seorang yang gagal..

hanya hati ini yang mampu berbicara sendiri,

tanpa ada tindakan..

ingin sekali aku memelukmu tidak lepas,

tapi engkau perlu terbang bidadariku...

ku harap jua,engkau lepaskan aku dari ini,

kerana aku tidak akan bisa menanggung,

kerana aku tahu aku akan menyesal lagi,

bila engkau terbang dan pergi lagi...

Friday, August 22, 2008

New

New
So new
All I can do is walk through
I thought that a separation
Won’t make a depression
But now I know,
It won’t be easy to go

That for some moments
I tried to be kind
But I was blind

I miss my friendship
And partnership
I didn’t want to leave
I didn’t even believe

Everything has changed
No one to be blamed
No one’s wrong
We’re just have to be strong

But because of you
All of you
30 chances for new friendship
30 chances for new partnership

New
So new
I am still half blind
I’m not fine
But I will beToday

Tomorrow
Or later
Just not far away..

Thursday, August 21, 2008

Kembali ke asal....


ermm...lepas minggu convo, cuti mid sem..lepas tu bermulalah balik rutin harian sebagai student..kembali kepada assignment dan report yang amat memeningkan kepala..memerlukan seribu satu pengorbanan..Tuhan kuatkan aku..kerana tiada yang lain berada disisi ku ketika ini kecuali Engkau...kerana apa yang telah Engkau pinjamkan padaku kini terbang dan pergi lagi (rujuk entry Terbang dan Pergi Lagi pada previous post) kuatkan aku hingga ke akhir...agar aku bisa menempuhnya dgn tabah...aminnn..

thanks a lot guys..Graduation Day _USM 38



Alhamdulillah..tiga tahun memerah keringat di universiti tercinta akhirnya berjaya juga grad pada tanggal 14 Ogos 2008 sebagai seorang pemegang ijazah sarjana muda sains kemasyarakatan dengan kepujian..hehehe...tahniah kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang berjaya grad sama-sama tahun ni...kepada muni, aina, ekin, nawal, rina, nora, shahida, yong, jue, nik dan beberapa lagi nama yang mungkin lupa aku senaraikan tahniah pada korang semua...doa aku mengiringi kalian sentiasa..moga persahabatan yang terjalin sejak dari 1st year di usm terpeliharan selamanya..amin..harapannya agar semua terus sukses dengan apa saje yang dibuat selepas bergelar graduan..yang mane continue study macam aku, harap kita dapat grad lagi nanti dan yang mana tengah mencari kerja moga dapat la kerja..



Tak lupa juga pada rakan-rakan dan adik-adik yang belum grad mar, cik ain, cik mala, aween, aznur my ex roomate min n yus..fiqa n sofea budak 1st year yang rajin mintak advice yg tah ape2 dari aku...hehe sabar yer nanti turn korang pulak grad...thanks a lot utk hadiah bunga-bunga dan convo bear yang korang bagi kat aku..hihihi penuh bilik dah..tapi memang seronok gile dpt banyak hadiah convo..hehehe...terima kasih bebanyak sebab datang masa hari aku konvo tu..its means a lot for me ..hehehe..for mr huzaimi and mr didi tq sebab amik cuti n setia menanti saya n jue kuar dewan utk bg bunga yang besor tuh..kehkehkeh....thanks jugak kat mar sebab setia menjadi pemandu pelancong kepada dato' berdua ni..hihihihi





Lastly..special thank you utk mak and ayah, kerana kalian aku di sini..kerana kalian aku berada dimana aku berada sekarang..terima kasih..jasa mak ayah tak mampu aku balas..terima kasih sebab didik aku jadi seperti aku yang sekarang...tq, tq and tq...