Wednesday, May 2, 2012

"..BERSIH 3.0.."

Assalamualaikum...
Bertemu lagi...kali ni dengan topik yang sangat-sangat menarik untuk dibincangkan oleh semua..yakni mengenai BERSIH 3.0...again it is about politik..Lama dah blog aku ni tak aku jadikan wadah politik untuk melontarkan pandangan yang telah agak berkarat ini..Maklumlah lama juga kiranya aku tak asah minda mengenai dunia politik tanah air..Namun peristiwa BERSIH 3.0 telah memberi penyakit gatal tangan pada aku untuk menulis sesuatu yang sudah semestinya langsung tidak berpihak kepada puak Bersih 3.0...sorry la bro kalau rasa tak mau baca tak ada masalah...tapi memang sejak peristiwa BERSIH 3.0 tangan aku ni nak sangat coretkan sesuatu di laman sesawang yang tak berapa nak popular ni...Banyak gak status-status kat facebook yang aku rasa nak jer komen tapi malas ler aku nak cari gaduh dengan orang yang memang duk nampak dia je betul...ok berbalik kepada cerita, aku sebenarnya tak tahu nak komen apa mengenai BERSIH 3.0...yang pasti BERSIH 3.0 bukan sahaja tiba-tiba membuatkan ramai pihak berasa menang tapi tak kurang ramainya yang berasa sedih di atas kejadian yang menimpa negara baru-baru ini...Peristiwa ini menjadi seumpama pisau yang menikam hati sanubari aku sendiri..Pada hari kejadian memang aku berada di sana tapi bukan atas dasar ingin menyertai namun atas dasar ingin rasa kesusahan yang dihadapi rakyat umumnya apabila berlakunya kejadian-kejadian yang seumpama ini..Jelas dan nyata walaupun aku tak menyertai tapi cukup dengan menghadirkan diri di kota metropolitan itu juga sudah rasa perihnya...jalan menuju ke Kuala Lumpur banyak yang ditutup dan disekat..Ramai anggota polis yang kononnya dilabel sebagai anjing kerajaan bertungkus lumus selama 42jam berkawal disekitar Kuala Lumpur bagi menyekat kemaraan puak Bersih 3.0 yang sudah nampaknya semakin extream dan menjadikan agenda ini sebagai satu agenda tahunan tanpan langsung mengambil iktibar baik dan buruknya selepas sesuatu Perhimpunan yang digelar sebagai BERSIH..Tidak lupa juga anggota DBKL.

Namun cuba fikirkan sejenak...daripada apa yang berlaku baru-baru ini apa yang anda dapat? dosa pahala? caci maki? sepak terajang? itu belum dikira lagi dengan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh peniaga-peniaga disekitar sogo dan jalan TAR..aku sendiri terdengar seorang peniaga merungut tentang kejadian semalamnya.."sekejap tutup sekejap di buka kedai ni..nampak saja orang berbaju kuning ramai ditutupnya balik kedai...lepas reda buka balik namun orang berbaju kuning datang balik walaupun polis dah suruh beredar..last last tutup terus kedainya" itu la kata-kata salah seorang peniaga dekat situ loghat macam Indonesia gitu...tak ke menyusahkan orang namanya...Benar tak ada siapa pun yang suruh tutup kedai namun kalau dah itu gayanya tak kan lah peniaga nak tunggu lagi bang.. pelanggan pun tak mau masuk...

Itu baru kisah kerugiaan belum lagi kisah ramai yang merengut nak bercuti dan nak bershoping raya di Kuala Lumpur tak boleh...ye la semua maklum bahawa 28 April 2012 merupakan hari cuti hari sabtu ahad kemudian sesetengah bekerja dan pun berkira ambil cuti hari Isnin sebab hari Selasa 1 Mei merupakan cuti hari Pekerja tak ke sia-sia ambil cuti tapi tak boleh nak berjalan...belum lagi masuk cerita anak-anak bini anggota polis dan DBKL yang terpaksa ditinggalkan sewaktu musim cuti akibat kena bertugas...

Apa yang korang dapat? korang puas hati ke? puas hati bila semua harta benda awam rosak..ramai cedera dan paling menyedihkan menyebabkan mati...sudah-sudahlah... Nabi selalu ingat kan umat.. Umati Umati Umati kata nabi..tapi umat dia?? ada? rosakkan kereta polis harta benda awam rempuh pagar kemudian jerit laung takbir Allahuakhbar..Allah tu tak pekak mahupun tuli...sebut pelan-pelan pun Allah dengar sebab Allah sentiasa dekat...ada yang membandingkan bahawa zaman nabi dulu pun nabi berjuang sampai berperang...Helloo.. itu zaman nabi...nabi berperang dengan orang kafir yang menentang ajaran agama Allah..tapi sekarang tak sama..puak Bersih berjuang bukan dengan orang kafir tapi dengan sesama Islam..aku tak pernah melekehkan zaman nabi ni karang ada pulak yang salah faham...apa yang aku nak timbulkan jangan lah kamu semua terlalu ekstrem sehinggakan perjuangan atas tiket Bersih kamu samakan dengan Perjuangan Rasulullah...terlalu tinggi makam Baginda untuk kita letakkan sama taraf dengan kita sebagai umat...Zaman berubah wahai pembaca budiman...seperti yang selalu aku cakap dekat pelajar aku bila sampai topik penggubalan perlembagaan Malaysia kenapa perlembagaan kena gubal?? sebab zaman sudah berubah... takkan pakai laptop apple yang canggih manggih tapi nak pakai windows 98..common sense..semua orang boleh berfikir...nak kan perubahan boleh..tapi mesti ada cara terbaik..kalau sekarang teknologi tersangat lah canggih otak kita kena lebih canggih dari teknologi...bukan dengan cara merusuh tak tentu hala sehingga menyusahkan orang lain.

Aku sendiri setuju dengan tuntutan Bersih pada dasarnya...korang boleh lah cari sendiri apa tuntutan mereka...tapi masalahnya tuntutan tu semua tak relevan selagi kita bergelar manusia...nak hapuskan rasuah boleh ke? jangan kata dalam kerajaan, dalam sektor swasta pun ada rasuah...wahai ilmuan Islam yang bijak pandai...kita tau dari awal lagi syaitan dan berjanji dengan Allah sebabkan terlalu angkuh diri dijadikan dari api syaitan tak mau memberi hormatdan pengiktirafan kepada Adam makhluk yang dijadikan Allah dari tanah..dan dengan itu dia berjanji dengan Allah akan digodanya cucu cicit nabi adam sehingga ke akhirnya...sehingga ke generasi adam yang sekarang ni..tak kan lupa kot??? kot ya pun yang baca ni bukan orang Islam dalam bible pun ada cerita yang sama..fikirlah...kalau selagi nama syaitan tu memegang janji dengan Allah SWT makanya sampai bila-bila pun rasuah tak kan pernah berhenti...Yang namanya syaitan tu ada aje cara dia nak menggoda tak kira la ketayap tak lepas dari kepala pun..

Pembaca budiman, zaman nabi lagi nabi dah buat piagam madinah yakni satu bentuk undang-undang..tak kan kita umat Muhammad tak mau ada undang-undang..mana boleh undang-undang nak ambil di tangan sendiri...kebebasan dan keadilan..fahamkan dulu apa mahunya...kebebasan dan keadilan patut diletakkan pada tempat yang sewajarnya...sekali lagi contoh yang aku selalu bagi kepada pelajar aku tentang konsep keadilan...kalau kamu ada dua isteri seorang kurus seorang gemuk..dan kamu seorang suami yang adil...adilkah kalau bagi kedua-kedua isteri kamu baju saiz M untuk dipakai...tepuk dada tanya selera..tak ke yang sorang tu pakai sendat nantinya...ironinya mudah...bebas dan adil perlu diletakkan pada tempatnya..bukan dicanang sewenang-wenangnya..anda mahukan kebebasan..tapi kebebasan tak akan hadir sekiranya anda tak korbankan sesuatu yang lain...dalam hidup kita selalunya akan ada soalan yang berkaitan dengan pilihan...jarang sekali kita dapat memilih kedua-keduannya dalam hidup...Contoh Freedom and Morality yang mana satu pilihan anda...kalau anda pilih freedom anda terpaksa korbankan morality makanya ramai yang akan buat sesuka hati tanpa menghiraukan pekara itu bermoral atau tidak bermoral...namun jika anda pilih untuk lebih bermoraliti anda perlu korbankan freedom yakni kebebasan...anda buatlah pilihan..pisau dan timun ditangan anda terpulanglah bagaimanapun anda mencorakannya...

Puak yang menyertai BERSIH tidak semestinya membawa wadah rakyat keseluruhannya...ramai lagi rakyat lain yang masih ada diseluruh pelusok negara berbanding mereka yang menghadiri perhimpunan BERSiH..siapa yang mengiktiraf mereka sebagai wakil kepada suara rakyat?? boleh jawab soalan aku?..aku sendiri rakyat Malaysia dan tak pernah iktiraf puak BERSih sebagai wakil untuk suarakan kehendak aku...jadi dimana yang BERSiH ni anggap mereka membawa suara rakyat...memang aku bukan siapa-siapa..aku hanya rakyat biasa...aku bukan kerja gomen...(berpuluh kali mtk tak dapat..rilek je pun..percaya pada rezeki masing-masing Allah yang bagi) tapi aku seorang yang belajar sejarah...aku tak kata korang tak belajar sejarah...tapi korang sendiri boleh nilai..aku belajar sejarah..aku ajar sejarah...aku tahu menghargai sejarah..aku hayati sejarah...kerana sejarah merupakan pengalaman dan guru terbaik aku dalam menghadapi hari-hari mendatang....fikirkanlah apa kata nenek moyang kita...apa kata Tok bahaman...apa kata Dato Maharajalela..apa kata tok janggut...yang sanggup bermatian demi anak cucu cicit tercinta...namun bila negara ditangan cucu cicit ini jadinya...sungguh kita tak pernah rasa susah payah jerih perih nenek moyang pertahankan negara dari kuasa asing penjajah..446 tahun negara dijajah kawan!!.bermula portuguese tawan Melaka sehingga la ke Jepun dan British ambil balik tanah melayu.. 446 tahun...orang dulu-dulu bertungkus lumus...tak kan kita hari ini sewenang-wenangnya lepaskan keamanan yang dikecapi usaha nenek moyang begitu sahaja...apa nak dirisaukan..apa yang dilakukan hari ini akan dipersoalkan di sana kelak..tak payah ada hero yang nak tunjuk gagah perkasa...aku percaya sezalim mana pun kerajaan seperti yang kalian kata..puak-puak Bersih ni aku percaya tak pernah ada yang merasa hidup susah sangat pun seperti zaman Jepun makan ubi kayu..fikirlah...memang ini mungkin bukan soal Melayu tapi soal Islam kata sesetengahnya..tapi Islam tak ajar semua ni..Rasulullah sendiri ada toleransi dalam berhadapan rejim yang kejam...Peperangan tu jalan terakhir..perjuangan penuh dengan caki maki bukan perjuangan ikut sunnah...bawak anak-anak ke medan jihad kononnya, melihat keganasan puak sendiri itu yang di katakan ajar anak berjihad?? tepuk dada tanya iman wahai saudara seagama ku...kita mungkin tak sefikrah namun kita punya satu kiblat yang sama...satu rasul yang sama...masih banyak titik persamaan yang ada berbanding berbeza fikrah...wallahualam...