Tuesday, July 28, 2009

"..Bodohnya Aku.."


Tika sendiri aku terfikir tentang kebodohan diri...segala tindak tanduk begitu canggung...bersalah pada yang Maha Pencipta lagi la tak terhitung dek jari..menggunung rasanya berdosa padaMu ya Rabbi..kerana dek nafsu yang tidak pernah puas langkah turut menuruti..kerana berfikir hanya aku yang punya perasaan dan yang lain tidak pernah memahami maka ku turutkan kata nafsu..bodohnya aku..biarpun tahu dosa bergunung tinggi tidak pernah akan di tarah..namun tetap aku terus meninggikan gunung yang sedia tinggi bersama dengan baja nafsu..hamba apakah aku ini yang Kau cipta...biarpun tahu itu adalah salah tetap ku lakukan juga demi menurut nafsu yang tidak pernah cukup...bilakah aku akan berhenti bertuankan nafsu ini..nafsu yang tidak sekelumit pun punya belas ehsan..ape yang aku buat ni??bodohnya aku..

Wednesday, July 22, 2009

"..Hilang? Kurang?.."

sekali lagi dengan rasa tidak bersalahnya telah menekan-nekan keyboard komputer di pejabat research clinic ippt untuk mengupdate blog...takde bende menarik pun minggu ni cume sekadar dihiasi kesibukan yang tak pernah ada penghujungnya...focus lebih telah diberikan kepada kajian yg sedang dilakukan memandangkan research ni belum tamat and still got 1 year to run the research...so yang pastinya tak perlulah nak kelam kabut becos we already get into the data analysis sekarang ni..
tidak seperti kebiasaan..bulan ni hati kurang jiwa dan jiwa kurang perasaan..tak tahu apa sebenarnya yang kurang tapi terasa diri bagai di awang -awangan..terasa hidup kurang bermakna..ape bende yang hilang ni..diri sendiri tidak pasti..yg sebenar pasti ada sesuatu yang masih tidak ditemui..huh..adakah kesibukan hari-hari membuatkan manusia itu kurang sesuatu..mungkin jugak la..tapi itu bukan alasan untuk tidak menemui apa yang dicari dan apa yang kurang...terasa diri ini seperti kosong bangat..melayang tak tahu ke mana...

Saturday, July 11, 2009

"..suara jiwa seni.."


Kau pernah tidak tahu? jiwa aku adalah jiwa seni...kamu mahu ketawa? ketawalah sepuas-puasnya...kerana tawa kau adalah seni bagiku...kamu tahu aku berjiwa seni?..kau tahu? bila aku mengadap sehelai kertas kosong...aku anggap dia adalah seni..seni yang hanya aku sendiri yang tampak..aku bukan omong bohongan kawan..betul aku nampak itu seni..aku seboleh-bolehnya mahu mencorak sesuatu ke atas kertas kosong itu biarpun ia bukan sehelai kertas kanvas yg digunakan oleh pelukis seni ternama...ia hanya sehelai kertas putih bersaiz A3 aku ingin mencoraknya biarpun hanya menggunakkan water color buncho..aku garis mengiring dan mengiring dengan warna yang berlainan..kamu mesti nampak macam budak baru belajar memegang pensel warna...tapi itu adalah seni kehidupanku..

Kau tahu lagi? masa kecilku haiwan yang paling suka aku lukis adalah seekor rama-rama..kerana sejak kecil aku rasakan dia haiwan yang paling berseni..sama seperti jiwa seni ku...ayah ajar aku lukis rama-rama...tapi rama-rama yang ayah ajar lukis adalah rama-rama yang hanya nampak muka dan kepaknya sebelah..bukan dua belah...aku bertanya dengan jiwa seni..ayah kenapa rama-rama ini hanya nampak sebelah muka dan kepaknnya sahaja? ayah kata ayah tak reti nak lukis rama-rama nampak kepaknya dua2..susah nak bagi balance..kalau lukis mesti jadi tak sama besar kepaknya....oooo..bukan senang mahu jadi orang seni tapi tidak susah untuk berjiwa seni seperti aku...


Aku berjiwa seni, kerna setiap apa yang aku lakukan akan ku nilai indahnya nilai seni..biarpun hanya dengan menyimpan satu pembalut gula-gula hacks hitam..itu aku anggap seni..kau mahu ketawa dengan aku yang berjiwa seni?? silakan.. kerana jiwa seniku tidak akan pudar dan tergugat dengan tawamu....bila aku bersentuhan dengan papan kekunci komputer riba aku akan pastikan setiap patah penulisanku adalah seni yang mungkin hanya aku seorang yang sedar kerana aku berjiwa seni..bukan kau orang..bila aku memetik gitar tong tuaku, aku akan pastikan aku menghayati seninya..biarpun bunyi yang keluar hanyalah yang menyakitkan dan membingitkan telinga kau...sekali dentingnya tali gitar itu maka itu lah seni yang wujud pada aku yang berjiwa seni...bila aku disuruh menyanyikan lagu maka akan ku keluarkan suara seniku yang sumbang...kerana bagi ku suara sumbang itu adalah jauh lebih ikhlas seninya berbanding suara komersial lemak merdu yang dialun bagi memperoleh royalti.

Kau tahu? jika kau mahu dedikasikan lagu buatku dedikasi lah dangan suara sumbangmu..kerana aku akan menghargainya sebagai sesuatu yang punya jiwa seni..lagi,,kau tahu? jika kau mahu aku ambil exam kau carilah penyemak kertas jawapan yang punya jiwa seni kerna jawapan peperiksaanku adalah berbentuk jawapan aku yang berjiwa seni...menerima apa sahaja yang ada sebagai seni dalam jiwa..dan akhir sekali kau tahu..jika kau mahu terus follow blog ini jgn kau pernah terlintas dalam fikiranmu untuk bertanya apa yang kau boleh peroleh darinya seratus peratus sebaliknya fikirlah bagaimana untuk memahami aku yang berjiwa seni..

Thursday, July 9, 2009

"cacing-cacing educated"

Ngeh..ngeh..ngeh..hello everybody...hehe..sweet little intro.. bunyik happy semacam ja...nampak sangat entry ni adalah hasil buah fikiran yang dah larat nak berbuah dan berfikir lagi dah..jadinye..ape yang aku tulis ini adalah hasil dari buah fikiran aku yang tak cukup baja..hehehe...takde ape pun pagi ini tapi untuk pertama kalinya aku telah menyalah gunakan kemudahan pejabat yang ada untuk mengupdate blog......huhuhu..
giler bersalah...persoalannya..pertama kali kah??? hahaha..ye pertama kali dalam soal mengupdate blog tapi tah dah keberapa kali dalam acara meng ym rakan2 di seluruh pelusok dan ceruk rantau..hihihi..saje nak menghilangkan kekaburan mataku yang sedia rabun silau ini dari melihat cacing-cacing educated bergelar number..hehe..dari hari ke hari, mingu ke mingu, bulan ke bulan tak abeh2 main dengan cacing2 educated ni sampai naik penat otak..hihihi..apesal aku pangil cacing educated? hehe..ye la mane taknye..mule2 tgk number ok lagi, kali kedua pandang dah kerekot-kerekot skit..kali ketiga pandang...GLUPp!!! memang macam cacing..hihihi..tapi die educated sebab dia berjaya memeningkan kepala aku yang sedia kala kurang ilmu nombor..hahaha..ilmu nombor..magnum ke toto..hukhukhuk..(amaran keras nombor ekor adalah haram di sisi agama Islam!!!)...
ohohoho...awal2 pagi datang kt meja tgk ada sampul surat..uhhhss...another cacing educated data yang aku kena isi la maknanya ni..haihss...owhh...tidakkkk..cacing cacing ini..sungguh menghantui akuuu..huhu..daaaa

Friday, July 3, 2009

Bebelan 12 a.m

message 1 : azida are u in eureka? i go to research clinic office rite now..want to settle checking the overall questionare with u today..
message reply 1 : yes Dr i'm in office rite now. i'll wait for you..
Dr : ok we finished checked for kepala batas patient i need u to mark a special case that we agree to take as a qualitative data so that i can take it for this mid july presentation..
me : yes sure Dr i prepare it and will give to u later..
message 2 : Zaharah Sulaiman from USM kubang kerian will coming on 17th july to attend prof lecture, can we have a research meeting then?
message reply 2 : yes sure what time Dr?
message 3 : May be morning or after the prof lecture 12 p.m because i and Dr Hasnah have a meeting in Bertam in the evening.
message reply 3 : Okay Dr.
hehehe..aku tak tau nak start entry ni macam mane sebenarnya..sebab dalam kepala otak aku ni ayat-ayat dan message2 ni je yang duk ade....bulan mei dah habis june pun dah habis sekarang dah masuk julai seperti yang aku jangka tempias kesibukan bulan mei dan jun sedikit sebanyak terkena ke bulan julai..hehe ayat-ayat di atas merupakan permulaan kesibukan yang aku sendiri tak tahu tahapnye..tak seperti bulan mei dan julai organizer aku tu dah penuh dengan agenda-agenda tertentu yang telah aku catit sejak dr awal bulan lg..hihihi..penyakit takut nampak name bos dalam inbox email dan juga inbox telefon masih belum hilang..hahaha..mane taknya asal nampak je name dorang dalam inbox aku dah tau hari-hari aku akan bertambah lah sebuk dengan arahan-arahan yang tertentu..lagak seperti seorang pekerja contoh jawapan yang aku akan reply yes Dr, ok Dr..almost..yes..yes..and okay...hahaha..layak dapat award nei...
macam mane pun kesibukan agak berkurangan kot sebab sem ni kelas tinggal satu jer..so assigment pun dalam dua and exam satu..ok la still can manage kot...huwahaha..
ermm..ape ye nak tulis lagi..dulu semua benda aku nak letak dalam madrasah hati, time suke duke kecewa sayang semua la..tapi sekarang rasa macam aku and madrasah hati ade gap..huhuhu..percaya atau tidak sekarang aku jadi manusia yang tak hirau dah benda-benda lain..yang aku tahu senyum ketawa sengih gelak..hehe..tak nak layan sedih risau semua buat sakit kepala otak jer..even kadang-kadang perasaan tu ade tapi aku wat tak tau je..itu yang tak de benda nak tulis dalam blog ni..hahaha..by da way..nak cakap soal politik pun dah tak berapa nak minat jugak..sebab tu la banyak entry dalam blog semenjak dua menjak ni cerita aku gi meronggeng dengan kawan-kawan je kebanyakannye..hihi..rasanya itu kot lebih sesuai buat masa sekarang..cuti sabtu ahad pun jadi dah tak cukup buat kiteorg..every week ade je bende and tempat terpaksa pergi dan buat..so takde mase nak pikir pasal sedih risau dan segala yang berkaitan dan seangkatan...lagi pun dua bulan kebelakangan ni perkataan yang paling femes wujud dalam kalangan aku dan housemate-housemate aku ialah..bos + ofis + kerja + outstation = angin kus kus...hahahahahaha...jangan mara haaa..
pikir-pikir balik memang lawak gak, tapi itulah situasi aku dan juga kengkawan seangkatan..tiba-tiba menjadi seorang insan yang masing-masing workaholic dan juge mata duitan tahap melampau atas desakan hidup yang maha hebat..hihihi..
by da way kepada sesape yang still sudi bace dan follow madrasah hati, thank you very much..even sometimes entry2 yang aku publish tak mendatangkan ape-ape pun..yang baik silakan ambil dan yang sebaliknya silakan tinggal dan jangan pernah peduli... :)